MBJ

Wakil KPPM ke Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPDNKK sesi 2011-2012 :

1.  En Rus Bakarurraini bin Shahfie  (Presiden KPPM)
2.  Pn Halijah binti Sandiman  (Naib Presiden KPPM)
3.  En Azwan bin Ariffin  (Setiausaha Agung KPPM)
4.  En Haizal Zakuwan bin Abd Halim  (Pengerusi KPPM Putrajaya)
5.  En Azman bin Hamid  (Pengerusi KPPM Melaka)

Borang Isu MBJ



CABUTAN MINIT MESYUARAT
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.3 TAHUN 2011

          Tarikh  : 28 SEPTEMBER 2011
           Tempat: BILIK MESYUARAT BUNGA RAYA, ARAS 10, KPDNKK


1.         Perutusan Pengerusi

1.1         Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat MBJ yang ketiga pada tahun ini.

1.2         Pengerusi turut memperkenalkan Puan Reihana Binti Abd Razak yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

1.3         Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan pihak pekerja di dalam menjayakan mesyuarat MBJ kedua di Awana Kijal dan pelaksanaan program kemasyarakatan bersama penduduk kampung di Kg. Semanyor, Kijal, Negeri Terengganu. Itu merupakan suatu idea yang baru, di mana ianya perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

1.4         Pengerusi turut menggalakkan dan mengesyorkan supaya program  yang dianjurkan oleh Bahagian-bahagian seperti percambahan fikiran, turut dimasukkan program kemasyarakatan. Lawatan susulan juga perlu dilakukan selepas sesuatu program dilaksanakan dengan membawa projek-projek Kementerian seperti projek TUKAR.

1.5         Pengerusi juga menyatakan bahawa MBJ merupakan suatu forum untuk berdialog, saluran pihak pekerja membangkitkan permasalahan yang dialami, disamping mencari penyelesaian bersama terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Ia juga tempat untuk perbincangan secara terbuka untuk membawa idea-idea bernas di dalam satu pasukan.

1.6         Pengerusi menyarankan kepada semua pegawai yang bertugas di bawah KPDNKK termasuklah pegawai daripada agensi Kementerian berfikir sebagai seorang warga KPDNKK.

1.7         Pengerusi menyatakan bahawa telah banyak perubahan berlaku dengan persekitaran dan bebanan kerja pada hari ini melalui penanda aras KPI. YB Menteri turut menyatakan jika kegagalan beliau untuk mencapai sasaran KPI beliau, maka itu adalah kegagalan warga Kementerian ini.

1.8         Pengerusi meminta kepada semua untuk memikirkan cara baru bagi penambahbaikan proses kerja. Beliau turut menyatakan supaya jangan menjadi seperti prisoner in our own world.

1.9         Pengerusi turut menyentuh tentang transformasi kerajaan berkaitan dengan isu multi-tasking. Beliau mengingatkan supaya sebarang kerja dilaksanakan dengan baik walaupun ianya tugas yang disukai ataupun tidak. Beliau menggalakkan pegawai mendapatkan pengalaman yang baru melalui tugasan yang diberikan.

1.10      Pengerusi juga turut menyatakan melalui transformasi kerajaan juga, lebih kurang 200 ribu jawatan akan dikurangkan dari semasa ke semasa sehingga kekuatan perkhidmatan awam di dalam 1 juta orang sahaja, walaupun ianya akan mengambil masa. Pengerusi meminta semua menyampaikan perkara tersebut kepada pegawai-pegawai lain mengenai realiti tersebut.

1.11      Pengerusi turut menyentuh isu pertukaran di mana mesyuarat bersama KPPM telah diadakan bagi membincangkan kriteria pertukaran tempat bertugas yang mengambil kira tempoh bertugas 5 tahun di satu-satu penempatan, bagi permohonan pegawai. Beliau meminta pihak KPPM membincangkan perkara tersebut dalam tempoh seminggu, dan kembali kepadanya hasil perbincangan tersebut.

1.12      Pengerusi turut menyentuh isu pegawai yang tidak dipindahkan dan yang telah lama bertugas di pendalaman seperti di PPDNKK Cawangan Kapit. Pertimbangan pertukaran hendaklah diberi perhatian bagi kes-kes seperti ini. Beliau menyatakan proses pengauditan jawatan sedang dijalankan bagi semua jawatan secara keseluruhan.

