Perlembagaan

PERATURAN-PERATURAN KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MALAYSIA


PERATURAN 1                                 NAMA DAN PEJABAT YANG BERDAFTAR

(1)        Nama kesatuan yang telah ditubuhkan menurut peraturan-peraturan ini ialah Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia ( yang selepas ini disebut “ Kesatuan “ ).

(2)        Pejabat berdaftar Kesatuan ialah di Seksyen Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  & Kepenggunaan, Tingkat 1, Blok A, Bangunan Persekutuan (Greentown),  Jln. Dato’ Seri Ahmad Said 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan tempat mesyuaratnya ialah di pejabat berdaftar ini atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.


PERATURAN 2                               TUJUAN


(1)        Tujuan Kesatuan ini ialah untuk :

(a)        Mengorganisasikan pekerja-pekerja yang disebut di bawah peraturan 3(1)  sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

(b)        Mengatur  perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud Melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.
               
(c)                Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-pekerja lain, di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtaraan menurut peraturan 26 dan peraturan 27.

(d)               Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.


(e)                Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(f)        Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(g)         Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya
untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.   

(h)        Mengendalikan urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk kepentingan ahli-ahli Kesatuan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(i)         Menubuhkan Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal tabung wang itu jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan.

            (j)         Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di                           sisi undang-undang.

(2)        Tujuan yang dinyatakan di bawah peraturan 2(1) hendaklah dilaksanakan menurut peraturan-peraturan ini, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan undang-undang bertulis lain yang ada berkaitan.



                                                                       
PERATURAN 3                               AHLI KESATUAN



(1)        Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada Pegawai Penguatkuasa dalam Kumpulan Sokongan 1 yang berkhidmat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia kecuali mereka yang memegang jawatan pengurusan, eksekutif, sulit atau keselamatan. Pekerja-pekerja itu hendaklah berumur lebih daripada 16 tahun dan mempunyai tempat kerjanya di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada syarat bahawa seseorang yang diuntukkan pendidikan dalam sesuatu sekolah, politeknik, kolej, universiti, kolej universiti atau institusi lain yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis tidak boleh menjadi Kesatuan kecuali jika sekiranya dia :-

(a)        sebenarnya seorang pekerja menurut takrif dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 ; dan

            (b)        berumur lebih dari 18 tahun.

(2)        Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dilakukan dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan menyampaikannya kepada Setiausaha. Setiausaha hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Majlis Jawatankuasa Agung untuk kelulusan. Majlis Jawatankuasa Agung boleh menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli mengikut budi bicaranya tanpa memberi sebarang alasan.

 (3)       Setelah permohonan seseorang itu diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung dan yuran masuk serta yuran bulanan yang pertama dijelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan di dalam Daftar Ahli / Yuran sebagai ahli.

(4)        Seseorang ahli itu hendaklah diberikan senaskah buku Peraturan-peraturan Kesatuan dengan percuma apabila diterima sebagai ahli.

(5)        Seseorang yang diterima masuk menjadi ahli dan kemudian berhenti dari tempat kerjanya, tred atau industri seperti dinyatakan dalam peraturan 3(1) akan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kesatuan. Namanya hendaklah dikeluarkan dari Daftar Ahli / Yuran tertakluk kepada peruntukan berkenaan di bawah Peraturan Tambahan Wang Kebajikan (jika ada).

PERATURAN 4                               YURAN DAN TUNGGAKAN

(1)        Yuran Kesatuan adalah seperti berikut :
            Yuran masuk ...... RM10.00
            Yuran bulanan ..... RM 5.00

Sebarang kenaikan yuran hendaklah diputuskan dengan undi sulit menurut peraturan 25.

(2)        Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum tujuh haribulan pada tiap-tiap bulan.

(3)        Seseorang ahli yang berhutang yuran selama tiga bulan berturut-turut akan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kesatuan. Haknya dalam Kesatuan akan hilang dan namanya hendaklah dipotong dari Daftar Ahli / Yuran.

(4)        Seseorang yang terhenti daripada menjadi ahli kerana tunggakan yuran boleh memohon semula untuk menjadi ahli menurut peraturan 3(2).

(5)        Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa menetapkan kadar bayaran yuran bulanan yang kurang atau mengecualikan buat sementara waktu mana-mana ahli daripada bayaran yuran bulanan atau sebarang kutipan atau yuran khas (jika ada) :-

            (a)        jika dia jatuh sakit teruk atau ditimpa kesusahan yang berat ;

(b)        dia dibuang kerja, diberhentikan atau diketepikan dan masih menunggu keputusan sesuatu perundingan atau perbicaraan tentang pembuangan kerja, pemberhentian atau pengenepian itu ; atau

(c)        kerana sebarang sebab lain yang difikirkan munasabah dan wajar oleh Majlis Jawatankuasa Agung.


PERATURAN 5                   BERHENTI MENJADI AHLI


Seseorang ahli yang ingin berhenti dari Kesatuan hendaklah memberi notis secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh berhenti kepada Setiausaha dan hendaklah menjelaskan terlebih dahulu semua tunggakan yuran dan hutang (jika ada). Nama ahli berkenaan hendaklah dipotong dari Daftar Ahli / Yuran.

PERATURAN 6                   HAK AHLI

Semua ahli mempunyai hak yang sama dalam Kesatuan kecuali dalam perkara-perkara tertentu yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini.

PERATURAN 7                   KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

(1)        Setiap ahli hendaklah menjelaskan yurannya menepati masa dan mendapatkan resit rasmi bagi pembayaran itu. Pembayaran yuran bulanan dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli dan bukanlah tanggungjawab pegawai-pegawai Kesatuan.
                                                                       
(2)        Setiap ahli hendaklah memberitahu Setiausaha dengan segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja.

(3)        Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat Kesatuan atau menggunakan pejabat Kesatuan hendaklah berkelakuan baik, jika tidak dia akan diarah keluar oleh seorang pegawai Kesatuan yang bertanggungjawab.

(4)        Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sebarang dokumen atau surat pekeliling tentang Kesatuan tanpa mendapat kelulusan Majlis Jawatankuasa Agung.

(5)        Seseorang ahli tidak boleh mendedahkan sebarang hal tentang Kesatuan kepada orang yang bukan ahli atau kepada pertubuhan lain atau pihak akhbar tanpa mendapat izin Majlis Jawatankuasa Agung.

(6)        Seseorang ahli tidak dibenarkan menjadi sebarang kesatuan sekerja yang lain kecuali dengan mendapat izin Majlis Jawatankuasa Agung.


PERATURAN 8                               PERLEMBANGAAN DAN PENTADBIRAN

(1)        Kuasa yang tertinggi sekali dalam Kesatuan terletak kepada Persidangan Perwakilan melainkan tentang perkara yang hendaklah diputuskan melalui undi sulit menurut peraturan 25.

(2)        Tertakluk kepada syarat tersebut di atas Kesatuan hendaklah ditadbirkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

PERATURAN 9                   PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN


(1)        Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Kesatuan hendaklah diadakan seberapa segera selepas 30 Jun dan tidak lewat dari 30 September setiap tiga tahun sekali. Tarikh, masa dan tempat persidangan ini hendaklah ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(2)        Persidangan Perwakilan Tri Tahunan hendaklah dihadiri oleh wakil-wakil cawangan dan ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung.

(3)        Wakil-wakil Cawangan hendaklah dipilih oleh semua ahli berhak di cawangan masing-masing pada tiap-tiap Tiga tahun dengan undi sulit pada Mesyuarat Agung Tri Tahunan cawangan masing-masing. Tiap-tiap cawangan berhak memilih dua orang wakil bagi tiga puluh orang ahli yang pertama atau sebahagian daripadanya, dan seorang wakil lagi bagi tiap-tiap lima belas orang ahli lebih daripada tiga puluh yang pertam aitu. Tiap-tiap cawangan berhak menghantar tidak lebih daripada lima orang wakil sahaja. “ Ahli “ di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada masa pengundian wakil-wakil itu dijalankan.

(4)        Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung tidak boleh dipilih menjadi wakil.

(5)        Hanya wakil-wakil sahaja yang boleh mengundi di dalam Persidangan Perwakilan. Pengerusi Persidangan Perwakilan boleh memberi undi pemutus kecuali perkara-perkara di bawah peraturan 25. Persidangan itu boleh mengadakan Aturan Tetap untuk mengawal perjalanan mesyuarat bagi semua Persidangan Perwakilan dan cara-cara mengundi dalam persidangan itu.

(6)        Notis permulaan bagi Persidangan Perwakilan Tri Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat persidangan dan permintaan usul-usul (termasuk usul pindaan peraturan), penamaan calon-calon bagi menganggotai Majlis Jawatankuasa Agung dan wakil-wakil, hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agung kepada semua Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh persidangan.

(7)        Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada Setiausaha Agung sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum Persidangan Perwakilan, butir-butir mengenai wakil-wakil cawangan masing-masing. Ahli-ahli Jawatankuasa bagi Majlis Jawatankuasa Agung, nama-nama calon bagi Pegawai-pegawai Kanan dan juga usul-usul (jika ada) untuk dibincangkan di dalam persidangan. Semua pencalonan hendaklah dibuat di atas borang yang disediakan oleh Kesatuan dan mengandungi butir-butir yang berikut:

Nama jawatan yang ditandingi, nama calon, nombor ahli, nombor kad pengenalan, umur, alamat, pekerjaan dan nombor sijil kerakyatannya/taraf kerakyatan dan tempoh bekerja dalam pekerjaan, atau tred seperti yang ditentukan di bawah peratusran 3(1).

(8)        Sesuatu pencalonan itu tidak sah kecuali :-
           
(a)    ia ditandatangani oleh seorang pencadang dan seorang penyokong yang merupakan ahli-ahli berhak; dan

(b)  ia mengandungi persetujuan bertulis calon yang hendak bertanding.

(9)        Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh persidangan suatu agenda yang mengandungi usul-usul untuk perbincangan, penyata tahunan dan penyata kewangan (jika ada), dan kertas-kertas undi sulit menurut kembaran kepada peraturan-peraturan ini dengan secukupnya untuk pemilihan anggota Majlis Jawatankuasa Agung atau perkara-perkara lain yang akan diputuskan melalui undi sulit. Setiausaha Cawangan hendaklah mengedarkan kertas-kertas undi itu dengan sampulnya kepada ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi.

(10)      Wakil-wakil yang hadir, tanpa mengira bilangan orangnya, mewakili lebih daripada setengah dari jumlah bilangan cawangan-cawangan Kesatuan akan menjadi kuorum Persidangan Perwakilan Tri Tahunan.

(11)      Jika selepas satu jam dari masa yang ditentukan bilangan wakil yang hadir (atau kuorum) masih tidak mencukupi maka persidangan itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lewat dari dua puluh satu hari kemudian) yang akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(12)      Sekiranya kuorum bagi Persidangan Perwakilan Tri Tahunan yang ditangguhkan itu masih belum mencukupi pada masa yang ditentukan maka wakil-wakil berkuasa meneruskan persidangan itu, akan tetapi tidak berkuasa meminda peraturan-peraturan Kesatuan.

(13)      Urusan Persidangan Perwakilan Tri Tahunan antara lain ialah :-

            (a)        menerima dan meluluskan laporan-laporan daripada Setiausaha, Bendahari
                        dan Majlis Jawatankuasa Agung;

            (b)        membincangkan dan memutuskan sebarang perkara atau usul mengenai
                        kebajikan ahli-ahli dan kemajuan Kesatuan;

            (c)        melantik :-
                                   
i)                    Pemegang Amanah,
ii)                  Ahli Jemaah Penimbangtara,
iii)                Juruaudit dan
iv)                Pemeriksa Undi.

