31 October 2012

Penyerahan Sumbangan Kepada Waris Allahyarham

Sumbangan kepada waris Allahyarham Abdul Salam bin Ali


SEREMBAN, 30 Okt - KPPM Putrajaya telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada waris Allahyarham Abdul Salam bin Ali di rumahnya di Jalan Rasah, Seremban. Allahyarham telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.
  Sumbangan ini adalah daripada tabung kutipan yang dibuat oleh warga Bahagian Penguatkuasa dan bahagian-bahagian lain di KPDNKK Putrajaya sahaja.


  Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, bersama-sama Pengerusi KPPM Putrajaya, Sdr. Fairul bin Md Yusof. Turut hadir ialah 4 orang AJK KPPM Putrajaya.


  Allahyarham Abdul Salam meninggalkan seorang balu Puan Syarifah Nurhasnila binti Syed Abu Bakar, dan seorang anak lelaki berumur 1 tahun 6 bulan.
  Puan Syarifah yang tidak bekerja kini menumpang di rumah kakak kepada Allahyarham.


Sumbangan kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo


NILAI, 30 Okt - Pada hari yang sama KPPM Putrajaya juga telah membuat penyerahan sumbangan kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo di rumahnya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi. Allahyarham telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu kerana kanser usus.
   Sumbangan ini juga adalah daripada tabung kutipan yang dibuat oleh warga Bahagian Penguatkuasa dan bahagian-bahagian lain di KPDNKK Putrajaya sahaja.


  Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei dan Pengerusi KPPM Putrajaya, Sdr. Fairul bin Md Yusof. Hadir sama ialah 4 orang AJK KPPM Putrajaya.

 
  Allahyarham Saidi meninggalkan seorang balu Puan Anesa binti Julkipli, dan 4 orang anak.
  Puan Anesa yang tidak bekerja kini tinggal bersama anak sulongnya yang belum mempunyai pekerjaan tetap. Manakala 3 orang lagi masih belajar.
.

30 October 2012

Taklimat Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia


PUTRAJAYA, 29 Okt - Satu taklimat mengenai Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia Berhad telah diadakan di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.


  Taklimat telah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Y.Bhg. Dato' Hj. Omar bin Hj. Osman.
  Sebelum itu satu penerangan berkenaan koperasi telah disampaikan oleh Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Sdr. Azih bin Muda.


  Taklimat ini adalah untuk memberi penerangan mengenai Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia Berhad khusus kepada warga KPDNKK Putrajaya, sebelum taklimat ini disampaikan ke seluruh negara.


Koperasi ini terbuka kepada semua Penjawat Awam seluruh Malaysia.

Fi bayaran masuk : RM10.00
1 Syer : RM100.00
Jumlah syer tidak terhad.
Boleh membuat bayaran ansuran potongan gaji (Contoh ansuran RM10 sebulan. Setelah cukup RM100 akan dikira 1 syer)
.

23 October 2012

Tabung Kutipan untuk 2 keluarga Allahyarham

Sumber : KPPM Putrajaya.

  Pada tanggal 17 Oktober lalu, warga KPDNKK telah dikejutkan dengan berita kematian 2 orang pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Putrajaya.

  Allahyarham Saidi bin Saimo (Penolong Pegawai Penguatkuasa N27) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam kerana kanser. Beliau meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja dan 4 orang anak. 

  Manakala Allahyarham Abdul Salam bin Ali (Pembantu Penguatkuasa N17) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.17 petang hari yang sama kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya. Beliau juga meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja dan seorang anak yang berumur 1 tahun 6 bulan.

  Oleh yang yang demikian, KPPM Putrajaya telah melancarkan tabung kutipan bagi membantu kedua-dua keluarga Allahyarham. Diharapkan dengan kutipan ini akan dapat meringankan beban keluarga beliau terutamanya bagi membiayai kebajikan anak-anak yang hilang tempat bergantung.

  Sumbangan bolehlah disalurkan  ke akaun KPPM Putrajaya :
           Bank : RHB Bank Berhad.
           No. Akaun : 21601100013627
Sumbangan akan diserahkan kepada waris kedua-dua keluarga apabila semua kutipan telah diterima.

  Kepada semua Pengerusi KPPM Negeri pohon ambil tindakan untuk diselaraskan di peringkat cawangan.

  KPPM Putrajaya terlebih dahulu merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan. Semoga Allah s.w.t. akan membalas kebaikan semua penderma.
.

22 October 2012

Majlis Perjumpaan KSN bersama CUEPACS


PUTRAJAYA, 17 Okt - Satu Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama CUEPACS telah diadakan di Auditorium Perbadanan Putrajaya.

 
Teks ucapan Y.Bhg Dato' Sri KSN :  sila klik di sini.

Sesi dialog.
.

18 October 2012

PmP Abd Salam Ali (HQ) meninggal dunia

SEREMBAN, 18 Okt - Selepas kita dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Saidi Saimo pada 17 Oktober, hari ini kita kehilangan seorang lagi anggota penguatkuasa KPDNKK.


