29 November 2012

Perjumpaan KSU dengan AMJKA KPPM Bil.2/2012


PUTRAJAYA, 28 Nov - Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK, YBhg. Dato' Saripuddin bin Kasim, di Bilik Mesyuarat Pejabat KSU, KPDNKK Putrajaya.
  Perjumpaan kali ke-2 dalam tahun ini dihadiri oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurruaini bin Shahfei dan semua AMJKA KPPM. Turut hadir ialah wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Setiausaha kepada KSU.


  Perbincangan kali ini dimulakan dengan isu Koperasi Kesatuan yang mana KSU mohon agar keputusan ditangguhkan selewat-lewatnya Januari tahun hadapan.
  Isu pertukaran adalah isu paling hangat dibincangkan pada kali ini. KPPM akur akan arahan pertukaran pegawai tetapi perlu mengambil kira kebajikan pegawai yang akan ditukarkan.
  KSU mengatakan pertukaran dijalankan semasa cuti sekolah kecuali kes-kes disiplin dan integriti. Cerita-cerita salahlaku integriti perlu ada surat rasmi atau pengesahan daripada SPRM terlebih dahulu sebelum tindakan tatatertib dilaksanakan. Ketua Bahagian (HOD) perlulah memanggil pegawai yang bermasalah dan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan diambil. 
  Borang 'profiling' perlulah dikemaskini dan KSU mohon kerjasama KPPM membantu BPSM sebagai rujukan dalam proses pertukaran. Kebajikan pegawai yang mempunyai masalah berat seperti sakit dan masalah keluarga perlu diambil kira dalam menentukan penempatan pegawai yang ditukarkan.
  KPPM akur akan keputusan MBJ dimana pegawai yang memohon pertukaran tidak layak diberi tuntutan perpindahan. Tetapi sebaliknya sekiranya pegawai tersebut telah melebihi masa 5 tahun, KPPM mohon agar tuntutan pegawai dikaji semula.
  Bagi pegawai yang hampir bersara, KSU bersetuju agar pegawai tersebut tidak ditukarkan kecuali pegawai tersebut memohon pertukaran.
  Banyak lagi isu-isu pertukaran telah dibincangkan dengan panjang lebar namun tegas KSU perlulah mengikut garis panduan umum pertukaran yang sedia ada.
  Karnival Sukan KPPM 2013 yang akan diadakan pada 21-23 Jun tahun hadapan di INSPEN Bangi telah mendapat sokongan daripada KSU. Manakala pihak KPPM pula mengharapkan agar pada tarikh tersebut tiada aturcara rasmi dibuat oleh pihak kementerian supaya lebih ramai ahli-ahli KPPM boleh menyertai karnival sukan itu nanti.
  Beberapa isu kebajikan pegawai telah disuarakan oleh KPPM agar pihak kementerian mengambil perhatian.
  Isu keselamatan semasa bertugas juga telah dibincangkan. Ancaman tonto dan penjenayah terhadap pegawai-pegawai semasa bertugas perlu mendapat perhatian oleh pihak kementerian.
  HOD perlu mengadakan perjumpaan dengan semua pegawai bawahan setiap bulan untuk membincangkan permasalahan pegawai.
  Diskripsi tugas bagi setiap gred perlulah jelas supaya pegawai dapat menjalankan tugas mengikut gred masing-masing.
  Masalah kertas siasatan warisan pihak kementerian telah mengarahkan Bahagian Undang-Undang untuk menyelesaikan masalah ini. Begitu juga masalah stor penyimpanan barang eksibit yang tidak mencukupi juga pihak kementerian akan cuba mencari jalan penyelesaian.
  Kertas cadangan penstrukturan baru Bahagian Penguatkuasa baru sahaja dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan perlu mengambil masa untuk mendapatkan keputusannya.


  Diakhir perjumpaan sekali lagi KSU mengharapkan agar pihak kesatuan sentiasa bersama-sama dengan kementerian bagi menjaga nama baik KPDNKK.
.

No comments:

Post a Comment