1.13      Pengerusi meminta supaya difikirkan keperluan untuk mengekalkan kewujudan pejabat di tempat-tempat yang dirasakan kurang diperlukan seperti di Kapit. Ini bagi mengoptimumkan sumber-sumber yang ada di mana lebihan pegawai boleh ditempatkan di pejabat-pejabat yang lebih memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai.


2.         Perkara-perkara Berbangkit

2.1         Program Perjumpaan Penolong Akauntan

Program ini akan diadakan pada bulan 28-30 Oktober 2011.

Tindakan : BPSM

2.2         Tuntutan Pertukaran Pegawai

Agensi pusat mengesyorkan agar pertimbangan untuk kelulusan pembayaran dibuat secara case by case. Kemudahan tuntutan pertukaran dan bayaran perpindahan hendaklah diluluskan secara bersekali. Ia tertakluk kepada Pekeliling Perbedaharaan Bil. 4 Tahun 1995 dan pegawai yang layak boleh menuntut hanya pada kadar yang layak bagi pegawai.

Pengerusi meminta BPSM dan pihak KPPM untuk bincangkan kriteria pegawai yang layak untuk membuat tuntutan dan sediakan maklum balas dalam tempoh dua minggu.

Tindakan : BPSM

2.3         Penyediaan komputer kepada semua kakitangan kumpulan D

Perolehan bagi 100 unit komputer telah selesai dilaksanakan dan komputer tersebut telah mula diagihkan bagi menampung kekurangan di Ibu Pejabat.

BPM telah memohon peruntukan tambahan untuk perolehan komputer bagi menampung kekurangan di cawangan tetapi peruntukan tambahan tersebut tidak diluluskan.

Perolehan komputer bagi cawangan akan dibuat pada tahun hadapan jika mendapat peruntukan kewangan.

Pengerusi menyatakan sekiranya tiada peruntukan pada tahun ini beliau meminta supaya mengutamakan pejabat-pejabat yang lebih memerlukan komputer dan meminta supaya pejabat cawangan membuat pembelian sendiri komputer yang diperlukan bagi mempercepatkan proses tanpa pembelian melalui e-bidding.

Tindakan : BPM

            2.4       Program Kepenggunaan

Perkara ini telah dibincangkan dengan semua Ketua Seksyen Kepenggunaan PPDNKK Negeri dan memaklumkan bahawa penglibatan pegawai-pegawai penguatkuasa untuk membantu mengendalikan program kepenggunaan di PPDNKK Negeri amatlah diperlukan terutama di cawangan-cawangan.

Walau bagaimanapun, penglibatan mereka adalah tanpa menjejaskan tugas-tugas hakiki. BK melihat isu ini dapat ditangani dengan meningkatkan semangat ‘team building’, berkerjasama dan sifat tolak ansur.

Pengerusi meminta supaya pegawai bekerja dan bertindak sebagai multi-tasking, kepada semua skim perkhidmatan dan bukannya ditujukan khas kepada pegawai penguatkuasa sahaja.

Tindakan : MAKLUMAN


3.         Usul-usul Pihak Pekerja

            3.1       Kursus Protokol Pemandu

Kursus ini diperlukan supaya semua pemandu mengetahui tatacara untuk membawa VVIP, disebabkan lawatan tetamu kenamaan yang kerap melawat ke pejabat cawangan. Kursus ini dikhaskan kepada semua pemandu secara berperingkat supaya tidak bergantung kepada pemandu daripada jabatan lain.

Pengerusi telah meluluskan usul tersebut dan meminta supaya kursus protokol pemanduan ini dilaksanakan. Pengerusi meminta supaya layanan yang sama diberikan oleh pemandu kenderaan kepada semua pegawai dan bukan terhad kepada VVIP sahaja.

Tindakan : BKPK & BPSM

3.2       Pakaian Korporat Seragam Sebagai Imej Kementerian

Adalah didapati pegawai KPDNKK yang menghadiri upacara rasmi Kementerian memakai pakaian korporat yang tidak seragam dan berbagai bentuk design mengikut citarasa masing-masing. Adalah penting sebagai menjaga imej Kementerian sememangnya amat wajar / perlu untuk mempunyai design imej korporat yang seragam, direka dan diluluskan secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi bagi digunapakai oleh warga KPDNKK.

Pengerusi telah meminta supaya pentandingan mencipta design baju korporat dipanjangkan kepada seluruh warga Kementerian di mana hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM500.00.

TKSU (K&P) telah mencadangkan agar baju korporat tersebut dijual oleh Kelab Kebajikan dan Sukan KPDNKK kepada semua warga Kementerian.

Tindakan : BKPK