31 October 2012

Penyerahan Sumbangan Kepada Waris Allahyarham

Sumbangan kepada waris Allahyarham Abdul Salam bin Ali


SEREMBAN, 30 Okt - KPPM Putrajaya telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada waris Allahyarham Abdul Salam bin Ali di rumahnya di Jalan Rasah, Seremban. Allahyarham telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.
  Sumbangan ini adalah daripada tabung kutipan yang dibuat oleh warga Bahagian Penguatkuasa dan bahagian-bahagian lain di KPDNKK Putrajaya sahaja.


  Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, bersama-sama Pengerusi KPPM Putrajaya, Sdr. Fairul bin Md Yusof. Turut hadir ialah 4 orang AJK KPPM Putrajaya.


  Allahyarham Abdul Salam meninggalkan seorang balu Puan Syarifah Nurhasnila binti Syed Abu Bakar, dan seorang anak lelaki berumur 1 tahun 6 bulan.
  Puan Syarifah yang tidak bekerja kini menumpang di rumah kakak kepada Allahyarham.


Sumbangan kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo


NILAI, 30 Okt - Pada hari yang sama KPPM Putrajaya juga telah membuat penyerahan sumbangan kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo di rumahnya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi. Allahyarham telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu kerana kanser usus.
   Sumbangan ini juga adalah daripada tabung kutipan yang dibuat oleh warga Bahagian Penguatkuasa dan bahagian-bahagian lain di KPDNKK Putrajaya sahaja.


  Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei dan Pengerusi KPPM Putrajaya, Sdr. Fairul bin Md Yusof. Hadir sama ialah 4 orang AJK KPPM Putrajaya.

 
  Allahyarham Saidi meninggalkan seorang balu Puan Anesa binti Julkipli, dan 4 orang anak.
  Puan Anesa yang tidak bekerja kini tinggal bersama anak sulongnya yang belum mempunyai pekerjaan tetap. Manakala 3 orang lagi masih belajar.
.

1 comment:

  1. Gambar menunjukkan anak kepada arwah Abdul Salam membuatkan rasa sedih yang teramat sangat untuk ditanggung oleh keluarga arwah. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi hari-hari mendatang.

    ReplyDelete