19 November 2014

Taklimat Tips dan Panduan Temuduga oleh SPA

PUTRAJAYA, 19 Nov - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPDNKK telah mengadakan sesi taklimat berhubung Tips Dan Panduan Temuduga ke Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 yang disampaikan oleh Encik Abdul Fatah bin Mohd Pilus dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).


Taklimat Zon Tengah ini dihadiri oleh calon-calon PSL daripada KPDNKK Putrajaya, KPDNKK Selangor, KPDNKK WPKL, KPDNKK N.Sembilan dan KPDNKK Perak.


Siri taklimat ini diadakan mengikut zon :
     14 Nov 2014 : Zon Sabah (KPDNKK Negeri Sabah)
     17 Nov 2014 : Zon Sarawak (KPDNKK Negeri Sarawak)
     18 Nov 2014 : Zon Selatan (KPDNKK Negeri Johor)
     19 Nov 2014 : Zon Tengah (KPDNKK Putrajaya)
     20 Nov 2014 : Zon Utara (KPDNKK Negeri Kedah)
     23 Nov 2014 : Zon Timur (KPDNKK Negeri Terengganu)


.

29 September 2014

PPP Roslan Ramli (KKB) meninggal dunia

KUALA TERENGGANU, 28 Sept - Ahli KPPM no 1368, En Roslan bin Ramli (39thn), Penolong Pegawai Penguatkuasa gred N27 dari KPDNKK cawangan Kuala Kubu Bharu telah meninggal dunia pada 28 September jam lebih kurang 4.30 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat jangkitan kuman di kepala.
  Jenazah di bawa pulang ke rumahnya di Kg. Kuala Kemaman, Terengganu.
  Pengerusi KPPM Terengganu, Sdr Abd Majid bin Mat Jusoh telah menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan KPPM kepada isteri Allahyarham.

KPPM mengucapkan takziah kepada isteri serta seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
.

07 July 2014

Putrajaya agih kurma kepada ahli

Sempena kedatangan bulan Ramadhan 1435H tahun ini KPPM cawangan Putrajaya telah mengadakan aktivitinya dengan mengagihkan buah kurma kepada semua pegawai yang menjadi ahli KPPM di Putrajaya. 

Julung kalinya aktiviti mengagih buah kurma dilakukan atas inisiatif AJK KPPM Putrajaya sendiri terhadap ahli yang telah banyak menyokong kesatuan terutamanya ahli-ahli di Putrajaya.

Semua ahli berdaftar dan membayar yuran menerimanya termasuklah ahli yang dipinjamkan oleh bahagian/unit/kementerian/jabatan/agensi lain. Tidak lupa juga ahli lama dikalangan pegawai kanan yang kini masih setia menjadi ahli KPPM. Juga pemberian kepada ahli yang baru berpindah daripada cawangan dan melapor diri ke Bahagian Penguatkuasa Putrajaya.

.

19 June 2014

Olahragawan & Olahragawai Putrajaya

PUTRAJAYA, 18 Jun - Kontingen Putrajaya ke Karnival Sukan KPPM 2014 telah meraikan kejayaan pemain dan pegawai yang menjulang nama kontingen menjadai Juara Keseluruhan pada edisi sukan kali ini.
  Dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis Apresiasi Kontingen Putrajaya ini juga telah diumumkan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Putrajaya.
  Sdr. Nazli Wadi bin Che Rusli, penjaga gol pasukan bola sepak Putrajaya telah dinobatkan sebagai Olahragawan Putrajaya. Manakala Sdri. Farhana Nadia binti Ibrahim, ketua pasukan bola jaring Putrajaya pula dinobatkan selaku Olahragawati Putrajaya.
  Satu Anugerah Khas telah diberikan kepada Sdr. Muizzudin bin Mohd Haris diatas sumbangan beliau kepada pasukan dan kontingen yang amat dihargai.

  Majlis telah dihadiri oleh Tuan Pengarah Penguatkuasa, Timbalan-Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Pegawai-Pegawai Kanan BPGK, Ketua-Ketua Unit, Ketua Kontingen Putrajaya ke Karnival Sukan KPPM 2014, Pengurus-Pengurus Pasukan, para pemain serta warga BPGK Putrajaya.
  Turut diundang adalah Presiden KPPM dan Naib Presiden KPPM yang dijemput mewakili pihak penganjur Karnival Sukan KPPM 2014 di Kuala Pilah lalu. 
  Majlis adalah anjuran KPPM Putrajaya dimana Pengerusi KPPM Putrajaya dan semua AJK KPPM Putrajaya turut hadir.
.

29 May 2014

Persatuan Pegawai Kanan Penguatkuasa Perdagangan KPDNKK


PUTRAJAYA, 29 Mei - Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Penguatkuasa Perdagangan (PPKPP) KPDNKK kali pertama telah diadakan sejurus Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNKK dan Sambutan Hari Penguatkuasa 2014 di Dewan Serbaguna Aras G, Putrajaya.


Senarai Ahli Jawatankuasa PPKPP (2014-2016):
Presiden                 : Encik Mohd Suffian bin Mohd Abass
Timbalan Presiden : Encik Mohd Shahran bin Mohd Arshad
Naib Presiden I      : Encik Shamsul Nizam bin Khalil
Naib Presiden II     : Encik Shahrudin bin Hamzah
Setiausaha              : Puan Nurazreen binti Mohd Amin
Pen. Setiausaha I   : Puan Raja Norhayati binti Raja Ibrahim
Pen. Setiausaha II  : Cik Tilma binti Samsi
Bendahari              : Puan Nor Hafizah binti Hj Haron
Pen. Bendahari      : Encik Mohamed Aznanshah bin Khalid
Ahli Jawatankuasa :
         i.  Encik Sha'arani bin Miskat
        ii.  Encik Mohd Khairi bin Jamaludin
       iii.  Encik Mohd Fuzi Hadi bin Abd Latif
       iv.  Encik Muhd Fahmi bin Hasrar
        v.  Encik Normaswari bin Nordin
       vi.  Encik Ridzuan bin Khamis
Juru Audit I : Puan Nur Umaimah binti Muhamad
Juru Audit II : Puan Farah Adlina binti Ropaie


  PPKPP adalah persatuan yang dianggotai oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa gred N41 dan ke atas yang berkhidmat di KPDNKK. PPKPP telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

.

YBM Serah Kereta Pegawai Penyiasat


Pakaian Seragam Penguatkuasa KPDNKK Diperkenalkan


Anugerah Hari Penguatkuasa 2014

Anugerah Khas Aktiviti Penguatkuasaan
Tuan Hj. Ab Ghani bin Harun (KPPN Negeri Kelantan)



PUTRAJAYA, 29 Mei - Beberapa penganugerahan telah diadakan sempena Sambutan Hari Penguatkuasa KPDNKK 2014 dimana beberapa kategori telah dipertandingkan. Idea ini diilhamkan oleh YBhg. Dato' Sri KSU sendiri.
  YB Dato' Sri Menteri telah menyampaikan anugerah ini kepada semua pemenang.

Anugerah Penghasilan Kes Tertinggi
Encik A'ala Shah bin Md Yusof (KPDNKK Pasir Mas)

Anugerah Penghasilan Kes Tertinggi
Cik Vasumathi a/p Krishnan (KPDNKK Selangor)

Anugerah Nilai Rampasan Tertinggi
Bahagian Penguatkuasa Putrajaya (Pasukan Petugas Khas 3)
Anugerah Kutipan Kompaun Tertinggi
KPDNKK Cawangan Seberang Perai Tengah
Anugerah Penggunaan GIRN Paling Aktif
KPDNKK Negeri Selangor
.

Perhimpunan Bulanan & Sambutan Hari Penguatkuasa 2014


Hari Penguatkuasa: Taklimat Penguatkuasaan PCAPA 2011


PUTRAJAYA, 29 Mei - Sempena Majlis Sambutan Hari Penguatkuasa KPDNKK yang ke-42, satu taklimat bertajuk "Penguatkuasaan PCAPA 2011 Dalam Konteks Pelaksanaan GST" telah diadakan di Dewan Serbaguna Aras G, KPDNKK Putrajaya.


  Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Guna Salen a/l Marian dari Unit Kawalan Bekalan dan Harga, Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya.


  Seramai 300 orang anggota Penguatkuasa dari seluruh negara hadir dalam taklimat ini. Taklimat ini adalah sebahagian daripada pengisian program Perhimpunan Bulanan KPDNKK dan Sambutan Hari Penguatkuasa yang diadakan pada hari ini.

.

01 April 2014

Imbasan Juara Sukan Terdahulu

Karnival Sukan KPPM 2014 adalah karnival sukan yang ke-3 dianjurkan oleh KPPM KPDNKK.

Juara Pertama : Karnival Sukan KPPM 2009
(UiTM Sri Iskandar, Ipoh)
Johan : PUTRAJAYA
N.Johan :
Ketiga :


Juara Kedua : Karnival Sukan KPPM 2011
(UiTM Shah Alam, Selangor)
Johan : NEGERI SEMBILAN
N.Johan : Putrajaya
Ketiga : Selangor & P.Pinang


SIAPA JUARA TAHUN INI ?
.

Hebahan: KARNIVAL SUKAN KPPM 2014

KPPM KPDNKK akan menganjurkan Karnival Sukan KPPM 2014 pada ketetapan berikut :
   Tarikh :  09 - 11 Mei 2014
   Tempat : Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, N.Sembilan


Acara yang akan dipertandingkan :
1- Bola sepak 9 sebelah (L)
2- Bola tampar (L)
3- Bola jaring (P)
4- Sepak takraw antara regu (L)
5- Badminton berpasukan (L/P)
6- Ping pong berpasukan (L/P)
7- Tarik tali (L)

Acara sampingan :
1- Perarakan masuk kontinjen terbaik.
2- Golf individu.
3- Dart individu.
4- Teka biji labu.

