16 February 2012

Kunjungan Hormat AMJKA ke Pejabat KSU


PUTRAJAYA, 16 Feb - Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK di sini hari ini.
   Ini adalah perjumpaan pertama AMJKA dengan Ybhg. Dato' Saripuddin bin Kasim semenjak dilantik menjadi KSU yang baru.


Antara perkara/isu yang dibincangkan ialah :

1) BEBANAN TUGAS YANG TIDAK SEIMBANG.
Masalah/sebab:
     i. Tugas yang pelbagai dan mengikut keadaan:
          - Tenaga kerja perlu mencukupi.
    ii. Tiadanya diskripsi tugas yang jelas mengikut perjawatan:
          - Diskripsi tugas perlu diwujudkan.
   iii. Persempadanan kawasan:
          - Diselaraskan mengikut daerah/bahagian.
    iv. Agihan perjawatan tidak sama rata dengan bebanan tugas:
          - Diselaraskan semula perjawatan.
     v. Pembekuan jawatan N17:
          - Diisikan semula perjawatan berkenaan.
    vi. Kelewatan pengisian jawatan:
          - Dijadikan piagam di BPSM dan pengisian jawatan perlu disegerakan.
   vii. Multi tasking:
          - Melibatkan semua bahagian/unit dan diwujudkan Garis Panduan manakala SKT tugas-tugas penguatkuasaan dijadikan SKT Pengarah Negeri.
  viii. Kekurangan dan kelewatan penyelengaraan kenderaan:
          - Membeli kenderaan yang lasak dan bersesuaian dengan tugas penguatkuasaan.
          - Mengkaji prosedur dan menambah peruntukan bagi penyelenggaraan.

2) KETUA CAWANGAN TERDIRI KUMPULAN PELAKSANA 1.
Masalah/sebab:
     i. Menghadiri mesyuarat peringkat daerah:
         - Ketua Cawangan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (N41).
         - Meningkatkan imej organisasi.
    ii. Menghadiri Mesyuarat Pengurusan PDNKK Negeri yang mana Ketua Unit di pejabat negeri gred N41, dan terdapat Ketua Cawangan gred N41.
  iii. Kebanyakan agensi-agensi penting di cawangan diketuai oleh pegawai gred 41 dan keatas.

3) KELULUSAN PINJAMAN PEGAWAI PENGUATKUASA KE AGENSI LUAR.
Masalah/sebab:
     i. Mengurangkan perjawatan yang sedia ada:
         - Mengekalkan pegawai yang berpengalaman.
         - Mengatasi masalah kekurangan pegawai.
    ii. Bebanan kepada pegawai lain.
   iii. Kekosongan jawatan tersebut tidak dapat dibuat pengisian.

4) PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN.
Masalah/sebab:
     i. Pegawai Penilai tidak diberikan latihan khusus:
         - Pegawai Penilai hendaklah diberikan kursus/taklimat.
    ii. Pegawai Penilai tidak mengetahui dan memahami penilaian prestasi diadakan.
   iii. Penilaian prestasi tidak dimaklumkan kepada PYD:
         - Pegawai perlu dimaklumkan mengenai markah dan prestasi.
         - PYD boleh memperbaiki kelemahan.
   iv. Ulasan penilaian tidak selari dengan ulasan:
         - Pegawai Penilai hendaklah diberikan kursus/taklimat.
         - Dapat memberikan motivasi kepada pegawai.

5) CHAIN OF COMMAND.
Masalah:
         - Ketua Pengarah Penguatkuasa tidak boleh memberi arahan kepada negeri/cawangan.

6) PERTUKARAN BPGK.
Cadangan:
         - Semasa cuti sekolah.
         - Berdekatan dengan isteri.
         - Cawangan berdekatan.


Pesanan Dato' KSU :
- Wujudkan persekitaran harmoni.
- Tingkatkan integriti.
- Eratkan hubungan baik antara pekerja dan pihak atasan.
- Perjumpaan 2kali setahun.

Lain-lain gambar, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment