09 February 2014

Majlis 'Jasamu Dikenang' mantan Presiden Cuepacs


KUALA LUMPUR, 08 Feb - CUEPACS telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang khas buat mantan Presiden Cuepacs, YBhg Dato' Hj Omar Osman di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.


  Yang diraikan iaitu YBhg Dato' Hj Omar Osman bersama-sama isteri dan anak beliau telah hadir. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan beberapa pegawai kanan kerajaan turut sama memeriahkan majlis.


  KPPM KPDNKK diwakili oleh Presiden KPPM Sdr Rus Bakarurraini Shahfei bersama isteri, Naib Presiden KPPM Pn Halijah Sandiman bersama suami, Pen Setiausaha KPPM Putrajaya Sdri Rasmila Alang dan Media KPPM Sdr Joha Bahran.


  KPPM KPDNKK telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada yang diraikan YBhg Dato' Hj Omar Osman yang disampaikan sendiri oleh Presiden KPPM Sdr Rus Bakarurraini Shahfei.
.

No comments:

Post a Comment