Acara khas bersama masyarakat Kuala Pilah :
1- Tarik tali
2- Sepak raga bulatan
3- Bola jaring
.

24 March 2014

Mesyuarat AMJKA KPPM Bil.6


PUTRAJAYA, 24 Mac - Mesyuarat AMJKA KPPM Bil. 6/2012-2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Belian, Aras 3, Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya.


Perkara-perkara yang dibincangkan:
- Sukan KPPM

04 March 2014

PmP Isa Ahmad (Gombak) meninggal dunia


KAJANG, 03 Mac - Ahli KPPM no 1480, En Isa Ahmad bin Ali Mohamad, Pembantu Penguatkuasa N22 (KUP) dari KPDNKK cawangan Gombak telah meninggal dunia pada 03 Mac jam 8.20 malam di Hospital Serdang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.
  Jenazah di bawa pulang ke rumahnya di Kajang sebelum dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Cheras Jaya pada 04 Mac.

  Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras.
  Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfie telah menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan KPPM kepada isteri Allahyarham.

KPPM mengucapkan takziah kepada isteri serta seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
.

Menteri lancar Ops Tanda Harga


PUTRAJAYA, 03 Mac - YB Dato' Sri Hasan bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah melancarkan Ops Tanda Harga di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.
  Hadir sama YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Pengarah-Pengarah Bahagian termasuk Pengarah Penguatkuasa dan Ketua-Ketua Agensi.

Anggota Penguatkuasa daripada Bahagian Enforcement Putrajaya, KPDNKK Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah hadir.

Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfie bersama YB Menteri. Banyak perkara yang diperkatakan oleh YB Menteri dalam ucapannya mengenai Kesatuan dan juga anggota Penguatkuasa.

Selepas melancarkan Ops Tanda Harga, YB Menteri menyertai operasi bersama Penguatkuasa KPDNKK di Presint 9 Putrajaya.
.

03 March 2014

Melawat Syed Hamid (Raub) di hospital


TEMERLOH, 03 Mac - Tn Syed Hamid bin Syed Ahmad (Ahli KPPM no 0119) dari KPDNKK Cawangan Raub telah dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana strok dan pendarahan di kepala.
  Presiden KPPM, Naib Presiden, Penolong Bendahari Agong dan beberapa orang ahli KPPM Pahang telah melawat beliau di hospital.


  KPPM mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.
.

02 March 2014

Presiden melawat Ahmad Sabri di hospital


ALOR SETAR, 25 Feb - Presiden KPPM, Sdr Rus Bakaruraini bin Shahfie telah melawat Timbalan Ketua Cawangan KPDNKK Teluk Intan, En Ahmad Sabri bin Mohd Suri (Ahli KPPM no 0167) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
  Beliau disyaki mengidap penyakit hati iaitu jangkitan kuman pada hati.
  Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 012-5639049.
  KPPM mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.
.

25 February 2014

Azman Hamid Pengerusi Baru Putrajaya


PUTRAJAYA, 25 Feb - Mesyuarat AJK KPPM Cawangan Putrajaya bil.5/2012-2015 sebulat suara memilih Sdr Azman bin Hamid memangku jawatan Pengerusi KPPM Putrajaya menggantikan Sdr Fairul bin Md Yusof yang meletak jawatan.
.

Penyerahan Cek Insurans Skim Penyayang KPPM

PUTRAJAYA, 25 Feb - YBhg Dato' Sri Hasan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah menyampaikan cek insurans bagi Skim Penyayang KPPM kepada waris-waris Pegawai Penguatkuasa yang meninggal dunia pada Majlis Amanat Tahun Baru YB Menteri dan Perhimpunan Bulanan Februari 2014 di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.

Encik Ibrahim bin Mamat, waris kepada Allahyarham Sapaki bin Mamat (Kajang) menerima cek RM17,085.18 x 2 cek.

Puan Sharifah Nur Haslina binti Syed Abu Bakar, balu kepada Allahyarham Abdul Salam bin Ali (Putrajaya) menerima cek RM 12,959.36

Puan Che Normah binti Hamid@Desa, balu kepada Allahyarham Alias bin Abu Bakar (Kuantan) menerima cek RM34,007.87
  
Wakil bagi waris Allahyarham Mat Anuar bin Taha (Seremban) menerima cek RM33,880.39

Encik Sarwan Singh A/L Nayan Singh, suami kepada Mendiang Sarjit Kaur A/P Kundan Singh (Sepang) menerima cek RM31,888.23

Kesemua penerima cek insurans bergambar ramai.

YB Menteri beramah mesra dengan penerima-penerima cek insurans Skim Penyayang KPPM.

Kaunter insurans Skim Penyayang KPPM dibuka oleh wakil MCIS Zurich Insurance.
.