15 April 2012

40th BPGK : Brisk Walking


PUTRAJAYA, 14 April - Aturcara majlis sambutan Hari Penguatkuasa KPDNKK yang ke-40 tahun dimulakan dengan program 'Brisk Walking'.


  Brisk Walking bermula dari hentian bas pejabat KPDNKK ke Taman Wawasan Putrajaya. Jarak perjalanan dianggarkan 3.5 km.


  Brisk walking atau dengan kata lain iaitu berjalan cepat telah dijadikan program mingguan di Bahagian Penguatkuasa.


  Program ini bukan sahaja disertai oleh warga Bahagian Penguatkuasa Putrajaya sahaja tetapi turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada cawangan-cawangan berdekatan sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut sama ialah pegawai-pegawai daripada bahagian-bahagian lain di KPDNKK Putrajaya.


  Di akhir majlis diadakan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Hadiah-hadiah telah disumbangkan oleh unit-unit di Bahagian Penguatkuasa, cawangan-cawangan terdekat dan tidak lupa sumbangan peribadi pegawai-pegawai penguatkuasa sendiri.


Lain-lain gambar, sila klik di sini.
.

No comments:

Post a Comment