Utusan Online : 27 April 2012
152 Penerima DIMP Bergelar Datuk
PEKAN 26 April - Seramai 152
termasuk Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamed Suffian Awang dan penyanyi
terkenal, Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabuddin hari ini menerima
anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena
memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah
ke-81.
Pada istiadat yang berlangsung di Istana Abu
Bakar di sini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
menyampaikan anugerah tersebut kepada kesemua penerima.
Mereka termasuk Pengarang Berita Sistem
Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Karam Singh Walia dan Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi Penyiaran) Jabatan Penyiaran, Abu Bakar Ab. Rahim.
Turut menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk
itu ialah Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Irmohizam Ibrahim; Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd. Zaili Besar; ADUN Tanah Rata, Ho Yip Kap;
Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd. Hazmi Yusof; Ketua Pemuda UMNO negeri,
Abu Jimi Samat dan dua Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Mustapa Long dan Ahmad
Jaafar.
Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian
Luar Negeri, Selwyn Vijayarajan Das; Profesor Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Ismail Sahid; Timbalan Naib Canselor,
Kolej Universiti Masterskill (Sains Kesihatan), Profesor Dr. Ahmad Pauzi Md.
Yusof, Naib Presiden Universiti Lim Kok Wing, Lim Kok Wing Junior dan Ketua
Automotif dan Pertahanan Sektor DRB Hicom Berhad, Abdul Harith Abdullah turut
menerima DIMP.
Penerima DIMP lain antaranya, Timbalan Ketua
Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Poziah Abd. Rahman; Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Amer Yusof;
Timbalan Pengarah
Penguat Kuasa (Pembangunan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Iskandar Halim Sulaiman dan Timbalan Ketua Eksekutif, Pertubuhan
Keselamatan Sosial (Perkeso), Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Mohd. Nazri Abdullah dan Mat Yusof Yaakup; Pengerusi
Eksekutif Platinum Oil & Gas Sdn. Bhd, Datuk Suhaimi Hashim; Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman; Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jabatan, Jabatan Kerja Raya, Ir. Dr.
Abdul Aziz Arshad; Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM), Mohamed Tarmizi; Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Abdul Karim Mustafa dan Setiausaha Eksekutif Menteri
Pertahanan, Rosiah Osman turut menerima DIMP.
Juga menerima DIMP hari ini, Pengarah Urusan
Wheels Packaging Industrial Sdn. Bhd., Tan Poi Heong; Pengarah Eksekutif Coral
Intoil Sdn. Bhd., Mohd. Razip Mohammad; Pengarah Urusan Pakaian Kesuma Sdn.
Bhd., Amir Hamzah Ismail; Pengerusi Eksekutif Kriscore Sdn. Bhd., Kristoffer
Nyuak Bajok dan Pengarah Urusan Paraforce Sdn. Bhd., Kapten (B) Ismail
Ishak.
Turut berlangsung pada majlis hari ini adalah
penyampaian pingat kepada 18 penerima darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 20
darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 18 darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 38
darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) dan 22 menerima Pingat Khidmat Cemerlang
(PKC).
Seramai 34 orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji
(PKT) dan 18 lagi menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Berangkat menyaksikan majlis istiadat
penganugerahan darjah kebesaran dan pingat tersebut ialah Tengku Puan Pahang,
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan
Yaakob.-
Sumber Utusan Online
Email : Setiausaha Agung KPPM
26/04/2012
Salam Hormat
Presiden, AMJKA dan ahli-ahli KPPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Hj. Iskandar Halim bin Hj. Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK di atas pengurniaan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'.
Semoga dengan pengurniaan ini akan memberi motivasi kepada Ybhg. Dato' untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian dan Negara Malaysia.
TAHNIAH DATO'.
Sekian Terima Kasih
AZWAN BIN ARIFFIN
SETIAUSAHA AGUNG KPPM