24 March 2015

Ziarah PmP Razali Ali (WPKL)


KUALA LUMPUR, 23 Mac - Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri WPKL, Tn. Hj. Rosli bin Ahmad bersama-sama Pengerusi KPPM dan pegawai-pegawai Penguatkuasa melawat PmP Mohd Razali bin Ali di Hospital Kuala Lumpur.

19 November 2014

Taklimat Tips dan Panduan Temuduga oleh SPA

PUTRAJAYA, 19 Nov - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPDNKK telah mengadakan sesi taklimat berhubung Tips Dan Panduan Temuduga ke Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 yang disampaikan oleh Encik Abdul Fatah bin Mohd Pilus dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).


Taklimat Zon Tengah ini dihadiri oleh calon-calon PSL daripada KPDNKK Putrajaya, KPDNKK Selangor, KPDNKK WPKL, KPDNKK N.Sembilan dan KPDNKK Perak.


Siri taklimat ini diadakan mengikut zon :
     14 Nov 2014 : Zon Sabah (KPDNKK Negeri Sabah)
     17 Nov 2014 : Zon Sarawak (KPDNKK Negeri Sarawak)
     18 Nov 2014 : Zon Selatan (KPDNKK Negeri Johor)
     19 Nov 2014 : Zon Tengah (KPDNKK Putrajaya)
     20 Nov 2014 : Zon Utara (KPDNKK Negeri Kedah)
     23 Nov 2014 : Zon Timur (KPDNKK Negeri Terengganu)


.

29 September 2014

PPP Roslan Ramli (KKB) meninggal dunia

KUALA TERENGGANU, 28 Sept - Ahli KPPM no 1368, En Roslan bin Ramli (39thn), Penolong Pegawai Penguatkuasa gred N27 dari KPDNKK cawangan Kuala Kubu Bharu telah meninggal dunia pada 28 September jam lebih kurang 4.30 petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat jangkitan kuman di kepala.
  Jenazah di bawa pulang ke rumahnya di Kg. Kuala Kemaman, Terengganu.
  Pengerusi KPPM Terengganu, Sdr Abd Majid bin Mat Jusoh telah menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan KPPM kepada isteri Allahyarham.

KPPM mengucapkan takziah kepada isteri serta seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
.

07 July 2014

Putrajaya agih kurma kepada ahli

Sempena kedatangan bulan Ramadhan 1435H tahun ini KPPM cawangan Putrajaya telah mengadakan aktivitinya dengan mengagihkan buah kurma kepada semua pegawai yang menjadi ahli KPPM di Putrajaya. 

Julung kalinya aktiviti mengagih buah kurma dilakukan atas inisiatif AJK KPPM Putrajaya sendiri terhadap ahli yang telah banyak menyokong kesatuan terutamanya ahli-ahli di Putrajaya.

Semua ahli berdaftar dan membayar yuran menerimanya termasuklah ahli yang dipinjamkan oleh bahagian/unit/kementerian/jabatan/agensi lain. Tidak lupa juga ahli lama dikalangan pegawai kanan yang kini masih setia menjadi ahli KPPM. Juga pemberian kepada ahli yang baru berpindah daripada cawangan dan melapor diri ke Bahagian Penguatkuasa Putrajaya.

.