26 June 2013

YB Menteri di Perhimpunan Bulanan Jun


PUTRAJAYA, 26 Jun - YB Dato' Hasan bin Malek, Menteri PDNKK telah hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNKK bagi bulan Jun 2013. Beliau telah memberikan amanat pertamanya setelah dilantik sebagai Menteri di kementerian ini pada Mei lalu.
  Hadir sama buat kali pertama ialah YB Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Timbalan Menteri PDNKK.


  Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' KSU, pegawai-pegawai kanan, wakil-wakil negeri, juga wakil-wakil agensi kementerian dan kakitangan KPDNKK Putrajaya.
.

16 June 2013

Mesyuarat AMJKA Bil.5


IPOH, 16 Jun - Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) bilangan 5/2012-2015 telah diadakan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Perak di Ipoh.


  Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei telah mempengerusikan mesyuarat.


  Semua AMJKA hadir, kecuali Timbalan Presiden, Pengerusi KPPM Johor, N.Sembilan, Selangor, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan. 

.

14 June 2013

YB Menteri melawat Presiden di HKL


KUALA LUMPUR, 23 Mei - Menteri PDNKK, YB Dato' Hasan bin Malek telah melawat Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei di Wad Urologi, Hospital Kuala Lumpur.


  Presiden KPPM telah dimasukkan ke HKL pada 20 Mei lalu kerana sakit batu karang di buah pinggang.






Pembedahan telah selamat dijalankan pada 29 Mei dan keadaan beliau beransur pulih.
.