(d)       meluluskan perlantikan pegawai atau pekerja sepenuh masa Kesatuan sekiranya perlu dan menetapkan skel gaji serta syarat-syarat pekerjaannya;

(e)        membincang dan memutuskan perkara-perkara lain yang terkandung di dalam agenda; dan

(f)        menerima penyata Jemaah Pemeriksa Undi tentang pemilihan Ahli-Ahli Majlis Jawatankuasa Agung dan perkara-perkara lain (jika ada).

(14)      Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan satu salinan rangka minit Persidangan Perwakilan Tri Tahunan kepada semua Setiausaha Cawangan dalam tempoh tidak melebihi enam puluh hari sesudah sahaja selesai persidangan itu.

PERATURAN 10                             PERSIDANGAN PERWAKILAN LUAR BIASA


(1)        Persidangan Perwakilan Luar Biasa hendaklah diadakan:

            (a)        Apabila difikirkan mustahak oleh Majlis Jawatankuasa Agung; atau

            (b)        Apabila menerima permintaan bersama secara bertulis daripada dua atau
                        lebih Jawatankuasa Cawangan yang mewakili sekurang-kurangnya satu
                        perempat daripada jumlah ahli-ahli Kesatuan dengan menyatakan tujuan-
                        tujuan dan sebab-sebab persidangan itu perlu diadakan.

(2)        Persidangan Perwakilan Luar Biasa yang diminta oleh cawangan-cawangan itu hendaklah diadakan oleh Setiausaha Agung dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permintaan itu diterima.

(3)        Notis dan agenda bagi Persidangan Perwakilan Luar Biasa hendaklah disampaikan oleh Setiausaha Agung kepada semua Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum tarikh persidangan.

(4)        Peruntukan-peruntukan peraturan 9 tentang kuorum dan penangguhan Persidangan Perwakilan Tri Tahunan adalah juga terpakai kepada Persidangan Perwakilan Luar Biasa.

(5)        Jika Persidangan Perwakilan Luar Biasa yang diminta oleh cawangan-cawangan ditangguhkan kerana kuorum tidak cukup maka persidangan yang ditangguhkan itu hendaklah dibatalkan sekiranyakuorum masih tidak diperolehi selepas satu jam dari masa yang dijadualkan. Persidangan Perwakilan Luar Biasa bagi perkara yang sama tidak boleh diminta lagi dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan itu dibatalkan.

(6)        Jika sesuatu Persidangan Perwakilan Tri Tahunan tidak dapat diadakan dalam masa yang ditentukan mengikut peraturan 9, maka Persidangan Perwakilan Luar Biasa berkuasa menjalankan sebarang urusan yang lazimnya dijalankan oleh Persidangan Perwakilan Tri Tahunan dengan syarat Persidangan Perwakilan yang demikian mestilah diadakan sebelum 31 Disember dalam tahun yang berkenaan.


PERATURAN 11                             PEGAWAI DAN KAKITANGAN


(1)        Pegawai Kesatuan bererti seseorang anggota Majlis Jawatankuasa Agung atau ahli Jawatankuasa Cawangan Kesatuan tetapi tidak termasuk Juruaudit Dalam.

(2)        Seseorang tidak boleh dipilih atau bertugas sebagai Pegawai Kesatuan jika dia :-

            (a)        bukan ahli Kesatuan ;

            (b)        belum cukup umur 21 tahun ;

            (c)        bukan warganegara Malaysia ;

            (d)       belum bekerja seperti yang ditentukan dalam peraturan 3(1) selama
                        sekurang-kurangnya satu tahun ;

(e)        pernah menjadi ahli eksekutif mana-mana kesatuan yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 15(1)(b)(iv), (v) atau (vi) Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau Enakmen yang telah dimansuhkan oleh Akta itu ;

(f)        pernah disabitkan oleh Mahkamah kerana kesalahan pecah amanah, pemerasan atau mengugut atau sebarang kesalahan lain yang pada pendapat Ketua Pengarah Sekerja menyebabkan tidak layak menjadipegawai sesebuah kesatuan sekerja ;

(g)        seseorang pemegang jawatan (office-bearer) atau pekerja sesebuah parti politik ; atau

            (h)        seorang yang masih bankrap

(3)        Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa menggaji pekerja-pekerja sepenuh masa yang difikirkannya perlu setelah mendapat kelulusan Persidangan Perwakilan Tri Tahunan. Seseorang pekerja Kesatuan selain daripada mereka yang tersebut dalam “proviso” kepada seksyen 29(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959, tidak boleh menjadi Pegawai Kesatuan (melainkan telah dikecualikan di bawah seksyen 30 Akta Kesatuan Sekerja 1959) atau bertugas dan bertindak sedemikian rupa sehingga urusan hal ehwal Kesatuan seolah-olah dalam pengawalannya.

(4)        Seseorang itu tidak boleh digaji sebagai pekerja Kesatuan jika dia :

            (a)        bukan warganegara Malaysia ;

            (b)        telah disabitkan oleh sesebuah Mahkamah kerana suatu kesalahan jenayah
                        dan belum mendapat pengampunan bagi kesalahan tersebut dan kesalahan
                        itu pada pendapat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja tidak melayakkannya
                        digaji oleh sesebuah kesatuan sekerja ;

            (c)        seorang pegawai atau pekerja sesebuah kesatuan sekerja yang lain ; atau

            (d)       seorang pemegang jawatan (office-bearer) atau pekerja sesebuah parti
                        politik.

PERATURAN 12                             MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG

(1)        Majlis Jawatankuasa Agung adalah badan yang menjalankan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Kesatuan termasuk hal pertikaian perusahaan dalam masa di antara dua Persidangan Perwakilan Tri Tahunan.

(2)        Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah terdiri daripada :

            1. Seorang Presiden                            )           yang akan dinamakan
            2. Seorang Naib Presiden                    )           “ Pegawai-pegawai Kanan
            3. Seorang Setiausaha Agung             )           Kesatuan “ dan hendaklah
            4. Seorang Penolong Setiausaha         )           dipilih tiap-tiap dua tahun
                Agung                                             )           dengan undi sulit oleh semua
            5. Seorang Bendahari Agung              )           ahli berhak, tertakluk kepada
            6. Seorang Penolong Bendahari          )           peruntukan di bawah ini.
                Agung                                                        

                                                                        dan
                                                                       
                                                                        )           Yang hendaklah dipilih
                                                                        )           mengikut susun taraf
            Seorang Ahli Jawatankuasa dari         )           berikut : Pengerusi, Naib
            tiap-tiap Cawangan                             )           Pengerusi, Setiausaha,
                                                                        )           Penolong Setiausaha dan
                                                                        )           Bendahari Cawangan.
                                                                        )           Seseorang Pegawai Kanan
                                                                        )           tidak dibenarkan memegang
                                                                        )           jawatan ini.

(3)        Sekiranya seseorang calon bagi sesuatu jawatan tidak ditandingi dan pencalonannya telah dilaksanakan menurut cara-cara yag ditentukan di dalam peraturan 9(7), maka dia hendaklah dianggap dengan serta merta telah dipilih dan namanya akan diasingkan dari kertas undi bagi pemilihan pegawai-pegawai.

(4)        Majlis Jawatankuasa Agung yang pertama hendaklah dipilih dengan undi sulit dalam masa enam bulan setelah Kesatuan didaftarkan sehingga pemilihan itu dijalankan. Majlis Jawatankuasa Penaja yang ditubuhkan semasa penubuhan Kesatuan hendaklah menguruskan hal ehwal Kesatuan.

(5)        Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah memegang jawatan dari satu Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke satu Persidangan Perwakilan Tr Tahunan yang berikutnya.

(6)        Sekiranya di dalam Persidangan Perwakilan Luar Biasa suatu usul “tidak percaya” terhadap Majlis Jawatankuasa Agung telah diluluskan oleh dua pertiga suara teramai maka Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah dengan serta merta bertugas sebagai pengurus sementara dan hendaklah mengadakan pemilihan Pegawai-pegawai Kesatuan dengan undi sulit dalam tempoh sebulan selepas Persidangan Perwakilan Luar Biasa itu. Pegawai-pegawai yang dipilih dengan cara ini hendaklah memegang jawatan sehingga Persidangan Perwakilan yang akan datang.

(7)        Apabila sahaja berlaku pertukaran Pegawai-pegawai, Pegawai-pegawai atau Majlis Jawatankuasa Agung yang bakal meninggalkan jawatan hendaklah dalam masa satu minggu menyerahkan segala rekod-rekod kepada Pegawai-pegawai atau Majlis Jawatankuasa Agung yang bakal memegang jawatan.

(8)        Pemberitahu tentang pemilihan pegawai-pegawai hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam tempoh empat belas hari selepas pemilihan itu.

(9)        Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan setengah daripada jumlah anggotanya akan menjadi kuorum mesyuarat. Minit Mesyuarat Majlis Jawatankausa Agung hendaklah disahkan pada mesyuarat biasa yang berikutnya.

(10)      Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah diadakan oleh Setiausaha Agung dengan arahan atau persetujuan Presiden.

(11)      Notis an agenda mesyuarat hendaklah diberi kepada semua ahli Majlis Jawatankuasa Agung Sekurang-kurangnya lima hari sebelum mesyuarat.

(12)      Permintaan secara bertulis untuk mengadakan mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung boleh dibuat oleh sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah anggota Majlis Jawatankuasa Agung. Permintaan itu hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha yang akan mengadakan mesyuarat yang diminta dalam tempoh empat belas hari dari tarikh permintaan berkenaan diterima.

(13)      Apabila berlaku sesuatu perkara yang memerlukan keputusan serta merta oleh Majlis Jawatankuasa Agung dan tidak mungkin dapat diadakan mesyuarat tergempar maka bolehlah Setiausaha Kesatuan dengan persetujuan Presiden mendapatkan keputusan melalui surat pekeliling. Syarat-syarat yang tersebut di bawah ini hendaklah disempurnakan sebelum perkara itu boleh dianggap sebagai telah diputuskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung :-

(a)        perkara dan tindakan yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan
            salinan surat pekeliling itu disampaikan kepada semua ahli Majlis Jawatankuasa
            Agung ;

(b)        sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah Ahli Majlis Jawatankuasa Agung
            telah menyatakan secara bertulis sama ada mereka itu bersetuju atau tidak dengan
            cadangan tersebut ; dan

(c)        suara yang terbanyak daripada mereka yang menyatakan sokongan atau sebalik
            nya tentang cadangan tersebut akan menjadi keputusan.

 (14)     Keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha di dalam Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung yang berikutnya oleh Setiausaha dan dicatatakan di dalam Minit Mesyuarat itu.

(15)      Ahli Majlis Jawatankuasa Agung yang tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tidak lagi berhak menyandang jawatannya kecuali dia dapat memberi alasan yang memuaskan kepada Majlis Jawatankuasa Agung.

(16)      Apabila seseorang pegawai Kesatuan meninggal dunia, berhenti atau terlucut hak maka calon yang mendapat undi yang terkebawah sedikit bagi jawatan berkenaan dalam masa undian yang lalu hendaklah dijemput untuk mengisi tempat yang kosong itu. bagi jawatan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan Bendahari Agung, calon berkenaan hendaklah mendapat tidak kurang daripada satu perempat jumlah undi yang telah dibuang bagi jawatan itu.

(17)      Jika tiada calon yang layak atau calon yang layak enggan menerima jawatan itu, Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa melantik seorang ahli yang layak untuk mengisi kekosongan itu.

(18)      Setiausaha hendaklah menghantar notis pertukaran pegawai-pegawai kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukran dibuat.

(19)      Majlis Jawankuasa Agung boleh menggunakan sebarang kuasa dan menjalankan sebarang kerja yang difikirkan perlu bagi mencapaikan tujuan-tujuan Kesatuan dan untuk memajukan kepentingannya dengan mematuhi peraturan-peraturan ini, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.