  En. Abdul Salam bin Ali, Pembantu Penguatkuasa Gred N17, dari Bahagian Penguatkuasa Putrajaya, (ahli KPPM no 1017) telah kembali kerahmatullah pada 17 Oktober jam lebih kurang 5.47 petang kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya di Lebuhraya PLUS di Seremban.
  Namun berita kematiannya hanya diketahui pada hari ini melalui panggilan telefon oleh emak saudaranya di pejabat Putrajaya. Jenazah telah dituntut oleh ahli keluarga Allahyarham di Hospital Kuala Lumpur dan di bawa balik ke rumah Allahyarham di Jalan Rasah, Seremban.


  Jenazah telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Hj Said, Seremban pada jam 5.45 petang.
  Sumbangan Tabung Kebajikan KPPM telah diserahkan kepada waris Allahyarham di Hospital Kuala Lumpur sebelum jenazah dibawa keluar.


  Abdul Salam, 33 tahun, meninggalkan seorang balu dan seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan.
.

PPP Saidi Saimo (HQ) meninggal dunia

 
PUTRAJAYA, 17 Okt - Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 daripada Bahagian Penguatkuasa Putrajaya, En. Saidi bin Saimo (ahli KPPM no 547) telah meninggal dunia pada jam 7.10 malam di Hospital Putrajaya kerana kanser.
 
 
  Jenazah telah selamat dikebumikan pada malam itu juga di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya.
 
 
  Sumbangan Tabung Kebajikan KPPM telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Penguatkuasa kepada balu Allahyarham.
.
 
 

12 October 2012

Program Familiarisasi bersama Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia

Majlis perasmian penutup oleh YB Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.
PUTRAJAYA, 11 Okt. - Bahagian Penguatkuasa KPDNKK telah menganjurkan Program Familiarisasi Akta/Peraturan Bagi Tujuan Pengukuhan Pengawasan Dan Kawalselia kepada Penghulu/Penggawa peringkat kebangsaan telah diadakan dari 10-11 Oktober 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
Sebahagian para peserta program yang terdiri daripada Penghulu/Penggawa.
 
Presiden KPPM turut hadir dalam majlis perasmian.

Majlis penyampaian kad Skuad Pengguna kepada wakil Penghulu/Penggawa bagi setiap negeri.
 
Presiden KPPM Sdr. Rus Bakarurraini bersama Yang Dipertua Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia, En. Mohd Fuad bin Zainal Abidin.
 
  Sebelum itu, pada malam 10 Oktober para peserta telah mengadakan Persidangan Perwakilan Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia, di Dewan B, PICC.
 
Majlis makan malam dan Persidangan Perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia.
 
Sdr. Mustafa Kamal (Pen.Bendahari KPPM) selaku urusetia program menyampaikan aturcara Program Familiarisasi sebelum berlangsungnya Persidangan Perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia.
 
Sebahagian urusetia program dan juga pegawai pengiring daripada PPDNKK negeri.

Orang kuat di balik tabir program.
Urusetia Unit Kawalan Bersama Agensi (UKBA) Bhg.Penguatkuasa, Putrajaya.
.

07 October 2012

Mesyuarat AMJKA Bil. 2 / 2012-15


KUALA LUMPUR, 07 Okt -  Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) KPPM bil. 2 / 2012-15 telah diadakan di Rumah Kesatuan KPPM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
  Semua ahli mesyuarat hadir kecuali Pengerusi Kelantan & Pengerusi Perlis. Putrajaya diwakili oleh Setiausahanya.


1.  Ucapan Presiden :
       -  Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Awam. 
       -  Isu bonus (Bajet 2013).
       -  Blue Ocean Strategy.

2.  Permohonan keahlian baru :
        2 keahlian baru, borang diterima dan diluluskan.
2.  Permohonan tabung kebajikan :
        21 faedah pertukaran dan 9 tabung musibah, borang diterima dan diluluskan.
3.  Sukan KPPM 2013 :
        Cadangan tuan rumah - Putrajaya.

3.  Perbincangan :
        a)  Isu pertukaran.
        b)  Isu buang kerja.
        c)  Isu disiplin pegawai.
        d)  Isu pengstrukturan.
        e)  Isu diskripsi tugas.
        f)  Isu minta sistem kerja diubah.
        f)  Koperasi KPPM.
        g) Wakil MBJ daripada KPPM.
.

Bajet 2013 : Bonus 1.5 bulan Gaji

Berita Harian : 29 Sept 2012

Berita Harian : 29 Sept. 2012
Bonus hargai penjawat awam
Dua lagi bayaran bakal dinikmati pada Disember dan Januari depan

Penjawat awam mendapat bonus sebulan gaji, tambahan kepada setengah bulan yang diberikan sebelum ini.
  Ia menjadikan jumlah bonus untuk kakitangan awam tahun ini ialah sebulan setengah gaji, iaitu paling tinggi pernah diberikan oleh kerajaan sebagai menghargai perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada negara.
  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran bonus akan dibuat dua kali, iaitu setengah bulan pada Disember ini, manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Kurang beban kewangan
Beliau berkata, pemberian bonus diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutama yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.
  Kerajaan pada Ogos lalu memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 untuk menyambut Aidilfitri.
.

Pelancaran Buku Memoir 40thn BPGK





.

Ramah Mesra Aidilfitri BPGK Putrajaya


 
 
 

Lagi gambar sila klik di sini.
.

Majlis Hari Raya PPDNKK WP Kuala Lumpur

Sumber : KPPM WPKL


.

Majlis Aidilfitri PPDNKK Selangor

Sumber : KPPM Selangor



.