08 February 2012

Isu Pihak Pekerja Untuk Tindakan

Sumber : email 08/02/2012


Salam Hormat
 
AMJKA KPPM telah mengadakan mesyuarat pada 4.2.2012. Justeru itu saya diarah untuk mendapatkan maklumat berikut :-
 
i.      KEKURANGAN DAN KELEWATAN PENYELENGARAAN KENDERAAN.
 
Isu kelewatan penyelenggaran kenderaan telah dibawa ke Mesyuarat MBJ bil 4/2012 yang lalu. Bagi mengukuhkan hujah contoh kes pihak kesatuan memerlukan maklumat dari semua pihak yang terlibat dan prosedur penyelenggaraan yang diamalkan. Disamping maklumat kekurangan kenderaan di mana-mana pejabat cawangan, negeri dan juga  Putrajaya.
 
ii.    PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN
 
Pihak kesatuan juga telah membincangkan mengenai masalah kekosongan jawatan yang tidak isi dan terdapat kekosongan jawatan yang disebabkan pinjaman ke agensi lain. Oleh itu pihak kesatuan amat berharap akan mendapat maklumat kekosongan tersebut dari cawangan atau seksyen penguatkuasa terlibat.
 
iii.   ISU PIHAK PEKERJA
 
Mana pekerja yang mempunyai isu untuk diangkat kepada pengetahuan dan tindakan pihak pekerja boleh menghantar isu kepada saya. Borang isu MBJ boleh didapati melalui pautan MBJ.
 
iv. PENILAIAAN PRESTASI
 
Pihak kesatuan juga dimaklumkan terdapat pegawai penilaian pertama yang masih tidak memaklumkan prestasi kepada pegawai yang dinilai (PYD) samada dengan memanggil dan memaklumkan kepada PYD secara lisan atau membenarkan PYD melihat prestasi di aplikasi hrmis. terdapat juga aduan mengenai ulasan yang tidak selari dengan markah yang diberi. Mana-mana ahli yang tidak berpuas hati dengan ulasan atau tidak dimaklumkan prestasi dengan mana-mana cara bolehlah diemailkan kepada saya untuk dibuat bantahan terus kepada pihak PSM. (aduan secara lisan tidak akan dilayan)
 
2. Sila emailkan semua yang diperlukan diatas kepada saya selewat-lewatnya pada 29.2.2012.
 
 
Sekian terima kasih
 
"Komited Kunci Kejayaan"
 
AZWAN BIN ARIFFIN
SETIAUSAHA AGUNG KPPM

No comments:

Post a Comment