(20)      Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mengawal tabung wang Kesatuan supaya tidak dibelanjakan dengan boros atau disalahgunakan. majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mengarahkan Setiausaha Agung atau pegawai-pegawai yang lain mengambil langkah-langkah sewajarnya supaya seseorang pegawai, pekerja atau pun ahli Kesatuan didakwa di Mahkamah kerana menyalahgunakan atau mengambil secara tidak sah wang atau harta kepunyaan Kesatuan.

(21)      Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mengarah Setiausaha Agung atau pegawai yang lain supaya menguruskan kerja-kerja Kesatuan dengan sempurna.

 (22)     Tertakluk kepada Peraturan 11(3) Majlis Jawatankuasa Agung boleh menggaji mana-mana pegawai atau pekerja sepenuh masa yang difikirkan mustahak atas kadar gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tri Tahunan.

(23)      Pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja Kesatuan boleh digantung kerja atau diberhentikan oleh Majlis Jawatankuasa Agung kerana kelalian, tidak amanah, tidak cekap atau enggan melaksanakan sebarang keputusan kerana sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah atau wajar demi kepentingan Kesatuan.

(24)      Majlis Jawatankuasa Agung akan memberi arahan kepada Pemegang-Pemegang Amanah tentang pelaburan Wang Kesatuan.

(25)     (a)        Majlis Jawatankuasa Agung boleh menggantung atau memecat keahlian atau melarang dari memegang jawatan seseorang ahli jika didapati bersalah kerana cuba hendak merosakkan Kesatuan atau melakukan perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan ini atau membuat atau melibatkan diri dengan sebarang perbuatan mencela, mengeji atau mencerca Kesatuan, pegawai atau dasar Kesatuan.

            (b)        Sebelum tindakan tersebut diambil, ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan berkenaan. Sesuatu perintahpenggantungan, pemecatan atau larangan hendaklah bertulis dan menyata-kan dengan jelas bentuk dan alasan penggantungan, pemecatan atau larangan tersebut. jika berkenaan, perintah itu hendaklah juga menyatakan tempoh ianya berkuatkuasa dan syarat-syarat yang membolehkan ia ditarik balik.

            (c)        Jika seseorang yang telah digantung faedahnya, dipecat atau dilarang dari-
            pada memegang jawatan rasa terkilan, dia berhak merujukkan kilanan berkenaan melalui Majlis Jawatankuasa Agung untuk diselesaikan oleh Jemaah Penimbangtara di bawah peraturan 26 dan peraturan 27 atau merayu terus kepada Persidangan Perwakilan Tri Tahunan di mana keputusan Persidangan Perwakilan Dwi Tahuna adalah muktamad.

(26)      Dalam masa di anatara Persidangan Perwkailan Tri Tahunan, Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mentafsirkan peraturan-peraturan Kesatuan dan jika perlu, akan menentukan perkara yang tidak ternyata dalam peraturan-peraturan ini.

 (27)     Sebarang keputusan Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah dipatuhi oleh semua ahli Kesatuan kecuali sehingga ianya dibatalkan oleh suatu ketetapan dalam Persidangan Perwakilan Tri Tahunan melainkan keputusan yang berkehendakkan undi sulit.


PERATURAN 13                 TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI KESATUAN


(1)        Presiden

(a)        menjadi Pengerusi semua Persidangan Perwakilan dan semua mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung dan hendaklah bertanggungjawab tentang ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat itu serta mempunyai undian pemutus dalam isu-isu semasa pada masa mesyuarat kecuali perkara-perkara yang melibatkan undi sulit ;

(b)        menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat apabila minit mesyuarat itu disahkan ;

(c)        menandatangani segala cek Kesatuan bersama-sama dengan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung ; dan

(d)        mengawasi pentadbiran dan perjalanan Kesatuan dan berikhtiar supaya peraturan-peraturan ini dipatuhi oleh semua yang berkenaan.

(2)        Naib Presiden

            membantu Presiden dan memangku jawatan Presiden pada masa ketiadaannya.

(3)        Setiausaha Agung

(a)        mengelolakan kerja-kerja Kesatuan mengikut peraturan-peraturan ini dan me-laksanakan perintah-perintah dan arahan Persidangan Perwakilan dan Majlis Jawatankuasa Agung ;

(b)        mengawasi kerja-kerja kakitangan Kesatuan dan bertanggungjawab tentang surat-
            menyurat dan menyimpan buku-buku, surat-surat keterangan dan kertas-kertas Kesatuan mengikut cara dan aturan yang diarahkan oleh Majlis JawatankuasaAgung ;

(c)        menetapkan serta menyediakan agenda mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung dengan persetujuan Presiden dan menghadiri semua mesyuarat, menulis minit-minit mesyuarat dan menyediakan Penyata Tahunan Kesatuan untuk Mesyuarat Agung Tri Tahunan ;

(d)       menyediakan atau menguruskan supaya disediakan Penyata-penyata Tahunan dan
surat keterangan lain oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan menghantarnya kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa yang ditentukan ;

(e)        menyimpan dan mengemaskini suatu Daftar Ahli yang mengandungi nama ahli, alamat, nombor ahli, nombor kad pengenalan, umur dan tarikh menjadi ahli Kesatuan ;

(f)        menandatangani semua cek Kesatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Agung.


(4)        Penolong Setiausaha Agung

(a)        membantu Setiausaha Agung dalam urusan pentadbiran Kesatuan dan memangku
            jawatan Setiausaha Agung pada masa ketiadaannya ;

(b)       menjalankan tugas-tugasnya sebagaimana diarah oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(5)        Bendahari Agung

(a)        bertanggungjawab dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang Kesatuan dan
urusan penyimpanan dan catatan di buku-buku kira-kira sebagaimana yang di-kehendaki oleh Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 ;

(b)        mengeluarkan resit rasmi bagi sebarang wang yang diterima ;

(c)        bertanggungjawab tentang keselamatan simpanan buku-buku kewangan dan surat-
            surat keterangan yang berkenaan di Ibu Pejabat. Buku-buku dan surat-surat keterangan ini tidak boleh dikeluarkan dari tempat rasminya tanpa kebenaran bertulis daripada Presiden pada tiap-tiap kali ia hendak dikeluarkan ;

(d)       menyediakan penyata kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung dan bagi Persidangan Perwakilan ;

(e)        menandatangani segala cek bagi pihak Kesatuan bersama-sama dengan Presiden
            dan Setiausaha Agung.

(6)        Penolong Bendahari Agung

(a)        membantu Bendahari Agung dalam urusan kewangan Kesatuan dan memangku
            jawatan Bendahari Agung pada masa ketiadaannya ;

(b)        menjalankan tugas-tugas sebagaimana diarah oleh Majlis Jawatankuasa Agung.


PERATURAN 14                 PEMEGANG AMANAH

(1)        Tiga orang Pemegang Amanah yang umurnya tidak kurang daripada 21 tahun dan bukan Setiausahan Agung atau Bendahari Agung Kesatuan hendaklah dilantik/dipilih di dalam Persidangan Perwakilan yang pertama. Mereka akan menyandang jawatan itu selama yang dikehendaki oleh Kesatuan.

(2)        Sebarang harta (tanah, bangunan, pelaburan dan lain-lain) yang dimiliki oleh Kesatuan hendaklah diserahkan kepada mereka untuk diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(3)        Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah milik sebarang harta Kesatuan tanpa persetujuan dan kuasa daripada Majlis Jawatankuasa Agung yang diberi secara bertulis oleh Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

 (4)       Seseorang Pemegang Amanah boleh diberhentikan daripada jawatannya oleh Majlis Jawatankuasa Agung kerana tidak sihat, tidak sempurna fikiran, tidak berada di dalam negara atau kerana sebarang sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau tidak dapat menyempurnakan tugasnya dengan memuaskan.

(5)        Jika seseorang Pemegang Amanah itu meninggal dunia, berhenti atau diberhentikan maka kekosongan itu hendaklah diisi oleh mana-mana ahli yang layak yang dilantik oleh Majlis Jawatankuasa Agung sehingga Persidangan Perwakilan Tri Tahunan yang berikutnya.

(6)        Persidangan Perwakilan Tri Tahunan boleh melantik sebuah Syarikat Pemegang Amanah seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 (Trust Companies Act 1949) atau undang-undang bertulis yang lain yang mengawal syarikat-syarikat pemegang amanah di Malaysia, untuk menjadi Pemegang Amanah yang tunggal bagi Kesatuan ini. Jika syarikat Pemegang Amanah tersebut dilantik maka rujukan ‘Pemegang Amanah’ di dalam Peraturan ini hendaklah difahamkan sebagai Syarikat Pemegang Amanah yang dilantik.

(7)        Butir-butir tentang Pemegang Amanah atau pertukaran Pemegang Amanah hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Sekerja untuk pendaftaran dalam tempoh emapt belas hari selepas perlantikan/pemilihan atau pertukaran berkenaan. Perlantikan/pemilihan atau pertukaran ini tidak boleh dikuatkuasakan sehingga didaftarkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.


PERATURAN 15                             JURUAUDIT DALAM


(1)        Dua orang Juruaudit Dalam yang bukan ahli Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah dipilih secara angkat tangan dalam Persidangan Perwakilan Tri Tahunan. Mereka hendaklah memeriksa kira-kira Kesatuan pada penghujung tiap-tiap tiga bulan menyampaikan laporannya kepada Majlis Jawatankuasa Agung.

(2)        Buku-buku dan kira-kira Kesatuan hendaklah diaudit oleh kedau-dua Juruaudit Dalam dan mereka berhak melihat semua buku dan surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas mereka.

 (3)       Seseorang ahli Kesatuan bolehlah mengadu secara bersurat kepada Juruaudit Dalam tentang sebarang hal kewangan yang tidak betul.

(4)        Apabila berlaku kekosongan jawatan oleh sebarang sebab, kekosongan ini bolehlah diisi denagn cara lantikan oleh Majlis Jawatankuasa Agung sehingga Persidangan Perwakilan Tri Tahunan berikutnya.


PERATURAN 16                             JURUAUDIT LUAR


(1)        Kesatuan hendaklah melantik seorang Juruaudit Luar bertauliah tiap-tiap tahun dan seterusnya memperolehi kelulusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja bagi perlantikan ini. Juruaudit Luar ini hendaklah seorang Akauntan yang telah memperolehi kebenaran bertulis daripada Menteri Kewangan untuk mengaudit kira-kira syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Kira-kira Kesatuan tidak boleh diaudit oleh Juruaudit Luar yang sama bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

(2)        Kira-kira Kesatuan hendaklah diaudit oleh Juruaudit Luar dengan segera selepas sahaja tahun kewangan ditutup pada 31 Mac dan hendaklah selesai sebelum 31 Ogos tiap-tiap tahun.

(3)        Juruaudit Luar berhak menyemak semua buku dan surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugasnya.

(4)        Kira-kira Kesatuan yang diaudit hendaklah diakui benar oleh Bendahari Agung dengan surat sumpah (statutory declaration).

(5)        Satu salinan penyata kira-kira yang diaudit dan laporan Juruaudit Luar hendaklah diedarkan kepada tiap-tiap wakil sebelum Persidangan Perwakilan Tri Tahunan. Penyata kira-kira dan laporan Juruaudit Luar tersebut hendaklah dibentangkan dalam Persidangan Perwakilan Tri Tahunan untuk kelulusan.

(6)        Kira-kira Kesatuan yang diaudit hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja berserta denagan Borang N sebelum 1 Oktober tiap-tiap tahun.


PERATURAN 17                 JEMAAH PEMERIKSA UNDI


(1)        Suatu Jemaah Pemeriksa Undi yang terdiri daripada lima orang ahli hendaklah dipilih secara angkat tangan di dalam Persidangan Perwakilan Tri Tahunan untuk mengendalikan segala perjalanan undi sulit. Mereka hendaklah bukan pegawai Kesatuan atau calon bagi pemilihan  pegawai-pegawai Kesatuan. Seboleh-bolehnya ahli-ahli yang dipilih ini hendaklah ahli-ahli yang tinggal di sekitar kawasan Ibu Pejabat Kesatuan.

