28 February 2012

Faedah : Tabung Kebajikan KPPM

Sumber : Setiausaha Agung KPPM
                email : 27/02/2012

Kepada
AHLI-AHLI KPPM
Adalah dimaklumkan KPPM melalui Peraturan bil 1 (Peraturan Tabung Kebajikan) memperuntukan pelbagai faedah kebajikan kepada ahli yang berhak (bayaran yuran tidak terputus) seperti berikut :
i. Faedah kematian Ahli
ii. Faedah Pesaraan Ahli
iii. Faedah Ahli masuk wat hospital
iv. Faedah Perptukaran tempat Bekerja dan
v. Faedah Musibah
2. Kesatuan kerap menerima tututan faedah pertukaran tempat kerja untuk pertukaran yang telah lama, ada yang melebihi setahun dengan alasan ahli tidak mengetahui adanya faedah tersebut. Mengikut per 13(ii) Peraturan Tabung Kebajikan, permohonan faedah pertukaran hendaklah dikemukakan dan sampai kepada Setiusaha Agung tidak lewat 21 hari dari tarikh pertukaran. Oleh itu ahli-ahli yang ingin membuat tuntutan bagi perpindahan untuk pertukaran yang berlaku pada bulan September 2011 hingga Febuari2012 hendaklah mengemukakan permohonan segera tidak lewat pada 12.3.2012. Permohonan tersebut untuk pertimbangan kelulusan mesyuarat AMJKA bil 7/10-12 yang akan diadakan pada 24.3.2011.
3. Pertukaran yang berlaku selepas 1 Mac 2012, permohonan Faedah Pertukaran akan mengunakan pakai peraturan 13(ii) sepenuhnya. Ini bermakna permohonan yang dikemukakan selepas 21 hari dari tarikh pertukaran tidak akan dipertimbangkan oleh Mesyuarat AMJKA.
4. Bersama ini disertakan naskah penuh peraturan Tabung Kebajikan untuk maklumat ahli dan disertakan juga borang Faedah Tabung Kebajikan. Sebarang penerangan lanjut dan juga pertanyaan gunakan blog kesatuan dialamat kppm808.blogspot.com
5. Lawati blog kppm untuk mengetahui perkembangan SBPA, aktiviti KPPM dan aktiviti Cuepacs dan lain-lain maklumat KPPM. Sertai KPPM untuk bersama mengukuhkan Perjuangan Kesatuan - Isi borang jadi ahli , Borang keahlian KPPM disertakan.
Sekian
" KPPM HAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA"
"Komited Kunci Kejayaan"
AZWAN BIN ARIFFIN
SUA KPPM

21 February 2012

Presiden bersama KPPM WPKL


KUALA LUMPUR, 21 Feb - Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah mengadakan perjumpaan bersama Presiden KPPM, Encik Rus Bakarurraini bin Shahfei di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
   Seramai 58 orang pegawai terdiri daripada skim penguatkuasa dan skim gunasama telah hadir bagi mendengar taklimat Presiden berkenaan perjuangan kesatuan dan isu-isu semasa.


Lain-lain gambar sila klik di sini.

17 February 2012

Ketua Setiausaha KPDNKK


Nama : YBhg. Dato' Saripuddin bin Kasim
Jawatan : Ketua Setiausaha
Agensi : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Alamat : Pejabat Ketua Setiausaha, Aras 11 (Menara), No 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya
Tarikh Memegang Jawatan : 26 Disember 2011
Tarikh Lahir : 9 November 1959
Tempat Lahir : Kedah
Email : ksu@kpdnkk.gov.my


Pendidikan :
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Korporat) University of Hartford Connecticut, USA - (Januari 1993)
  • Diploma Pengurusan Awam (INTAN) - (Januari 1984)
  • Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya - (Jun 1982)

