06 February 2014

Perjumpaan KP bersama AMJKA bil.1/2014


PUTRAJAYA, 06 Feb - Majlis Perjumpaan Pengarah Penguatkuasa bersama AMJKA KPPM bil.1/2014 telah diadakan di Bahagian Penguatkuasa Putrajaya.
  Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin, Pengarah Penguatkuasa KPDNKK.

  Semua AMJKA KPPM hadir kecuali Setiausaha Agung, Pengerusi KPPM Kedah, Pengerusi KPPM Pulau Pinang dan Pengerusi KPPM Perak. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan BPGK.


Isu Penguatkuasa :

1. Penstrukturan semula :
    Reorg dalam peringkat akhir. Mesyuarat telah diadakan pada minggu lepas diantara BPSM, BPGK dan KPPM untuk diperhalusi dan pemurnian untuk dibentangkan sekali lagi kepada JKPO (Jawatankuasa Pembangunan Organisasi) di peringkat JPA sebelum keputusan muktamad yang akan dibuat oleh JPA.

2. Diskripsi tugas :
    JD telah pun dipersetujui oleh pihak Pengurusan BPGK di bawa untuk makluman pihak Kementerian.


Sukan KPPM :

  Karnival Sukan KPPM 2014, dengan kerjasama BAKA akan berlangsung pada ketetapan berikut:
           Tarikh  :  23-25 Mei 2014 
           Hari      :  Jumaat - Ahad
           Tempat :  i. UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
                          ii. Kompleks Sukan Kuala Pilah.
                         iii. Mini Stadium Kuala Pilah.

Acara sukan :
  
  - Acara yang dilangsungkan lebih awal:
       1.  Ujian kemahiran menembak (bulan April)
  
  - Acara pada 23-25 Mei:
       1.  Bolasepak 9 sebelah.
       2.  Badminton berpasukan.
       3.  Bola tampar (L)
       4.  Bola jaring (P)
       5.  Sepak takraw antara regu.
       6.  Ping pong berpasukan.
       7.  Tarik tali.
  
  - Acara sampingan:
       1.  Perarakan masuk terbaik (kontinjen).
       2.  Golf (individu).
       3.  Dart (individu).
       4.  Teka biji betik.
       5.  Cabutan nombor bertuah.

  - Acara khas bersama masyarakat:
       1.  Tarik tali.
       2.  Sepak raga bulatan.
       3.  Bola jaring.
       
  Pengarah Penguatkuasa bersetuju karnival ini diadakan dan memberi endorsement.

  Mantan KSU telah bersetuju bahawa para peserta boleh menggunakan kenderaan jabatan. 
  Satu taklimat berkaitan GST akan disampaikan oleh Pengarah Penguatkuasa dalam masa karnival berlangsung.


Lain-lain hal :


1.  Isu menangani kos sara hidup rakyat:
     - Kempen penurunan harga oleh PM.
     - Kempen penguatkuasaan undang-undang penandaan harga oleh TPM.
2.  KP bersetuju ada wakil KPPM pada Mesyuarat Pengurusan BPGK sebulan sekali.
3.  Kekurangan pegawai di cawangan-cawangan.
4.  Isu-isu semasa.
.

No comments:

Post a Comment