(2)        Jemaah Pemeriksa Undi ini akan berkhidmat dari suatu Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan ke Persidangan Perwakilan Tri Tahunan yang berikutnya. Apabila berlaku kekosongan, ia hendaklah diisi dengan cara lantikan oleh Majlis Jawatankuasa Agung sehingga Persidangan Perwakilan Tri Tahunan yang berikutnya.

(3)        Sekurang-kurangnya tiga orang Pemeriksa Undi hendaklah hadir apabila pembuangan undi dijalankan. mereka hendaklah memastikan bahawa aturcara yang tertera di dalam kembaran kepada peraturan-peraturan ini dipatuhi dengan sepenuhnya.


PERATURAN 18                 GAJI DAN BAYARAN-BAYARAN LAIN


(1)        Skim gaji serta syarat-syarat pekerjaan bagi pegawai-pegawai yang bekerja sepenuh masa dengan Kesatuan dan pekerja-pekerja Kesatuan hendaklah ditetapkan melalui usul yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tri Tahunan.

(2)        Pegawai-pegawai Kesatuan yang dikehendaki berkhidmat separuh masa bagi pihak Kesatuan boleh dibayar saguhati. Jumlah pembayaran saguhati hendaklah ditetapkan oleh Persidangan Perwakilan Tri Tahunan.

(3)        Pegawai-pegawai dan wakil-wakil Kesatuan, dengan kelulusan Majlis Jawatankuasa Agung atau Jawatankuasa Cawangan bolehlah diberi bayaran gantirugi kerana hilang masa kerjanya dan perbelanjaan serta elaun yang munasabah bagi menjalankan kerja-kerja Kesatuan. Mereka itu hendaklah mengemukakan satu penyata yang menunjukkan butir-butir perjalanan dan bukti hilang masa kerjanya (jika berkenaan) dan perbelanjaan yang beralaskan resit atau keterangan pembayaran lain. Had maksima bayaran, elaun dan perbelanjaan yang boleh dibayar hendaklah ditentukan dari semasa-ke semasa oleh Persidangan Perwakilan atau Mesyuarat Agung Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Agung atau Jawatankuasa Cawangan tidak boleh meluluskan sebarang bayaran yang melebihi had yang telah ditentukan oleh Persidangan Perwakilan atau Mesyuarat Agung Cawangan.


PERATURAN 19                 KEWANGAN DAN KIRA-KIRA


(1)        Wang Kesatuan boleh dibelanjakan bagi perkara-perkara berikut :-

(a)        Bayaran gaji, elaun dan perbelanjaan kepada pegawai dan pekerja Kesatuan ter-
            takluk kepada peraturan 18.

(b)        Bayaran dan perbelanjaan pentadbiran Kesatuan termasuk bayaran mengaudit
            kira-kira Kesatuan.

(c)        Bayaran urusan pendakwaan atau pembelaan dalam prosiding undang-undang
            mengenai sesuatu hal berhubung dengan Kesatuan atau seseorang ahlinya menjadi             satu pihak yang bertujuan untuk memperolehi atau mempertahankan hak       Kesatuan atau sebarang hak yang terbit daripada perhubungan di antara seseorang        ahli dengan majikannya.

(d)       Bayaran urusan pertikaian perusahaan bagi pihak Kesatuan atau ahli-ahlinya           dengan syarat bahawa pertikaian perusahaan itu tidak bertentangan dengan Akta    Kesatuan Sekerja 1959 atau undang-undang bertulis yang lain.

(e)        Bayaran gantirugi kepada ahli kerna kerugian akibat pertikaian perusahaan yang     melibatkan ahli itu dengan syarat bahawa pertikaian perusahaan itu tidak           bertentangan dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau undang-undang bertulis           yang lain.

(f)        Bayaran elaun kepada ahli oleh sebab berumur tua, sakit, ditimpa kemalangan        atau hilang pekerjaan ahli itu dan bayaran kepada tanggungannya apabila ahli itu         meninggal dunia.

(g)        Bayaran yuran pergabungan atau keanggotaan dengan mana-mana persekutuan      kesatuan sekerja yang telah didaftarkan di bawah Bahagian XII Akta Kesatuan     Sekerja 1959, atau mana-mana badan perunding atau badan yang serupa yang          mana kelulusan telah diberi oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di bawah             seksyen 76A (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau Ketua Pengarah Kesatuan         Sekerja telah diberitahu di bawah seksyen 76A (2) Akta tersebut.

(h)        Bayaran-bayaran untuk :-

(i)         Tambang keretapi, perbelajaan pengangkutan lain yang perlu, per-belanjaan makan dan tempat tidur yang beralaskan resit atau sebanyak mana telah ditentukan oleh Kesatuan tertakluk kepada had-had yang ditentukan di bawah peraturan 18.
           
(ii)        Amaun kehilangan gaji yang sebenar oleh wakil Kesatuan kerana menghadiri mesyuarat berkaitan atau berhubung dengan hal perhubungan perusahaan atau pmenyempurnakan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja berkaitan dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau sebarang peraturan tertakluk kepada had-had yang ditentukan di bawah peraturan 18.

(iii)       Perbelajaan bagi menubuhkan atau mengekalkan persekutuan kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah Bahagian XII Akta Kesatuan Sekerja 1959,atau badan perunding atau badan yang serupa yang mana kelulusan telah diberi oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di bawah sekseyen 76A (1) Akta Sekerja 1959 atau Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja telah dibertahu di bawah seksyen 76A (2) Akta tersebut.

(i)         Urusan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal,             majalah, buletin atau penerbitan lain yang dikeluarkan oleh Kesatuan untuk          menjayakan tujuan-tujuannya atau untuk memelihara kepentingan ahli-ahli selaras   dengan peraturan-peraturan ini.

(j)         Penyelesaian pertikaian di bawah Bahagian VI Akta Kesatuan Sekerja 1959.

(k)        Aktiviti-aktiviti sosial, sukan, pendidikan dan amal kebajikan bagi ahli-ahli             Kesatuan.

 (l)        Pembayaran premium kepada syarikat-syarikat insurans berdaftar di Malaysia         yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dari semasa ke semasa.   
                                                           
(2)        Tabung wang Kesatuan tidak boleh digunakan sama ada secara langsung atau        sebaliknya untuk membayar denda atau hukuman yang dikenakan oleh           Mahkamah kepada sesiapa pun.

(3)        Wang Kesatuan yang tidak dikehendaki untuk perbelanjaan semasa yang telah       diluluskan hendaklah dimasukkan ke dalam bank oleh Bendahari Agung atau        Bendahari Cawangan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaannya. Akaun             bank hendaklah di atas nama Kesatuan dan butir-butir akaun itu hendaklah di             hantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. Pembukaan sesuatu akaun bank itu hendaklah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

(4)        Semua cek atau notis pengeluaran wang atas akaun Kesatuan hendaklah     ditandatangani            bersama oleh Presiden (pada masa ketiadaaannya oleh Naib   Presiden), Setiausaha Agung (pada masa ketiadaaannya oleh Penolong Setiausaha   Agung), dan Bendahari Agung (pada masa ketiadaaannya oleh Penolong    Bendahari Agung).

(5)        Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM500.00 pada sesuatu masa dan tidak dibenarkan membelanjakan lebih daripada RM500.00 (Lima Ratus Ringgit) pada sesuatu masa tanpa mendapat kebenaran Majlis Jawatankuasa Agung terlebih dahulu.

(6)        Bendahari Agung hendaklah menyediakan satu penyata belanjawan tahunan untuk            diluluskan dalam Persidangan Perwakilan dan semua perbelanjaan yang dibuat           oleh Kesatuan hendaklah di dalam had yang ditetapkan oleh belanjawan yang        diluluskan itu. Belanjawan tersebut boleh disemak semula dari semasa ke semasa             dengan persetujuan terlebih dahulu daripada Persidangan Perwakilan Luar Biasa    atau melalui surat pekeliling.

(7)        Semua harta Kesatuan hendaklah dimiliki bersama atas nama Pemegang-    Pemegang Amanah. Wang kesatuan yang tidak dikehendaki untuk pentadbiran             harian Kesatuan boleh digunakan bagi tujuan-tujuan berikut :-

(a)        membeli atau memajak sebarang tanah atau bangunan untuk kegunaan Kesatuan. Tanah atau bangunan ini bolehlah dijual, ditukar, dicagar atau digadai mengikut mana-mana undang-undang yang bertulis atau undang-undang lain yang dikuatkuasakan sekarang ;
           
(b)        melabur dalam amanah saham (securities) atau dalam pinjaman kepada mana-mana Syarikat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pemegang amanah ;

(c)        disimpan dalam Bank Simpanan Nasional, dalam mana-mana bank yang diperbadankan di Malaysia atau dalam mana-mana syarikat kewangan yang merupakan anak syarikat bank tersebut ; atau

(d)       dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Menteri Sumber Manusia  dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh beliau, melabur :-
           
                        (i)         dalam mana-mana Syarikat Kerjasama yang berdaftar ; atau
                       
(ii)        dalam mana-mana pengusahaan perdagangan, perindustrian atau pertanian atau enterprais bank yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia.
                       
            Semua belian dan pelaburan di bawah Peraturan ini hendaklah diluluskan   terlebih dahulu  oleh Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung dan dibuat di atas          nama Pemegang Amanah Kesatuan. Kelulusan ini hendaklah disahkan oleh Persidangan Perwakilan yang akan datang. Pemegang-Pemegang Amanah hendaklah memegang saham-saham atau pelaburan-pelaburan bagi pihak ahli-ahli   kesatuan.

(8)        Bendahari Agung hendaklah merekod atau menguruskan supaya direkodkan          dalam buku kira-kira Kesatuan sebarang penerimaan dan pembayaran wang          Kesatuan dan sebarang hasil dari pelaburan.

(9)        Bendahari hendaklah pada atau sebelum 1 Oktober tiap-tiap tahun atau apabila dia berhenti atau meletak jawatan daripada pekerjaannya atau pada bila-bila masa dia dikehendaki berbuat demikian oleh Majlis Jawatankuasa Agung atau wakil-wakil melalui suatu ketetapan yang dibuat dalam Persidangan Perwakilan atau Persidangan Luar Biasa atau apabila dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja maka hendaklah dia mengemukakan kepada Kesatuan dan ahli-ahlinya atau kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yang mana berkaitan, satu penyata kira-kira yang benar dan betul tentang semua wang yang diterima dan dibayarnya dari mula dia memegang jawatan itu atau, jika dia pernah membentangkan penyata kira-kira terdahulu, dari tarikh penyata itu dibentangkan. Dia hendaklah menyatakan baki wang dalam tangannya pada masa dia mengemukakan penyata kira-kira itu dan juga semua bon dan jaminan harta-harta Kesatuan yang lain dalam simpanan atau jagaannya.

(10)      Penyata kira-kira hendaklah mengikut bentuk yang ditentukan oleh Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dan hendaklah diakui benar dengan akuan statutori. Kesatuan hendaklah menguruskan penyata kira-kira tersebut diaudit mengikut Peraturan 16. Sesudah sahaja penyata kira-kira tersebut diaudit, Bendahari Agung hendaklah menyerahkan kepada Pemegang-Pemegang Amanah Kesatuan jika dikehendaki oleh mereka itu, semua bon, sekuriti, perkakas, buku-buku, surat dan harta Kesatuan yang ada di dalam simpanan atau jagaannya.

(11)      Selain daripada Bendahari Agung, Pegawai-Pegawai atau pekerja Kesatuan tidak boleh menerima wang atau mengeluarkan resit rasmi tanpa kuasa yang bertulis daripada Presiden pada tiap-tiap kali mereka itu dikehendaki berbuat demikian.


