KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, MALAYSIA (No Pendaftaran : 808)
My Blog List
29 November 2012
Perjumpaan KSU dengan AMJKA KPPM Bil.2/2012
PUTRAJAYA, 28 Nov - Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK, YBhg. Dato' Saripuddin bin Kasim, di Bilik Mesyuarat Pejabat KSU, KPDNKK Putrajaya.
Perjumpaan kali ke-2 dalam tahun ini dihadiri oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurruaini bin Shahfei dan semua AMJKA KPPM. Turut hadir ialah wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Setiausaha kepada KSU.
Perbincangan kali ini dimulakan dengan isu Koperasi Kesatuan yang mana KSU mohon agar keputusan ditangguhkan selewat-lewatnya Januari tahun hadapan.
Isu pertukaran adalah isu paling hangat dibincangkan pada kali ini. KPPM akur akan arahan pertukaran pegawai tetapi perlu mengambil kira kebajikan pegawai yang akan ditukarkan.
KSU mengatakan pertukaran dijalankan semasa cuti sekolah kecuali kes-kes disiplin dan integriti. Cerita-cerita salahlaku integriti perlu ada surat rasmi atau pengesahan daripada SPRM terlebih dahulu sebelum tindakan tatatertib dilaksanakan. Ketua Bahagian (HOD) perlulah memanggil pegawai yang bermasalah dan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan diambil.
Borang 'profiling' perlulah dikemaskini dan KSU mohon kerjasama KPPM membantu BPSM sebagai rujukan dalam proses pertukaran. Kebajikan pegawai yang mempunyai masalah berat seperti sakit dan masalah keluarga perlu diambil kira dalam menentukan penempatan pegawai yang ditukarkan.
KPPM akur akan keputusan MBJ dimana pegawai yang memohon pertukaran tidak layak diberi tuntutan perpindahan. Tetapi sebaliknya sekiranya pegawai tersebut telah melebihi masa 5 tahun, KPPM mohon agar tuntutan pegawai dikaji semula.
Bagi pegawai yang hampir bersara, KSU bersetuju agar pegawai tersebut tidak ditukarkan kecuali pegawai tersebut memohon pertukaran.
Banyak lagi isu-isu pertukaran telah dibincangkan dengan panjang lebar namun tegas KSU perlulah mengikut garis panduan umum pertukaran yang sedia ada.
Karnival Sukan KPPM 2013 yang akan diadakan pada 21-23 Jun tahun hadapan di INSPEN Bangi telah mendapat sokongan daripada KSU. Manakala pihak KPPM pula mengharapkan agar pada tarikh tersebut tiada aturcara rasmi dibuat oleh pihak kementerian supaya lebih ramai ahli-ahli KPPM boleh menyertai karnival sukan itu nanti.
Beberapa isu kebajikan pegawai telah disuarakan oleh KPPM agar pihak kementerian mengambil perhatian.
Isu keselamatan semasa bertugas juga telah dibincangkan. Ancaman tonto dan penjenayah terhadap pegawai-pegawai semasa bertugas perlu mendapat perhatian oleh pihak kementerian.
HOD perlu mengadakan perjumpaan dengan semua pegawai bawahan setiap bulan untuk membincangkan permasalahan pegawai.
Diskripsi tugas bagi setiap gred perlulah jelas supaya pegawai dapat menjalankan tugas mengikut gred masing-masing.
Masalah kertas siasatan warisan pihak kementerian telah mengarahkan Bahagian Undang-Undang untuk menyelesaikan masalah ini. Begitu juga masalah stor penyimpanan barang eksibit yang tidak mencukupi juga pihak kementerian akan cuba mencari jalan penyelesaian.
Kertas cadangan penstrukturan baru Bahagian Penguatkuasa baru sahaja dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan perlu mengambil masa untuk mendapatkan keputusannya.
Diakhir perjumpaan sekali lagi KSU mengharapkan agar pihak kesatuan sentiasa bersama-sama dengan kementerian bagi menjaga nama baik KPDNKK.
.
27 November 2012
Mesyuarat Khas AMJKA KPPM Bil.1/2012-15
PUTRAJAYA, 27 Nov - Satu Mesyuarat Khas Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 3 Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putarajaya.
Mesyuarat khas ini dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Sahfei, dan dihadiri oleh 16 orang ahli majlis.
Antara perkara yang dibincangkan ialah isu-isu yang akan dibawa untuk perjumpaan AMJKA dengan YBhg Dato' Ketua Setiausaha KPDNKK yang dijadualkan pada 28 November nanti.
Selain itu, isu Majlis Bersama Jabatan (MBJ), isu pertukaran pegawai-pegawai Penguatkuasa dan majalah 'Wacana' juga turut dibincangkan.
KPPM Putrajaya telah dipilih selaku tuan rumah bagi Karnival Sukan KPPM 2012 akan berlangsung pada 21-23 Jun 2013. Enam acara yang akan dipertandingkan ialah bolasepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, pingpong dan tarik tali.
.
15 November 2012
Salam Maal Hijrah 1434H
Assalamualaikum
Presiden KPPM dan Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) KPPM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah kepada semua ahli KPPM seluruh Malaysia.
Tema : "WASATIYYAH TONGAK KESATUAN UMMAH"
08 November 2012
Taklimat Khas Berkenaan Pemilihan Perwakilan Kesatuan Ke Konvensyen CUEPACS
KUALA LUMPUR, 08 Nov - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganjurkan satu Taklimat Khas Berkenaan Pemilihan Perwakilan Kesatuan Ke Konvensyen CUEPACS di Hotel Putra, Kuala Lumpur.
Presiden CUEPACS, Dato' Hj Omar bin Osman. |
Penerangan telah disampaikan oleh Encik Roslee Sabaruddin bin Abu, Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dan Puan Anita binti Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri Selangor.
Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei. |
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada semua perwakilan berkenaan undang-undang di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 untuk dipatuhi terutama pemilihan perwakilan ke Konvensyen CUEPACS yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Setiausaha Agung KPPM, Sdr. Azwan bin Ariffin (kanan) dan Bendahari Agung KPPM, Sdr. Hj. Saiful Azman bin Azmi (kiri). |
Taklimat ini dihadiri seramai 200 orang perwakilan daripada semua gabungan kesatuan sekerja di bawah CUEPACS.
Sebahagian perwakilan kesatuan gabungan yang hadir. |
Pemilihan Perwakilan Kesatuan Gabungan Ke Konvensyen CUEPACS ( klik )
Akta Kesatuan Sekerja 1959 ( klik )
.
Subscribe to:
Posts (Atom)