Pengalaman Dalam Perkhidmatan :
  • 16/06/1982 - Penolong Pengarah, Unit Pemindahan Teknologi, Bahagian Industri, Kementerian Perdagangan dan Industri.
  • 09/01/1984 - Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Projek dan Perbadanan Ekonomi Negeri, Kementerian Perusahaan Awam.
  • 16/03/1988 - Penolong Setiausaha, Seksyen Pembangunan dan Pelaburan, Bahagian Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan Persekutuan, Kementerian Perusahaan Awam.
  • 27/08/1991 - Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Korporat).
  • 05/02/1993 - Penolong Pendaftar II (Kewangan), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • 16/12/1994 - Penolong Pengarah, Unit Pra Perkhidmatan (Luar Negeri), Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • 16/11/1997 - Ketua Penolong Pengarah, Unit Pra Perkhidmatan (Luar Negeri), Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • 01/05/1998 - Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • 11/07/2001 - Penasihat Kedutaan, Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo, Jepun.
  • 14/06/2004 - Atase (Pendidikan dan Latihan), Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London, United Kingdom.
  • 01/06/2006 - Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • 08/02/2008 - Tombalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • 10/09/2010 - Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Anugerah Bintang :
  • 2000 - Ahli Mahkota Pahang (AMP)
  • 2007 - Ahli Mahkota Kedah (AMK)
  • 2009 - Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ)

16 February 2012

Kunjungan Hormat AMJKA ke Pejabat KSU


PUTRAJAYA, 16 Feb - Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK di sini hari ini.
   Ini adalah perjumpaan pertama AMJKA dengan Ybhg. Dato' Saripuddin bin Kasim semenjak dilantik menjadi KSU yang baru.


Antara perkara/isu yang dibincangkan ialah :

1) BEBANAN TUGAS YANG TIDAK SEIMBANG.
Masalah/sebab:
     i. Tugas yang pelbagai dan mengikut keadaan:
          - Tenaga kerja perlu mencukupi.
    ii. Tiadanya diskripsi tugas yang jelas mengikut perjawatan:
          - Diskripsi tugas perlu diwujudkan.
   iii. Persempadanan kawasan:
          - Diselaraskan mengikut daerah/bahagian.
    iv. Agihan perjawatan tidak sama rata dengan bebanan tugas:
          - Diselaraskan semula perjawatan.
     v. Pembekuan jawatan N17:
          - Diisikan semula perjawatan berkenaan.
    vi. Kelewatan pengisian jawatan:
          - Dijadikan piagam di BPSM dan pengisian jawatan perlu disegerakan.
   vii. Multi tasking:
          - Melibatkan semua bahagian/unit dan diwujudkan Garis Panduan manakala SKT tugas-tugas penguatkuasaan dijadikan SKT Pengarah Negeri.
  viii. Kekurangan dan kelewatan penyelengaraan kenderaan:
          - Membeli kenderaan yang lasak dan bersesuaian dengan tugas penguatkuasaan.
          - Mengkaji prosedur dan menambah peruntukan bagi penyelenggaraan.

2) KETUA CAWANGAN TERDIRI KUMPULAN PELAKSANA 1.
Masalah/sebab:
     i. Menghadiri mesyuarat peringkat daerah:
         - Ketua Cawangan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (N41).
         - Meningkatkan imej organisasi.
    ii. Menghadiri Mesyuarat Pengurusan PDNKK Negeri yang mana Ketua Unit di pejabat negeri gred N41, dan terdapat Ketua Cawangan gred N41.
  iii. Kebanyakan agensi-agensi penting di cawangan diketuai oleh pegawai gred 41 dan keatas.

3) KELULUSAN PINJAMAN PEGAWAI PENGUATKUASA KE AGENSI LUAR.
Masalah/sebab:
     i. Mengurangkan perjawatan yang sedia ada:
         - Mengekalkan pegawai yang berpengalaman.
         - Mengatasi masalah kekurangan pegawai.
    ii. Bebanan kepada pegawai lain.
   iii. Kekosongan jawatan tersebut tidak dapat dibuat pengisian.

4) PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN.
Masalah/sebab:
     i. Pegawai Penilai tidak diberikan latihan khusus:
         - Pegawai Penilai hendaklah diberikan kursus/taklimat.
    ii. Pegawai Penilai tidak mengetahui dan memahami penilaian prestasi diadakan.
   iii. Penilaian prestasi tidak dimaklumkan kepada PYD:
         - Pegawai perlu dimaklumkan mengenai markah dan prestasi.
         - PYD boleh memperbaiki kelemahan.
   iv. Ulasan penilaian tidak selari dengan ulasan:
         - Pegawai Penilai hendaklah diberikan kursus/taklimat.
         - Dapat memberikan motivasi kepada pegawai.

5) CHAIN OF COMMAND.
Masalah:
         - Ketua Pengarah Penguatkuasa tidak boleh memberi arahan kepada negeri/cawangan.