PERATURAN 20     PEMERIKSAAN BUKU-BUKU DAN KIRA-KIRA

           
            Tiap-tiap orang yang mempunyai kepentingan dalam tabung wang berhak memeriksa buku-buku dan kira-kira Kesatuan dan nama-nama ahli pada masa yang munasabah di tempat rekod-rekod itu disimpan setelah memberi notis yang mencukupi dan berpatutan.

PERATURAN 21                 YURAN KHAS / KUTIPAN KHAS


(1)        Sesudah sesuatu usul diputuskan dengan undi sulit menurut peraturan 25, Majlis Jawatankuasa Agung boleh memungut yuran/kutipan khas dari semua ahli Kesatuan kecuali mereka yang telah dikecualikan daripada bayaran ini oleh Majlis Jawatankuasa Agung menurut peraturan 4(5).

(2)        Jika seseorang ahli tidak menjelaskan yuran/kutipan khas itu dalam tempoh enam minggu dari tarikh ia dikenakan atau dalam tempoh yang lebih panjang lagi yang ditetapkan dalam usul berkenaan maka yuran/kutipan khas itu akan dikira sebagai tunggakan yuran Kesatuan dan ahli itu boleh terlucut haknya menurut peraturan 4(3).

PERATURAN 22                 PERTIKAIAN PERUSAHAAN

(1)        Jika seseorang ahli berhajat supaya tindakan diambil terhadap syarat-syarat pekerjaannya atau sebarang hal yang lain maka dia hendaklah memberitahu Setiausaha Cawangannya tentang aduannya dan seelok-eloknya secara bertulis. Setiausaha Cawangan itu hendaklah menyampaikan hal pengaduan itu kepada Jawatankuasa Cawangan dengan serta merta. Jika pengaduan ahli itu dibuat secara lisan maka Setiausaha Cawangan hendaklah menuliskannya dan menyampaikan aduan itu kepada Jawatankuasa Cawangan berserta dengan laporannya. jawatankuasa Cawangan hendaklah memutuskan sama ada perkara itu akan diselenggarakan di peringkat cawangan atau diserahkan kepada Majlis Jawatankuasa Agung.

(2)        Jika berbangkit sesuatu pertikaian perusahaan maka ahli-ahli yang terlibat hendaklah menyampaikan hal itu kepada Setiausaha Cawangan dan Setiausaha Cawangan hendaklah dengan serta merta melaporkan hal itu kepada Jawatankuasa Cawangan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah dengan serta merta melaporkan hal itu kepada Jawatankuasa Cawangan. jawatankuasa Cawangan hendaklah menguruskan hal pertikaian itu di peringkat cawangan jika difikirkan patut atau merujukkan kepada Majlis Jawatankuasa Agung. Sekiranya pertikaian itu diuruskan oleh Cawangan, maka Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah diberitahu sepenuhnya tentang perkembangan pertikaian itu.

(3)        Kesatuan tidak boleh melancarkan mogok dan ahli-ahlinya tidak boleh mengambil bahagian dalam mogok :-

            (a)        tanpa mendapat kelulusan Majlis Jawatankuasa Agung terlebih dahulu ;

(b)        tanpa mendapat persetujuan dengan undi sulit sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah ahli yang layak mengundi dan terlibat dengan mogok yang akan dilancarkan itu ;

(c)        sebelum luput tempoh tujuh hari selepas keputusan undi sulit itu      dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja mengikut seksyen           40(5) Akta Kesatuan Sekerja 1959 ;

            (d)       sekiranya undi sulit itu untuk cadangan mogok telah luput tempohnya atau                         tidak sah menurut peruntukan seksyen kecil 40(2), 40(6) atau 40(9) Akta                                Kesatuan Sekerja 1959 ;

            (e)        jika mogok itu menyalahi atau tidak mematuhi peraturan-peraturan ini ;

(f)        berkaitan dengan apa-apa perkara diliputi oleh suatu arahan atau keputusan Menteri Sumber Manusia yang diberi atau dibuat terhadap sesuatu rayuan di bawah Akta Kesatuan Skerja 1959 ; dan

(g)        jika mogok itu menyalahi atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan lain Akta Kesatuan Sekerja 1959, atau mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang lain.

(4)        Majlis Jawatankuasa Agung Atau Jawatankuasa Cawangan tidak boleh menyokong pemogokan dengan memberi bantuan kewangan atau bantuan lain kecuali peruntukan-peruntukan peraturan 22(3) telah dipatuhi.

(5)        Sesuatu undi sulit yang diambil tentang apa-apa perkara berkaitan dengan pemogokan hendaklah mengandungi suatu usul yang menerangkan dengan jelas akan isu yang menyebabkan cadangan pemogokan itu. Usul itu hendaklah juga menerangkan dengan jelasnya rupa bentuk tindakan yang akan dilakukan dan tidak akan dilakukan pada sepanjang pemogokan itu. undi sulit yang tidak memenuhi kehendak-kehendak ini


tidaklah sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan pemogokan tidak boleh dilakukan berdasarkan undi sulit tersebut.

(6)        Mana-mana ahli Kesatuan yang memulakan mogok, mengambil bahagian atau bertindak bagi melanjutkan pemogokan yang melanggar Akta Kesatuan Sekerja 1959 atau peraturan-peraturan ini atau mana-mana peruntukan undang-undang bertulis, akan terhenti dengan sendirinya dari menjadi ahli Kesatuan dan selepas itu tidak boleh menjadi ahli Kesatuan ini atau kesatuan yang lain tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja terlebih dahulu. Kesatuan hendaklah dengan serta merta :-

            (a)        mengeluarkan nama ahli tersebut dari Daftar Ahli/Yuran ;

(b)        memberitahu Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan ahli berkenaan tentang pengeluaran nama tersebut ; dan

(c)        mempamerkan suatu  tempat yang mudah dilihat di pejabat Kesatuan yang berdaftar satu senarai ahli yang namanya dikeluarkan itu.


PERATURAN 23                 KEGIATAN PENDIDIKAN

            Kesatuan boleh menjalankan aktiviti-aktivi menambah ilmu pengetahuan ahli-ahlinya dengan menganjurkan perjumpaan, semianr dan kursus. Selanjutnya Kesatuan boleh mnerbitkan bahan-bahan bacaaan dan menjalankan urusan-urusan lain yang boleh memajukan pengetahuan ahli-ahlinya dalam ha; perusahaan, kebudayaan dan kemasyarakatan dengan syarat hendaklah mematuhi undang-undang mengenai perbelanjaan wang kesatuan sekerja yang berkuatkuasa sekarang.

PERATURAN 24                 PERATURAN-PERATURAN DAN PINDAAN
                                                  PERATURAN-PERATURAN

(1)        Pindaan kepada peraturan-peraturan yang akan meningkatkan lagi tanggungan ahli utuk mencarum dan mengurangkan faedah yang dinikmatinya hanya boleh dibuat dengan kelulusan Persidangan Perwakilan yang akan diadakan menurut peraturan 9 atau peraturan 10, atau dengan undi sulit.

(2)        Tiap-tiap pindaan kepada peraturan-peraturan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh pindaan itu didaftarkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja kecuali jika suatu tarikh yang terkemudian dari itu ditentukan di dalam peraturan-peraturan ini.

(3)        Satu naskah peraturan-peraturan Kesatuan yang bercetak hendaklah dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di pejabat Kesatuan yang didaftarkan. Setiausaha Kesatuan hendaklah memberi senaskah peraturan-peraturan Kesatuan kepada sesiapa juga yang memintanya dengan bayaran tidak lebih daripada satu ringgit senaskah.

PERATURAN 25                 UNDI SULIT

(1)        Keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara yang tersebut di bawah ini hendaklah dibuat dengan undi sulit oleh semua ahli berhak atau ahli-ahli berhak yang terlibat kecuali ahli-ahli yang belum cukup Umur 18 tahun tidak mengundi atas perkara-perkara (c),(d),(e) dan (g) :-

            (a)        pemilihan pegawai-pegawai Kesatuan menurut peraturan 12 ;

            (b)        pemilihan wakil-wakil ke Persidangan Perwakilan Tri Tahunan atau                                pemilihan wakil-wakil untuk Persekutuan Kesatuan-Kesatuan Sekerja ;

            (c)        semua perkara mengenai mogok menurut peraturan 22(3) ;
           
            (d)       mengenakan kutipan/yuran khas ;
           
(e)        pindaaan peraturan-peraturan Kesatuan jika pindaan itu akan meningkatkan lagi tanggungan ahli untuk mencarum atau mengurangkan faedah yang dinikmatinya.
           
            (f)        bercantum dengan kesatuan sekerja yang lain atau memindahkan urusan                             kepada kesatuan sekerja yang lain ;

            (g)        membubarkan Kesatuan atau Persekutuan Kesatuan Sekerja.

(2)        Untuk menjalankan undi sulit, aturcara yang dinyatakan di dalam kembaran kepada peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi.

PERATURAN 26                             JEMAAH PENIMBANGTARA

(1)        Satu jemaah Penimbangtara yang terdiri daripada lima orang hendaklah dilantik dalam Persidangan Perwakilan Kesatuan yang pertama untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian dalam Kesatuan. Jemaah Penimbangtara hendaklah bukan ahli Kesatuan dan tidak ada kaitan langsung dengan kewangan Kesatuan.

(2)        Apabila berlaku kekosongan kerana sebarang sebab, maka kekosongan itu hendaklah diisi dengan melantik gantinya di dalam Persidangan Perwakilan yang akan datang.

(3)        Setiausaha Agung Kesatuan hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja butir-butir peribadi Jemaah Penimbangtara (seperti nama, nombor kad pengenalan, jawatan dan alamat) dan sebarang perubahan tentang anggota Jemaah Penimbangtara.

(4)        Apabila sesuatu pertikaian dirujuk kepada Jemaah Penimbangtara, pihak yang terkilan hendaklah memilih dengan mengundi tiga daripada lima orang anggota Jemaah Penimbangtara tersebut. Setiausaha Agung hendaklah menetapkan tempat dan masa bagi urusan ini. Laporan dan keputusan Jemaah Penimbangtara hendaklah dikemukakan kepada Majlis Jawatankuasa Agung dengan seberapa segera.

PERATURAN 27                             PERTIKAIAN DALAM KESATUAN

(1)        Tiap-tiap pertikaian yang berlaku di antara :-

(a)        seseorang ahli atau seseorang yang menuntut melalui seorang ahli atau menurut peraturan ini di sebelah pihak denagan Kesatuan atau Pegawai Kesatuan di pihak yang lagi satu ; atau

(b)        seseorang yang terkilan yang telah berhenti menjadi ahli Kesatuan atau       seseorang yang menuntut melalui orang yang terkilan itu di sebelah pihak,        dengan Kesatuan atau Pegawai Kesatuan, di pihak yang lagi satu ; atau

(c)        Kesatuan dengan seseorang Pegawai Kesatuan, hendaklah diselesaikan melalui pertimbangtaraan.

(2)        Pertikaian yang melibatkan perkara seperti berikut :

            (i)         pemilihan pegawai-pegawai Kesatuan

            (ii)        kira-kira dan kewangan Kesatuan ; atau

            (iii)       melanggar peraturan-peraturan Kesatuan ,

pihak yang menuntut dan pihak yang kena tuntut bolehlah secara bersama merujuk pertikaian itu kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan keputusannya adalah muktamad.

(3)        Setiausaha Agung hendaklah secara bertulis menyampaikan sebarang pertikaian di bawah perenggan 9(1) kepada Jemaah Penimbangtara dalam tempoh empat puluh hari dari tarikh permohonan pihak yang menuntut diterima oleh Kesatuan.

