08 November 2012

Taklimat Khas Berkenaan Pemilihan Perwakilan Kesatuan Ke Konvensyen CUEPACS

 

KUALA LUMPUR, 08 Nov - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganjurkan satu Taklimat Khas Berkenaan Pemilihan Perwakilan Kesatuan Ke Konvensyen CUEPACS di Hotel Putra, Kuala Lumpur.


Presiden CUEPACS, Dato' Hj Omar bin Osman.

  Penerangan telah disampaikan oleh Encik Roslee Sabaruddin bin Abu, Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dan Puan Anita binti Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri Selangor.


Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei.

  Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada semua perwakilan berkenaan undang-undang di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 untuk dipatuhi terutama pemilihan perwakilan ke Konvensyen CUEPACS yang akan diadakan pada tahun hadapan.


Setiausaha Agung KPPM, Sdr. Azwan bin Ariffin (kanan) dan Bendahari Agung KPPM, Sdr. Hj. Saiful Azman bin Azmi (kiri).

  Taklimat ini dihadiri seramai 200 orang perwakilan daripada semua gabungan kesatuan sekerja di bawah CUEPACS.


Sebahagian perwakilan kesatuan gabungan yang hadir.
Slide PowerPoint :
Pemilihan Perwakilan Kesatuan Gabungan Ke Konvensyen CUEPACS ( klik )



Akta Kesatuan Sekerja 1959 ( klik )
.

No comments:

Post a Comment