13 April 2012

KPPM N.Sembilan : Majlis 'Jasamu Dikenang' Pegawai Bersara


SEREMBAN, 13 April - KPPM Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan pegawai yang telah bersara. Majlis diadakan di dewan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Negeri Sembilan di Seremban 2.


Encik Azazian bin Yusoff (no ahli KPPM: 853) Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N32 dari Bahagian Penguatkuasa, Putrajaya telah bersara pilihan mulai 31 Mac 2012.


Puan Ruzaini binti Abd Ghani (no ahli KPPM: 1037) dari PPDNKK cawangan Port Dickson telah bersara pilihan mulai 31 Mac 2012.


Majlis turut meraikan dan memberi cenderamata kepada pegawai-pegawai daripada PPDNKK seluruh Negeri Sembilan yang telah berpindah ke negeri lain.


Bagi mengenang jasa Ahli Jawatankuasa KPPM Negeri Sembilan sesi 2010-2012, majlis turut memberikan cenderamata kepada Pengerusi KPPM negeri dan ahli jawatankuasanya.


Lain-lain gambar, sila klik di sini.
.

No comments:

Post a Comment