(4)        Dalam peraturan ini perkataan “pertikaian” meliputi sebarang pertikaian tentang soal sama ada seseorang ahli atau orang yang terkilan itu berhak menjadi ahli, terus menjadi ahli ataupun diterima semula menjadi ahli. Bagi seseorang yang telah berhenti menjadi ahli, perkataan “pertikaian” ini hanya meliputi pertikaian di antara dia dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan tentang soal yang berbangkit pada masa dia menjadi ahli.

(5)        Pihak yang terkilan berhak membuat rayuan kepada Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Penimbangtara dan keputusan Persidangan itu adalah muktamad.


PERATURAN 28                             PEMBUBARAN

(1)        Kesatuan ini tidak boleh dibubarkan dengan sendirinya melainkan dengan persetujuan melalui undi sulit oleh tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus daripada jumlah ahli yang berhak mengundi.


(2)        Jika sekiranya Kesatuan ini dibubarkan seperti yang tersebut di atas maka semua hutang dan tanggungan yang dibuat dengan cara sah bagi pihak Kesatuan hendaklah dijelaskan dengan sepenuhnya dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan menurut keputusan yang akan dibuat dengan undi sulit. Penyata kewangan terakhir hendaklah diaudit oleh Juruaudit Bertauliah atau seseorang yang dipersetujui oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

(3)        Notis pembubaran dan dokumen-dokumen lain seperti yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959 hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam tempoh empat belas hari selepas pembubaran. Pembubaran itu hanya akan berkuatkuasa dari tarikh pendaftarannya oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

PERATURAN 29                 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN

(1)        Majlis Jawatankuasa Agung boleh menubuhkan cawangan di mana-mana kawasan atau tempat kerja jika di kawasan atau tempat kerja itu ada sekurang-kurangnya 20 orang ahli.

(2)        Majlis Jawatankuasa Agung boleh membubarkan sesuatu cawangan :-

            (a)        apabila bilangan ahli cawangan itu kurang daripada 20 orang selama enam              bulan berturut-turut ; atau

(b)        jika cawangan itu enggan atau gagal menurut peraturan-peraturan Kesatuan ini, keputusan Persidangan Perwakilan, keputusan Majlis Jawatankuasa Agung atau pada pendapat Majlis Jawatankuasa Agung atau pada pendapat Majlis Jawatankuasa Agung cawangan itu bersalah kerana melakukan sebarang perbuatan yang merugikan Kesatuan.

(3)        Keputusan untuk membubarkan cawangan itu hendaklah dibuat dalam mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung dengan suara yang terbanyak. Jika sesuatu cawangan itu hendak dibubarkan menurut perenggan 2(b), cawangan itu hendaklah diberi notis tiga puluh hari dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan ke atasnya.

(4)        Jika sesuatu cawangan itu dibubarkan dengan alasan yang tersebut di perenggan 2(a) di atas Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah memindahkan ahli-ahli yang masih ada ke cawangan yang berhampiran sekali. Bagi cawangan yang dibubarkan dengan alasan yang tersebut di perenggan 2(b) di atas semua ahlinya akan terhenti daripada menjadi ahli Kesatuan dan akan hilang segala hak di dalam Kesatuan.

(5)        Perintah membubarkan cawangan itu hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Apabila perintah diterima cawangan itu tidak lagi boleh menjalankan kerjanya kecuali kerja-kerja menutupnya.

(6)        Mana-mana cawangan yang tidak berpuashati dengan perintah pembubaran itu hendaklah merayu kepada Persidangan Perwakilan. surat rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan perintah itu. Walaupun rayuan telah dibuat, perintah pembubaran itu hendaklah juga dikuatkuasakan sehingga ia dibatalkan, tetapi buat sementara waktu Majlis Jawatankuasa Agung boleh melantik di atara mereka satu jawatankuasa pengelola untuk menguruskan hal ehwal cawangan itu sehingga rayuan itu mendapat keputusan. cawnagan tidak boleh diwakili oleh peguam atau seseorang yang bukan ahli Kesatuan bagi maksud rayuan tersebut.

(7)        Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan yang dibubarkan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku-buku, surat-surat, wang dan harta kepunyaan cawangan, bersama-sama dengan suatu kenyataan kewangan dari tarikh kira-kira yang lalu dibentangkan sehingga perintah pembubaran itu dikeluarkan.

PERATURAN 30                 JAWATANKUASA CAWANGAN

(1)        Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah terdiri daripada :

Seorang Pengerusi                                           )           yang dinamakan pegawai-
Seorang Naib Pengerusi                                  )           pegawai Cawangan yang dipilih
Seorang Setiausaha                                         )           tiap-tiap tiga tahun dengan undi
Seorang Pen. Setiausaha                                 )           sulit oleh semua ahli berhak
Seorang Bendahari                                          )           dalam cawangan masing-masing
                                                                        )           tertakluk kepada perbekalan di
                                                                        )           bawah.
                                                                        )           dan
Ahli-ahli Jawatankuasa                                   )           dipilih seperti di atas
terdiri daripada 6 orang                                  )


(2)        Wakil-wakil Cawangan ke Persidangan Perwakilan hendaklah dipilih tiap-tiap dua tahun dengan undi sulit dan keputusan undi bagi Ahli Jawatankuasa dan wakil-wakil hendaklah diumumkan dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan cawangan itu. Sekiranya seseorang calon untuk jawatan itu tidak ditandingi dan pencalonannya telah dilaksanakan menurut cara-cara yang ditentukan di dalam Peraturan 32(4) maka dia hendaklah dianggap dengan serta merta telah dipilih dan namanya diasingkan dari kertas undi untuk pemilihan Ahli-Ahli Jawatankuasa cawangan dan wakil-wakil.

(3)        Jawatankuasa Cawangan dan wakil-wakil cawangan yang pertama hendaklah dipilih dengan undi sulit dalam masa tiga bulan setelah cawangan itu ditubuhkan, dan sehingga pemilihan itu dijalankan Jawatankuasa Penaja cawangan yang dilantik secara angkat tangan dalam mesyuarat penubuhan cawangan itu hendaklah menguruskan hal ehwal cawangan.

(4)        Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah memegang jawatan dari satu Mesyuarat Agung Tri Tahunan Cawangan ke satu Mesyuarat Agung Tri Tahunan Cawangan yang berikutnya.

(5)        Sekiranya di dalam sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa suatu usul “tidak percaya” terhadap Jawatankuasa Cawangan hendaklah dengan serta merta bertugas sebagai pengurus sementara dan hendaklah mengadakan pemilihan semula ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dengan undi sulit dalam tempoh sebulan selepas mesyuarat agung itu. Mereka yang dipilih dengan cara ini hendaklah memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Tri Tahunan yang akan datang.

(6)        Apabila sahaja berlaku pertukaran Pegwai-pegawai atau Jawatankuasa Cawangan yang bakal meninggalkan jawatan hendaklah menyerahkan segala rekod-rekod kepada Pegawai-pegawai atau Jawatankuasa Cawangan yang bakal memegang jawatan.

(7)        Pemberitahu tentang pemilihan pegawai-pegawai cawangan hendaklah dihantar dalam borang yang ditetapkan kepada Setiausaha agung dalam tempoh tujuh hari selepas pemilihan.

(8)        Jawatankuasa Cawangan hendaklah menguruskan hal ehwal cawangan menurut peraturan-peraturan Kesatuan dan perintah-perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam bulan sekali dan setengah daripada jumlah anggotanya akan menjadi kuorum mesyuarat. Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha Agung salinan minit-minit mesyuarat tidak lewat dari dua puluh satu hari sesudah mesyuarat itu diadakan.

(9)        Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tidalk lagi berhak menyandang jawatannya kecuali dia dapat memberi alasan yang memuaskan kepada Jawatankuasa Cawangan.


PERATURAN 31     KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

(1)        Pengerusi Cawangan

(a)        menjadi pengerusi Mesyuarat Agung Cawangan dan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan, dan akan bertanggungjawab tentang kesempurnaan mesyuarat itu serta mempunyai undian pemutus dalam isu-isu semasa pada masa mesyuarat kecuali perkara-perkara yang melibatkan undi sulit ;
           
            (b)        menandatangani minit-minit mesyuarat apabila disahkan ;

(c)        menyelenggara urusan kira-kira bank bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari cawangan menurut Peraturan 35 ;
                       
            (d)       mengawasi pentadbiran am cawangan.


(2)        Setiausaha Cawangan

(a)        mengurus segala kerja-kerja cawangan menurut peraturan-peraturan ini dan hendaklah melaksanakan perintah-perintah dan arahan Majlis Jawatankuasa Agung dan Mesyuarat Agung Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan ;
           
(b)        bertanggungjawab mengenai surat menyurat cawangannya, menyimpan buku-buku, surat-surat keterangan dan kertas-kertas cawangannya mengikut cara dan aturan yang diarahkan oleh Majlis Mesyuarat Agung Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan ;

(c)        menyimpan dan mengemaskini suatu Daftar Ahli/Yuran yang mengandungi nama ahli, alamat, nombor ahli, nombor kad pengenalan dan tarikh menjadi ahli dan dia hendaklah memberitahu Setiausaha Agung pada akhir tiap-tiap tiga bulan mengenai apa-apa pertukaran yang berlaku terhadap ahli-ahli itu ;
           
(d)       menghadiri semua mesyuarat dan menulis minit-minit mesyuarat dan menyediakan penyata tahunan cawangan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ;

            (e)        menyediakan agenda dan menetapkan mesyuarat Jawatankuasa Cawangan                         dengan persetujuan Pengerusi Cawangan ;

(f)        menguruskan kira-kira bank cawangannya bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari Cawangan.

(3)        Penolong Setiausaha Cawangan

            (a)        membantu Setiausaha Cawangan dalam urusan pentadbiran Kesatuan dan                          hendaklah memangku jawatan pada masa ketiadaannya ;

(b)        menjalankan tugas-tugas sebagaimana diarah oleh Jawatankuasa Cawangan.

(4)        Bendahari Cawangan

(a)        bertanggungjawab dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang bagi pihak Kesatuan dan urusan penyimpanan dan catatan di buku kira-kira sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 ;

            (b)        mengeluarkan resit rasmi bagi sebarang wang yang diterimanya ;

(c)        bertanggungjawab tentang keselamatan simpanan buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang berkaitan di pejabat cawangannya. Buku-buku dan surat-surat keterangan ini tidak boleh dikeluarkan dari tempat rasmi cawangannya tanpa kebenaran bertulis daripada Presiden Kesatuan atau Pengerusi Cawangan pada tiap-tiap kali dia hendak mengeluarkannya;

(d)       menguruskan kira-kira bank cawangan bersama dengan Pengerusi dan Setiausaha Cawangan ;

(e)        menyediakan penyata kewangan bagi setiap Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan Mesyuarat Agung Cawangan ;

(f)        memberi kemudahan kepada Juruaudit Dalam supaya mengaudit penyata kira-kira dan dokumen-dokumen lain pada tiap-tiap akhir tiga bulan.

PERATURAN 32                 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

(1)        Mesyuarat Agung Tri Tahunan cawangan hendaklah diadakan dengan seberapa segera selepas 31hb. Mac dan tidak lewat dari 30hb. Jun tiap-tiap Tiga tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan.

(2)        Notis permulaan bagi Mesyuarat Agung Dwi Tahunan cawangan yang menyatakan tarikh, masa, tempat mesyuarat, permintaan usul-usul untuk diperbincangkan di dalam mesyuarat itu (termasuk usul pindaan peraturan) dan penamaan calon bagi pemilihan Pegawai-Pegawai Kanan Kesatuan yang dikehendaki di bawah peraturan 12(2), ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan kepada semua ahli sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh mesyuarat. “Ahli” di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada masa pengundian itu dijalankan.

(3)        Pencalonan bagi jawatan Pegawai-Pegawai Kanan Kesatuan, ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dan wakil-wakil cawangan serta usul-usul untuk perbincangan di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan hendaklah dihantar oleh ahli-ahli kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan.

