09 March 2012

Program Ziarah Sempena 40 Tahun BPGK


PUTRAJAYA, 09 Mac - Program Ziarah Sempena 40 Tahun Bahagian Penguatkuasa adalah program bertemu/ziarah waris-waris kepada pegawai penguatkuasa yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.


  Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini ke seluruh negara.


  Pengarah Penguatkuasa, Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin menyerahkan cek bernilai RM33,194.94 daripada MCIS Zurich Insurance kepada balu Allahyarham Hasmi bin Mohamed iaitu Puan Nur Haslinda binti Abdullah @ Andrey Tyon AK Petrus. Allahyarham pernah mencarum dalam package insurans yang dicadangkan oleh KPPM semasa perkhidmatan.


  Dalam majlis ini juga Pengarah Penguatkuasa telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga BPGK kepada Puan Wan Faridah binti Meor Jamaluddin (Pembantu Tadbir P/O) yang telah kematian suami pada 24 Februari lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
AL-FATIHAH.

Lain-lain gambar, sila klik di sini.



No comments:

Post a Comment