16 April 2012

40thn BPGK : Ikrar Penguatkuasa


IKRAR BAHAGIAN PENGUATKUASA


Kami yang berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berikrar bahawa kami akan berkhidmat dan dengan sedaya upaya, tekun serta berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi mencapai objektif organisasi iaitu menguatkuasakan undang-undang dan melindungi pengguna. Ke arah ini kami akan:-

Menghayati dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan awam;

Menerapkan budaya kerja berkualiti berteraskan semangat bekerjasama, amanah, komited dan adil;

Meningkatkan produktiviti bagi menepati piagam pelanggan selaras dengan aspirasi kerajaan dan ekspektasi orang ramai;

Melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta berpandukan undang-undang, peraturan-peraturan, prosedur-prosedur dan arahan-arahan ; dan

Meningkatkan imej organisasi dengan meletakan kepentingan organisasi melebihi kepentingan diri.

No comments:

Post a Comment