06 March 2012

8 Mac : Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama PM

Sumber : Media CUEPACS

Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama YAB. Perdana Menteri Malaysia anjuran CUEPACS akan diadakan pada :

Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana & Dewan A/B
               Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
               (P.I.C.C.) Putrajaya

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hadir bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.




Email : Setiausaha Agung KPPM
            06/03/2012

Salam Hormat
 
Saudara/Saudari Ahli KPPM
 
PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
 
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada tajuk email.
 
2. Saudara/saudari dijemput untuk menghadiri  Perhimpunan Khas bersama YAB Perdana Menteri seperti berikut :-
 
Tarikh  : 8.3.2012
Masa    : 8.30 pagi-1.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana dan Dewan A/B
              Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
              Putrajaya
 
3.  Pengerusi KPPM cawangan-cawangan saudara/saudari dikehendaki mendapatkan pelepasan daripada  pegawai atasan masing-masing.
 
4. Bersama ini disertakan surat dari Cuepacs Malaysia untuk maklumat dan tindakan. (rujuk email)
 
Sekian Terima kasih
 
 
AZWAN BIN ARIFFIN
Setiausaha Agung KPPM

No comments:

Post a Comment