15 February 2013

Kajian Kepuasan Bekerja Warga KPDNKK Tahun 2012

Salam Hormat.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPDNKK melalui emailnya pada 27 Dis 2012 telah menjemput semua warga KPDNKK untuk menjayakan Kajian Kepuasan Bekerja Tahun 2012.

Sila layari melalui capaian berikut :
http://www2.kpdnkk.gov.my/soalselidik/borang/borang.php

Namun sehingga 08 Feb 2013, penyertaan pegawai dan anggota dari Skim Perkhidmatan Pegawai Penguatkuasa, Penolong Pegawai Penguatkuasa dan Pembantu Penguatkuasa masih berada di tahap yang sederhana.

Dengan ini, KPPM MENYERU semua ahli agar dapat memberikan kerjasama untuk meluangkan masa mengisi borang soal selidik tersebut selari dengan matlamat perjuangan KPPM. Apa yang kita bangkitkan sebenarnya boleh dizahirkan melalui kajian tersebut.

Salam Perjuangan.


Email berkaitan dirujuk :
.

14 February 2013

Presiden KPPM dimasukkan ke hospital


KLANG, 14 Feb - Presiden KPPM KPDNKK, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, telah dimasukkan ke Wad 8C, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada awal pagi tadi akibat sakit dada.


YBhg Dato' Basaruddin bin Sadali, Timb Ketua Setiausaha KPDNKK (Kepenggunaan & Pengurusan), En Ahmad Dahuri bin Mahmud, Timb Pengarah Penguatkuasa (Pengurusan), En Othman bin Nawang, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor, Tn Hj Othman bin Ahmad dan Tn Hj Amran bin Daud, melawat Presiden KPPM di HTAR Klang.
  Beliau kini berada dalam keadaan stabil. Menurut doktor yang merawat beliau, ujian darah tiada implikasi jantung dikesan dan kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit sebenar beliau.


Tn Hj Mohd Khalis bin Kasim, Tn Hj Mohd Rabani bin Hj Soyan dan En Abdul Razak bin Kamarudin, datang melawat Presiden KPPM di hospital.
  Semoga beliau segera sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.
.

04 February 2013

CUEPACS : Bengkel Penyelidikan & Pembangunan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Ahli Kongres Cuepacs daripada KPPM KPDNKK iaitu Presiden KPPM dan Setiausaha Agung KPPM telah hadir pada Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penjawat Awam anjuran Cuepacs daripada 29-31 Januari di KL International Hotel, Kuala Lumpur.
   Ia dihadiri oleh semua ahli kongres Cuepacs daripada kesatuan-kesatuan pekerja sektor awam di seluruh negara.
   Sebelum sesi bengkel dijalankan, Ketua Pengarah MAMPU, Dato' Mohamad Zabidi Zainal telah memberi penerangan berhubung 'One Malaysia One Call Centre' (1MOCC) atau Pusat Panggilan 1Malaysia. Sesi ini adalah untuk memberi penerangan dasar pelaksanaan 1MOCC dimana ia akan memudahkan orang ramai membuat panggilan dengan hanya satu nombor iaitu 03-8000 8000.

 
   Satu majlis makan malam Cuepacs bersama media telah diadakan pada malam 29 Januari. Ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua media cetak dan media elektronik yang telah memberi kerjasama dengan Cuepacs bagi menyampaikan berita kepada seluruh penjawat awam di Malaysia.
 
.