21 March 2012

Hari Penguatkuasa : Ekspidisi 'Mt. Kinabalu Quest 40'


KOTA KINABALU, 21 Mac - Ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu sempena Ulangtahun Ke-40 Bahagian Penguatkuasa yang diberi nama 'Mount Kinabalu Quest 40' telah berjaya dilakukan oleh 28 orang pegawai Penguatkuasa.


  Pendakian bermula pada 19 Mac melalui trek Mesilau dan bermalam di Laban Rata. Menyambung pendakian ke puncak pada awal pagi 20 Mac dan peserta berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dengan mengibarkan bendera KPDNKK. Semua peserta telah selesai menuruni ke kaki gunung pada hari yang sama.

 
 
 
  KPPM mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua peserta.


Sumber : Peserta ekspidisi.

Lain-lain gambar sila klik di sini.
.

No comments:

Post a Comment