02 April 2012

Mesyuarat KPPM bersama Pengurusan BPGK


PUTRAJAYA, 02 April - Satu perbincangan di antara wakil KPPM bersama pegawai pengurusan tertinggi Bahagian Penguatkuasa telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 3 BPGK, Putrajaya.
  Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Penguatkuasa, Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin. Turut hadir Timbalan-Timbalan Pengarah Penguatkuasa dan pegawai-pegawai kanan BPGK.


Wakil KPPM : Presiden KPPM
                       Naib Presiden KPPM
                       Setiausaha Agung KPPM
                       Bendahari Agung KPPM
                       Pengerusi KPPM Perlis
                       Pengerusi KPPM Johor
                       Pengerusi KPPM N.Sembilan
                       Pengerusi KPPM Putrajaya
                       Media KPPM


PERBINCANGAN
PENSTRUKTURAN PERJAWATAN PENGUATKUASA

   KPPM pada dasarnya bersetuju dengan penstrukturan tersebut dengan tujuan untuk mengembangkan kerjaya anggota penguatkuasa. Walau bagaimanapun KPPM memohon dilihat semula agihan perjawatan supaya kemajuan kerjaya yang seimbang kepada semua gred jawatan dan diskripsi tugas yang jelas perlulah diwujudkan.
   Mesyuarat memutuskan satu jawatankuasa bersama ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Dahuri bin Mahmud, Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pengurusan), khusus untuk membincangkan agihan perjawatan.


   Semasa ucapan aluan Tuan Pengarah Penguatkuasa, beliau mengharapkan hubungan yang harmoni diantara pengurusan BPGK dengan KPPM sentiasa wujud dan semua perkara boleh dibincangkan bersama.
   Tuan Pengarah juga memaklumkan bahawa sesuatu perkara yang dibuat oleh pengurusan penguatkuasa adalah dengan tujuan untuk kebaikan semua warga BPGK tanpa mengira pengurusan dan kumpulan pelaksana. Oleh itu pandangan KPPM yang mewakili majoriti anggota penguatkuasa kumpulan pelaksana sentiasa di dengari dan dipertimbangkan.
   Beliau juga berharap tidak wujud jurang antara KPPM dengan pengurusan BPGK.
   Isu integriti anggota penguatkuasa sebenarnya menyentuh keseluruhan integriti BPGK. Tuan Pengarah juga menasihatkan semua warga penguatkuasa agar menjaga integriti.
   KPPM juga perlu memainkan peranan dengan memberi nasihat kepad ahli-ahli.
.

1 comment:

  1. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa keputusannya, harapan ianya adalah merupakan perkhabaran yang terbaik untuk ahli KPPM & BPGK . Selamat ulang tahun ke 40 tahun BPGK..

    ReplyDelete