24 April 2012

40th BPGK : Program Ziarah KPPM Kedah


ALOR SETAR, 23 April - Sempena sambutan Hari Penguatkuasa ke-40, KPPM negeri Kedah telah mengadakan Program Ziarah waris-waris kepada anggota penguatkuasa yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan yang tinggal di negeri Kedah.
   Rombongan seramai 16 orang pegawai diketuai oleh Tuan Hj Khalis bin Kasim (wakil Tuan Pengarah Penguatkuasa) dan Tuan Suhaimi bin Mat Sari (Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Kedah).
   Sebelum program ziarah bermula, satu perjumpaan ringkas bersama pegawai yang telah bersara iaitu Tuan Hj Daud bin Md Noor dan Tuan Hj Zawawi bin A.Ghani telah diadakan di PPDNKK cawangan Sungai Petani.



   Lawatan pertama di rumah balu kepada Allahyarham Samsudin bin Ahmad iaitu Puan Zuriah binti Ahmad di Tmn Ria Jaya, Sg Petani, Kedah.




Konvoi berkenderaan ke kawasan pedalam Kota Kuala Muda.


   Lawatan kedua di rumah bapa kepada Allahyarham Hafizi bin Abd Halim, iaitu En Abd Halim bin Abdullah dan Puan Siti Ropingah binti Ngataman di Tmn Permatang Katong, Kota Kuala Muda, Kedah.




Pajero (merah) masih digunakan walaupun sudah tidak bermaya.


   Lawatan ketiga di rumah balu Allahyarham Bakri bin Abu Bakar, iaitu Puan Suraidah binti Othman di Tmn Sri Fajar, Lencong Barat, Alor Setar, Kedah.


Lain-lain gambar, sila klik di sini.
.

No comments:

Post a Comment