28 February 2012

Faedah : Tabung Kebajikan KPPM

Sumber : Setiausaha Agung KPPM
                email : 27/02/2012

Kepada
AHLI-AHLI KPPM
Adalah dimaklumkan KPPM melalui Peraturan bil 1 (Peraturan Tabung Kebajikan) memperuntukan pelbagai faedah kebajikan kepada ahli yang berhak (bayaran yuran tidak terputus) seperti berikut :
i. Faedah kematian Ahli
ii. Faedah Pesaraan Ahli
iii. Faedah Ahli masuk wat hospital
iv. Faedah Perptukaran tempat Bekerja dan
v. Faedah Musibah
2. Kesatuan kerap menerima tututan faedah pertukaran tempat kerja untuk pertukaran yang telah lama, ada yang melebihi setahun dengan alasan ahli tidak mengetahui adanya faedah tersebut. Mengikut per 13(ii) Peraturan Tabung Kebajikan, permohonan faedah pertukaran hendaklah dikemukakan dan sampai kepada Setiusaha Agung tidak lewat 21 hari dari tarikh pertukaran. Oleh itu ahli-ahli yang ingin membuat tuntutan bagi perpindahan untuk pertukaran yang berlaku pada bulan September 2011 hingga Febuari2012 hendaklah mengemukakan permohonan segera tidak lewat pada 12.3.2012. Permohonan tersebut untuk pertimbangan kelulusan mesyuarat AMJKA bil 7/10-12 yang akan diadakan pada 24.3.2011.
3. Pertukaran yang berlaku selepas 1 Mac 2012, permohonan Faedah Pertukaran akan mengunakan pakai peraturan 13(ii) sepenuhnya. Ini bermakna permohonan yang dikemukakan selepas 21 hari dari tarikh pertukaran tidak akan dipertimbangkan oleh Mesyuarat AMJKA.
4. Bersama ini disertakan naskah penuh peraturan Tabung Kebajikan untuk maklumat ahli dan disertakan juga borang Faedah Tabung Kebajikan. Sebarang penerangan lanjut dan juga pertanyaan gunakan blog kesatuan dialamat kppm808.blogspot.com
5. Lawati blog kppm untuk mengetahui perkembangan SBPA, aktiviti KPPM dan aktiviti Cuepacs dan lain-lain maklumat KPPM. Sertai KPPM untuk bersama mengukuhkan Perjuangan Kesatuan - Isi borang jadi ahli , Borang keahlian KPPM disertakan.
Sekian
" KPPM HAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA"
"Komited Kunci Kejayaan"
AZWAN BIN ARIFFIN
SUA KPPM

No comments:

Post a Comment