27 November 2012

Mesyuarat Khas AMJKA KPPM Bil.1/2012-15


PUTRAJAYA, 27 Nov - Satu Mesyuarat Khas Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 3 Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putarajaya.
  Mesyuarat khas ini dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Sahfei, dan dihadiri oleh 16 orang ahli majlis.


  Antara perkara yang dibincangkan ialah isu-isu yang akan dibawa untuk perjumpaan AMJKA dengan YBhg Dato' Ketua Setiausaha KPDNKK yang dijadualkan pada 28 November nanti.
  Selain itu, isu Majlis Bersama Jabatan (MBJ), isu pertukaran pegawai-pegawai Penguatkuasa dan majalah 'Wacana' juga turut dibincangkan.
  KPPM Putrajaya telah dipilih selaku tuan rumah bagi Karnival Sukan KPPM 2012 akan berlangsung pada 21-23 Jun 2013. Enam acara yang akan dipertandingkan ialah bolasepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, pingpong dan tarik tali.
.

No comments:

Post a Comment