(4)        Semua pencalonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :-

            Nama jawatan yang ditandingi, nama calon, nombor kad pengenalan, nombor           keahlian, tarikh lahir, alamat, perkerjaan, nombor sijil kerakyatan/taraf             kerakyatan dan tempoh masa dia berkerja dalam pekerjaan, tred atau industri seperti yang ditentukan dalam peraturan 3(1).

(5)        Sesuatu pencalonan tidak sah jika :

            (a)        ia tidak ditandatangani oleh seorang penyokong dan seorang pencadang                             yang merupakan ahli-ahli berhak ; dan

            (b)        ia tidak mengandungi persetujuan bertulis calon yang hendak bertanding.


(6)        Setiausaha Cawangan hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha Agung tarikh Mesyuarat Agung Cawangan hendak diadakan sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum mesyuarat itu.

(7)        Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada semua ahli-ahli cawangan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat suatu agenda yang mengandungi usul-usul, penyata tahunan dan penyata kira-kira untuk perbincangan dan kelulusan. Kertas undi sulit hendaklah mengikut kembaran kepada peraturan-peraturan ini bagi pemilihan anggota Jawatankuasa cawangan dan wakil-wakil cawangan.

(8)        Satu perempat daripada jumlah ahli-ahli yang berhak akan menjadi kuorum Mesyuarat Agung Cawangan.

(9)        Jika selepas satu jam dari masa yang ditentukan, bilangan ahli yang hadir masih tidak mencukupi maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lewat daripada empat belas hari kemudian) yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa cawangan.

(10)      Sekiranya kuorum bagi Mesyuarat Agung Tri Tahunan yang ditangguhkan itu masih belum mencukupi pada masa yang ditentukan, ahli-ahli yang hadir berkuasa meneruskan mesyuarat itu.

(11)      Urusan Mesyuarat Agung Cawangan antara lain ialah :

(a)        menerima dan meluluskan laporan-laporan daripada Setiausaha dan Bendahari Cawangan ;

(b)        membincang dan memutuskan usul-usul untuk dibawa ke Persidangan Perwakilan ;

            (c)        memilih :

                        (i)         Dua orang Juruaudit Dalam cawangan ;

                        (ii)        Lima orang Jemaah Pemeriksa Undi cawangan;

(d)       membincang dan memutuskan perkara-perkara lain yang terkandung di dalam agenda ; dan

(e)        menerima penyata Jemaah Pemeriksa Undi tentang pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan, wakil-wakil, Pegawai-pegawai Kanan dan perkara-perkara lain.


PERATURAN 33     MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA CAWANGAN

(1)        Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan hendaklah diadakan :

            (i)         apabila diperintah oleh Majlis Jawatankuasa Agung ; atau

            (ii)        apabila sahaja difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Cawangan ; atau

            (iii)       apabila menerima permintaan bersama secara bertulis daripada tidak kurang                        satu perempat jumlah ahli yang berhak mengundi. Permintaan itu hendaklah                   menyatakan tujuan dan sebab ahli-ahli berkenaan mahu mesyuarat itu                             diadakan

(2)        Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan yang diminta oleh ahli-ahli itu hendaklah diadakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh permintaan itu diterima.

(3)        Notis dan agenda bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan hendaklah disampaikan oleh Setiausaha Cawangan kepada semua ahli-ahli berhak sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu.

(4)        Peruntukan-peruntukan peraturan 32 tentang kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung Cawangan adalah juga terpakai kepada Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan.

(5)        Jika Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli ditangguhkan kerana tidak cukup kuorum maka mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah dibatalkan sekiranya kuorum masih tidak memperolehi selepas satu jam dari masa yang dijadualkan. Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi perkara yang sama tidak boleh diminta lagi dalam tempoh enam bulan dari tarikh mesyuarat itu dibatalkan.

(6)        Jika Mesyuarat Agung Tri Tahunan Cawangan tidak dapat diadakan dalam masa yang ditentukan di bawah peraturan 32(1) maka suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan berkuasa menjalankan sebarang kerja yang lazimnya dijalankan oleh Mesyuarat Agung Tri Tahunan Cawangan itu dengan syarat Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan berkenaan mestilah diadakan sebelum Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan dalam tahun yang sama.


PERATURAN 34                 JEMAAH PEMERIKSA UNDI CAWANGAN

(1)        Satu Jemaah Pemeriksa Undi yang terdidi daripada lima orang ahli hendaklah dipilih secara angkat tangan di dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan untuk mengendalikan segala perjalanan undi sulit. Mereka hendaklah bukan seorang pegawai Kesatuan atau calon bagi pemilihan pegawai-pegawai Kesatuan. Seboleh-bolehnya ahli-ahli yang dipilih ini hendaklah yang tinggal di sekitar kawasan pejabat Kesatuan.

(2)        Jemaah Pemeriksa Undi ini akan berkhidmat dari suatu Mesyuarat Agung Tri Tahunan ke Mesyuarat Agung Tri Tahunan yang berikutnya. Apabila berlaku kekosongan, ia hendaklah diisi dengan cara lantikan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan hingga Mesyuarat Agung Tri Tahunan akan datang.

(3)        Sekurang-kurangnya tiga Pemeriksa Undi hendaklah hadir apabila pembuangan undi dijalankan. Mereka hendaklah memastikan bahawa aturcara yang tertera di dalam kembaran kepada peraturan-peraturan ini dipatuhi dengan sepenuhnya.

(4)        Satu penyata mengenai keputusan muktamad undi sulit yang ditandatangani oleh Jemaah Pemeriksa Undi yang hadir hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan dengan menggunakan borang yang ditentukan menurut Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959. Setiausaha Cawangan hendaklah mengemukakan Penyata Undi Sulit kepada Setiausaha Agung dengan segera untuk tindakan Jemaah Pemeriksa Undi di Ibu Pejabat.


PERATURAN 35                 KEWANGAN DAN KIRA-KIRA CAWANGAN

(1)        Semua wang yang terkumpul di Ibu Pejabat dan di cawangan-cawangan Kesatuan adalah menjadi kepunyaan Kesatuan keseluruhannya.

(2)        Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah menetapkan dari semasa ke semasa perbelanjaan yang akan dibuat oleh cawangan dan jumlah wang yang boleh di simpan di cawangan sebagai tabung cawangan itu.

(3)        Bendahari cawangan hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha Agung sebelum tiap-tiap 14 haribulan apa-apa yuran yang diterimanya sesudah ditolak perbelanjaan yang dibenarkan dan potongan yang telah diluluskan untuk tabung cawangan. Bendahari cawangan hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha Agung sebelum hari yang ke 14 pada tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan cawangannya bagi bulan sebelumnya.

(4)        Wang yang disimpan oleh cawangan hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa agung atas nama cawangan berkenaan dan kira-kira bank ituhendaklah diuruskan bersama-sama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan.

(5)        Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM200.00 (Dua Ratus Ringgit) pada sesuatu masa. Dia tidak boleh berbelanja lebih dari RM200.00 (Dua Ratus Ringgit) pada sesuatu masa tanpa persetujuan Jawatankuasa Cawangan terlebih dahulu. Selain daripada wang tunai yang dibenarkan dia menyimpan , Bendahari Cawangan hendaklah memasukkan semua wang Kesatuan ke dalam bank yang telah dipersetujui oleh majlis Jawatankuasa Agung dalam tempoh tujuh hari dari tarikh wang itu diterima.

(6)        Selain daripada Bendahari Cawangan, pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja Kesatuan tidak boleh menerima wang atau mengeluarkan resit rasmi tanpa kausa yang bertulis daripada Pengerusi Cawangan pada tiap-tiap kali mereka itu dikehendaki berbuat demikian.


PERATURAN 36                 JURUAUDIT DALAM CAWANGAN

(1)        Dua orang Juruaudit Dalam yang bukan ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah dipilih secara angkat tangan dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan. Mereka hendaklah memeriksa kira-kira Kesatuan pada penghujung tiap-tiap tiga bulan dan menyampaikan laporannya kepada Jawatankuasa Cawangan.

(2)        Buku-buku dan kira-kira Kesatuan hendaklah diaudit bersama oleh kedua-dua Juruaudit Dalam dan mereka berhak melihat semua buku-buku dan surat-surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas mereka.

(3)        Seseorang ahli Kesatuan boleh mengadu dengan bersurat kepada Juruaudit Dalam tentang sebarang hal kewangan yang tidak betul.

(4)        Apabila berlaku kekosongan jawatan oleh sebarang sebab, kekosongan inibolehlah diisi dengan cara lantikan oleh Jawatankuasa Cawangan sehingga Mesyuarat Agung berikutnya.


KEMBARAN


ATURCARA MENJALANKAN UNDI SULIT


(1)        Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat mengundi yang melibatkan semua ahli. Jawatankuasa Cawangan pulha hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat mengundi yang melibatkan ahli-ahli cawangan sahaja.

(2)        Bagi undi sulit Kesatuan, Setiausaha Agung hendaklah memberitahu semua Setiausaha Cawangan perkara yang perlu dibuat dan menghantar kepada mereka bilangan kertas-kertas undi yang dikehendaki menurut Contoh A atau Contoh C dalam tempoh masa yang berpatutan. Bagi undi sulit Cawangan, Setiausaha Cawangan hendaklah menyediakan kertas-kertas undi menurut Contoh B atau Contoh C. Tentang kertas undi di Contoh C, isu-isu yang berlainan tujuannya hendaklah ditentukan dengan tanda-tanda pengkah secara berasingan.

(3)        Jawatankuasa cawangan hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat mengundi dan hendaklah ,memberi hak dan peluang yang sama kepada semua ahli cawangan yang berhak untuk membuang undi.

(4)        Setiausaha cawangan hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap ahli yang berhak di cawangannya kertas undi yang bertanda mohor Kesatuan atau yang ditandatangani oelh Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, bersama-sama dengan sampul surat yang beralamat kepada Setiausaha Cawangan itu.

(5)        Kertas-kertas undi yang dimasukkan ke dalam sampul surat hendaklah dikeluarkan kepada ahli-ahli melalui pos atau dengan unjukan tangan oleh Setiausaha Cawangan. Sekiranya diberikan dengan tangan, tandatangan si penerima secara sendirian hendaklah diperolehi sebagai bukti penerimaannya.

(6)        Sampul surat itu hendaklah mengandungi perkataan ‘Kertas Undi’ dan nombor ahli dicatatkan di atasnya dan hendaklah disampaikan kepada semua ahli berhak dalam suatu masa yang membolehkan ahli-ahli itumenghantar kembali kertas undi itu kepada suatu masa yang membolehkan ahli-ahli itumenghantar kembali kertas undi itu kepada Setiausaha Cawangan di dalam masa yang ditetapkan bagi urusan pengundian.
                                   
(7)        Ahli-ahli berhak bebas memilih sama ada hendak mengundi melalui pos atau secara peribadi. Sekiranya seseorang ahli itu memilih hendak mengundi dengan pos, ia hendaklah mengembalikan kertas undi yang telah ditandanya kepada Setiausaha Cawangan menurut aturcara yang ditentukan di dalam aturan ini tetapi sekiranya dia memilih untuk mengundi secara peribadi, dia hendaklah membuang undinya pada masa mesyuarat agung menurut cara-cara yang ditentukan di bawah ini. Jika Jawatankuasa Cawangan memutuskan bahawa mesyuarat agung tidak wajar diadakan, maka seseorang ahli itu tidaklah boleh mengundi secara peribadi.

(8)        Jika seseorang ahli yang berhak mengundi hadir di tempat mengundi menyatakan dengan bersurat bahawa dia belum lagi menerima kertas undi melalui pos, dia hendaklah diberi oleh Setiausaha Cawangan satu kertas undi yang bertandakan nama cawangan atau yang ditandatangani oleh Setiausaha Cawangan berserta denagn satu sampul surat yang bertanda ‘Kertas Undi’ dan nombor ahli itu tertulis di atasnya. Mana-mana ahli yang tidak membuat aduan kerana tidak menerima kertas undi sebelum Mesyuarat Agung tidak boleh membuat aduan tentang hal ini kemudian.

