28 April 2012

Hj Iskandar Halim terima gelaran Dato'

Utusan Online : 27 April 2012

152 Penerima DIMP Bergelar Datuk

PEKAN 26 April - Seramai 152 termasuk Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamed Suffian Awang dan penyanyi terkenal, Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81.
   Pada istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan anugerah tersebut kepada kesemua penerima.
   Mereka termasuk Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Karam Singh Walia dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) Jabatan Penyiaran, Abu Bakar Ab. Rahim.
   Turut menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk itu ialah Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Irmohizam Ibrahim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd. Zaili Besar; ADUN Tanah Rata, Ho Yip Kap; Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd. Hazmi Yusof; Ketua Pemuda UMNO negeri, Abu Jimi Samat dan dua Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Mustapa Long dan Ahmad Jaafar.
   Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Selwyn Vijayarajan Das; Profesor Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Ismail Sahid; Timbalan Naib Canselor, Kolej Universiti Masterskill (Sains Kesihatan), Profesor Dr. Ahmad Pauzi Md. Yusof, Naib Presiden Universiti Lim Kok Wing, Lim Kok Wing Junior dan Ketua Automotif dan Pertahanan Sektor DRB Hicom Berhad, Abdul Harith Abdullah turut menerima DIMP.
   Penerima DIMP lain antaranya, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Poziah Abd. Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Amer Yusof; Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Iskandar Halim Sulaiman dan Timbalan Ketua Eksekutif, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
   Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Mohd. Nazri Abdullah dan Mat Yusof Yaakup; Pengerusi Eksekutif Platinum Oil & Gas Sdn. Bhd, Datuk Suhaimi Hashim; Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman; Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jabatan, Jabatan Kerja Raya, Ir. Dr. Abdul Aziz Arshad; Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamed Tarmizi; Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Abdul Karim Mustafa dan Setiausaha Eksekutif Menteri Pertahanan, Rosiah Osman turut menerima DIMP.
   Juga menerima DIMP hari ini, Pengarah Urusan Wheels Packaging Industrial Sdn. Bhd., Tan Poi Heong; Pengarah Eksekutif Coral Intoil Sdn. Bhd., Mohd. Razip Mohammad; Pengarah Urusan Pakaian Kesuma Sdn. Bhd., Amir Hamzah Ismail; Pengerusi Eksekutif Kriscore Sdn. Bhd., Kristoffer Nyuak Bajok dan Pengarah Urusan Paraforce Sdn. Bhd., Kapten (B) Ismail Ishak.
   Turut berlangsung pada majlis hari ini adalah penyampaian pingat kepada 18 penerima darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 20 darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 18 darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 38 darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) dan 22 menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC).
   Seramai 34 orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 18 lagi menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
   Berangkat menyaksikan majlis istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat tersebut ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
   Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.- Sumber Utusan Online




Email : Setiausaha Agung KPPM
             26/04/2012

Salam Hormat

Presiden, AMJKA dan ahli-ahli KPPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Hj. Iskandar Halim bin Hj. Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK di atas pengurniaan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'.
   Semoga dengan pengurniaan ini akan memberi motivasi kepada Ybhg. Dato' untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian dan Negara Malaysia.

TAHNIAH DATO'.
Sekian Terima Kasih

AZWAN BIN ARIFFIN
SETIAUSAHA AGUNG KPPM

1 comment:

  1. Gelaran "Datuk" hanya dianugerahkan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan/raja negeri hanya menganugerahkn gelaran "dato". Datuk dengan Dato pn tk blh nak bezakan..

    ReplyDelete