6) PERTUKARAN BPGK.
Cadangan:
         - Semasa cuti sekolah.
         - Berdekatan dengan isteri.
         - Cawangan berdekatan.


Pesanan Dato' KSU :
- Wujudkan persekitaran harmoni.
- Tingkatkan integriti.
- Eratkan hubungan baik antara pekerja dan pihak atasan.
- Perjumpaan 2kali setahun.

Lain-lain gambar, sila klik di sini.

15 February 2012

Mesyuarat Khas AMJKA Bil.4


KUALA LUMPUR, 15 Feb - Mesyuarat Khas Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Bil.4/2010-12 telah diadakan pada hari ini jam 8.30 malam di Rumah Kesatuan KPPM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
   Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Encik Rus Bakarurraini bin Shahfei. Semua ahli AMJKA telah hadir kecuali Naib Setiausaha Agung, Pengerusi KPPM Johor dan Putrajaya.


   Mesyuarat khas ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang akan dibawa bagi majlis kunjungan hormat ke pejabat KSU esok.

Lain-lain gambar sila klik di sini.

Bayaran Tabung Kebajikan KPPM (04/02/2012)

TABUNG KEBAJIKAN: PERPINDAHAN
Kelulusan Mesyuarat AMJKA Bil.5/10-12 (04/02/2012)

NO AHLI
NAMA AHLI
TEMPAT
KM
RM
1318
Raja Mohd Nas Airie bin Raja Hussin
Kuantan ke Kemaman
79
23.70
1105
Rohana binti Mamat
Tanah Merah ke Kemaman
250
84.00
1444
Mazlan bin Abdullah
Kota Tinggi ke Kemaman
450
135.00
1217
Mohd Shahdazulki bin Abdullah
Dungun ke Kemaman
136
40.80
464
Arees Fadly bin Abdul Rahman
P.Pinang ke Pasir Mas
483
144.90
968
Toheroh binti Abd Rahman
WPKL ke
Alor Setar
450
135.90
042
Januar bin Mohamad
Tuaran ke Putrajaya
-
200.00
913
Mohd Muliady bin Mustaffa
Kota Bharu ke Batu Pahat
752
200.00
892
Fauziah binti Zainal
Kluang ke Melaka
180
54.00
732
A’azzulkhair bin Ismail
JB ke Melaka
220
66.00
865
Md Sufian bin Saat *
Temerloh ke Kota Bharu
520
260.00
717
Maizatul Izwati binti Samat *
Temerloh ke Tanah Merah
565
285.00
025
Mohd Sakhri bin Mohd Salleh
Kuching ke Kota Bharu
-
200.00
1031
Azarman bin Said *
Putrajaya ke Kota Bharu
550
275.00
579
Mohammad Nordin bin Mohamad *
Alor Setar ke Kota Bharu
409
204.00
635
Ismail bin Asmar
Pasir Mas ke Tuaran
-
200.00
1212
Mohd Shaiful Bahri bin Mohd Bekeri
Kota Kinabalu ke Kuantan
-
200.00
550
Rasidah binti Yassin
Putrajaya ke WPKL
40
12.00
556
Zaid bin Haris Fadilah
Putrajaya ke Kuantan
290
87.00
  * Tidak layak mendapat tuntutan perpindahan Jabatan.


TABUNG KEBAJIKAN: LAIN-LAIN
Kelulusan Mesyuarat AMJKA Bil.5/10-12 (04/02/2012)

NO AHLI
NAMA AHLI
CAWANGAN
JENIS
RM
266
Baharim bin Hj Sa’adun
Melaka
Kematian ahli keluarga
150.00
1007
Lizawati binti Punirin
Melaka
Kerosakan kenderaan
DITOLAK kerana kejadian diluar waktu bekerja
125
Zahrin bin Hj Zaini
Melaka
Kematian ahli keluarga
150.00
717
Maizatul Izwati binti Samat
Tanah Merah
Musibah kebajikan
100.00
265
Mohamed Nizam bin Mohamed Yunan
WPKL
Kematian ahli keluarga
150.00
672
Mohamad Asri bin Sa’aid @ Sa’aidin
Manjung
Kematian ahli keluarga
150.00

Sila rujuk Peraturan Tabung Kebajikan di atas.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi KPPM Negeri masing-masing.