(9)        Pembuangan undi hendaklah dilaksanakan di bawah pengawasan Pemeriksa-Pemeriksa Undi Cawangan yang dipilih menurut Peraturan 34. Sekurang-kurangnya tiga orang Pemeriksa undi hendaklah hadir sepanjang masa pembuangan undi itu dijalankan. Sebelum urusan undi dijalankan Setiausaha Cawangan hendaklah meminta Pemeriksa-Pemeriksa Undi menentukan yang peti undi itu kosong dan setelah itu mereka hendaklah mengunci, memeteri dan kemudian menyipan kunci-kunci itu dalam jagaan mereka.

(10)      Sebelum undi sulit dijalankan pemeriksa-pemeriksa Undi hendaklah diberi oleh Setiausaha Cawangan satu senarai nama ahli-ahli yang telah diberi kertas undi (dengan tangan atau melalui pos) dan mereka hendaklah menentukan dengan menyemak senarai itu dengan Daftar Ahli/Yuran, bahawa :


            (a)        hanya ahli-ahli yang berhak sahaja yang diberi peluang mengundi;

            (b)        tiap-tiap ahli hanya mengundi sekali sahaja bagi sesuatu perkara;

            (c)        ahli yang telah mengundi dengan pos tidak diberi kertas undi menurut                                perenggan di atas dan

            (d)       ahli-ahli boleh mengundi mengikut kehendak mereka dan undi mereka                                tidak diketahui oleh orang lain.

(11)      Apabila tiba masa untuk mengundi, tiap-tiap ahli yang telah diberi kertas undi hendaklah masuk seorang demi seorang ke dalam bilik mengundi atau di bahagian dewan dimana peti undi itu ditempatkan dan menurunkan undinya dengan menanda satu pangkah atau beberapa pangkah di tempat berkenaan di atas kertas undi. Tanda-tanda lain tidak boleh ditulis. Selepas itu lipatkan kertas undi sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang diberi oleh Kesatuan dan kemudian masukkan ke dalam peti undi yang telah disediakan untuknya. Sesudah itu tinggalkan tempat itu dengan segera.

(12)      Seseorang ahli yang mengundi melalui pos hendaklah juga menandakan kertas undinya sedemikian dan sesudah itu hendaklah melipatkan kertas undi itu sekurang-kurangnya sekali, memasukkannya ke dalam sampul surat yang telah disediakan untuknya dan menghantarkannya kepada Setiausaha Cawangan supaya sampai kepadanya sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengundi.

(13)      Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan semua kertas undi itu tanpa dibuka di suatu tempat yang selamat sehingga hari yang ditetapkan untuk membuang undi untuk diserahkan kepada Pemeriksa-Pemeriksa Undi yang akan memasukkannya ke dalam peti undi.

(14)      Setelah semua ahli yang berhak mengundi membuang undi masing-masing maka Pemeriksa-Pemeriksa Undi, setelah mengistiharkan pembuangan undi ditutup, hendaklah membuka peti undi dan mengira sampul surat yang mengandungi kertas-kertas undi itu dihadapan sekurang-kurangnya tiga orang Pegawai Cawangan.

(15)      Pada permulaannya mereka hendaklah menyemak nombor Ahli Kesatuan di atas sampul surat itu disemak, Nombor Ahli itu hendaklah dipotong sehingga tidak dapat dibaca semula dan sampul-sampul surat itu dimasukkan tanpa dibuka ke dalam satu peti yang berkunci.

(16)      Setelah semua sampul-sampul surat itu disemak, Pemeriksa-Pemeriksa Undi hendaklah mengeluarkan sampul-sampul surat itu semula daripada peti berkunci itu, membuka sampul-sampul surat itu dan memasukkan kertas undi yang masih berlipat itu ke dalam peti undi. Setelah itu mereka akan mula mengira undi itu. Jika pada pendapat seseorang Pemeriksa Undi ada undi yang tidak sah maka undi berkenaan hendaklah dianggap “rosak” dan ditolak.

(17)      Setelah kesemua undi itu dikira maka Pemeriksa-pemeriksa Undi yang hadir hendaklah menyediakan satu penyata keputusan pengundian dalam dua salinan dan menyerahkan kedua-dua salinan itu kepada Setiausaha Cawangan sesudah ditandatangani oleh mereka. Penyata itu hendaklah ditandatangani pula oleh Pengerusi atau Setiausaha Cawangan. Pengerusi atau Setiausaha Cawangan hendaklah memberitahu keputusan pengundian itu kepada ahli-ahli yang hadir.

(18)      Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar satu salinan penyata keputusan pengundian tersebut kepada Setiausaha Agung. Salinan yang satu lagi hendaklah disimpan oleh Setiausaha Cawangan selama tidak kurang dari enam bulan.

(19)      Apabila penyata-penyata keputusan undi dari semua cawangan telah diterima oleh Setiausaha Agung, dia hendaklah meminta tiga orang Pemeriksa Undi yang telah dilantik oleh Persidangan Perwakilan Tri Tahunan supaya memeriksa penyata-penyata itu dan menyediakan pula dua salinan penyata keputusan undi yang muktamad. Penyata undi sulit yang terakhir ini hendaklah ditandatangani oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Satu salinan penyata itu hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan satu lagi disimpan oleh Setiausaha Agung selama tidak kurang daripada enam bulan. Satu salinan penyata diakui betul oleh Setiausaha Agung hendaklah dihantar kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan untuk disimpan selama tidak kurang dari enam bulan dan ditunjukkan kepada ahli-ahli yang ingin melihatnya.

(20)      Setiausaha Cawangan hendaklah memaklumkan keputusan undi itu kepada ahli-ahli cawangannya dengan apa cara yang difikirkan munasabah.

(21)      Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kertas-kertas undi yang telah dikira termasuk kertas-kertas undi yang ditolak kepada Setiausaha Agung. Setiausaha Agung akan menyimpan kertas-kertas undi itu dengan selamat selama tidak kurang dari enam bulan dari tarikh keputusan undi yang akhir disahkan supaya dapat diperiksa oleh Pegawai-Pegawai dari Jabatan Hak Ehwal Kesatuan Sekerja. Selepas enam bulan, kertas-kertas undi itu bolehlah dimusnahkan oleh atau di bawah kelolaan Presiden dan Setiausaha agung.

CONTOH A

Nama Kesatuan :                     Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia

Nombor Pendaftaran : ...................................................................

Alamat :                      Seksyen Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
                                    Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
Tingkat 1, Blok A, Bangunan Persekutuan (Greentown),  Jln. Dato’ Seri Ahmad Said 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

KERTAS UNDI BAGI PEMILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN


Cara Mengundi :
               
1.         Tuan berhak menanda satu undi bagi tiap-tiap seorang Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Penolong Bendahari Agung.

2.         Undi tuan adalah SULIT dan tuan hendaklah mencatatkan tanda pangkah seperti “X” di dalam ruangan yang disediakan bertentangan dengan nama calon yang tuan suka mengundi.  JANGAN DITULIS LAIN DARIPADA TANDA “X” dalam kertas undi ini dan janganlah mengundi lebih daripada angka yang telah ditetapkan dan jika dibuat demikian kertas undi ini akan ditolak sebagai rosak dan tidak akan di kira.

3.         Sesudah undian dibuat, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang disediakan dan masukkan ke dalam peti undi yang disediakan di dalam bilik mengundi. Jika tuan mengundi dengan pos, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang telah disediakan dan hantarkan kepada Setiausaha Cawangan supaya sampai kepada nya tidak lewat dari ................................. 20.....

PRESIDEN



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.

NAIB PRESIDEN



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



   dst.

SETIAUSAHA  AGUNG



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.


PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG


Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.

BENDAHARI AGUNG



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.

PENOLONG BENDAHARI AGUNG



Bil.
Nama Calon
Undi Enam (6) Sahaja
1.


2.



  dst.




      Cop Nama Kesatuan
               Atau
       Tandatangan Setiausaha Agung














                                                                        52
CONTOH B


Nama Kesatuan :                     Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa
                                                Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia


Nama Cawangan ...................................................................................................................

Nombor Pendaftaran Kesatuan .............................................................................................

Alamat Cawangan .................................................................................................................


KERTAS UNDI BAGI PEMILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN DAN WAKIL-WAKIL



Cara Mengundi :

1.         Tuan berhak menanda satu undi bagi tiap-tiap seorang Pengerusi Cawangan, seorang Naib Pengerusi Cawangan, seorang Setiausaha Cawangan, seorang Penolong Setiausaha Cawangan, seorang Bendahari Cawangan, ....... undi ahli Jawatankuasa Cawangan dan …… undi bagi wakil-wakil Cawangan.

2.         Undi tuan adalah SULIT dan tuan hendaklah mencatatkan tanda pangkah seperti ini “X” didalam ruangan yang disediakan bertentangan dengan nama calon yang tuan suka mengundi.  JANGAN DITULIS LAIN DARIPADA TANDA “X” dalam kertas undi ini dan jika dibuat demikian kertas undi ini akan ditolak sebagai rosak dan tidak akan di kira.

3.         Sesudah undian dibuat, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang disediakan dan masukkan ke dalam peti undi yang disediakan di dalam bilik mengundi. Jika tuan mengundi dengan pos, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang telah disediakan dan hantarkan kepada Setiausaha Cawangan supaya sampai kepada nya tidak lewat dari ……………………20......

PENGERUSI CAWANGAN



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.

NAIB PENGERUSI CAWANGAN



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.

SETIAUSAHA  CAWANGAN



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.

PENOLONG SETIAUSAHA CAWANGAN



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst.

BENDAHARI CAWANGAN



Bil.
Nama Calon
Undi Satu Sahaja
1.


2.



  dst

AHLI JAWATANKUASA



Bil.
Nama Calon
Undi Enam (6) Sahaja
1.


2.


3.


4.



                                                           

WAKIL CAWANGAN



Bil.
Nama Calon
Undi ……. Sahaja
1.


2.


3.


4.





      Cop Nama Kesatuan
               Atau
   Tandatangan Setiausaha Cawangan
CONTOH C


Nama Kesatuan :                     Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa
                                                Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia

Nombor Pendaftaran : ...................................................................


KERTAS UNDI

Cara Mengundi :

1.         Tuan berhak mengundi sama ada MENYOKONG atau MEMBANGKANG usul yang berikut :-


                                                (Tuliskan Usul itu di sini)



2.         Tuliskan undi dengan SULIT dengan mencatatkan tanda pangkah seperti ini “X” di dalam ruangan yang disediakan bertentangan dengan perkataan ’MENYOKONG’ atau perkataan ’MEMBANGKANG’ mengikut pilihan sendiri.  JANGAN DITULIS LAIN DARIPADA TANDA “X” dalam kertas ini dan jika dibuat demikian kertas undi ini akan ditolak sebagai rosak dan tidak akan di kira.


3.         Sesudah menulis tanda undi, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang disediakan dan masukkan ke dalam peti undi yang disediakan di dalam bilik mengundi. Jika tuan mengundi dengan pos, lipatkan kertas undi ini sekurang-kurangnya sekali, masukkan ke dalam sampul surat yang telah disediakan dan hantarkan kepada Setiausaha Cawangan supaya sampai kepada nya tidak lewat dari ……………………20......







                                                                       
Undi di sini




MENYOKONG



MEMBANGKANG






USUL  1


                                                                                    


MENYOKONG



MEMBANGKANG






                              USUL  2







                                                       
                                                                                  Cop Nama Cawangan / Kesatuan
atau
                                                                         Tandatangan Setiausaha Agung / Cawangan