04 November 2013

Konvensyen Cuepacs : Usul di bawa oleh KPPM

KPPM KPDNKK akan membawa 7 usul ke Konvensyen Tritahunan CUEPACS 2013.

Usul Pertama :


USUL KONVENSYEN CUEPACS KE-26
1
Tajuk
KUOTA PENGAMBILAN CALON-CALON KPSL DAN DIKECUALIKAN SEPENUHNYA UJIAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN
2
Latar Belakang
1.  Pada masa ini lantikan jawatan perkhidmatan awam tidak ditetapkan kuota khusus kepada calon-calon KPSL. Pengambilan ini tertakluk kepada SPA dan jabatan terlibat.
2.  Calon KPSL hanya diberi pengecualian kecergasan dan diberi kelonggaran untuk ujian fizikal dan pancaindera.
3
Cadangan
1.   Ditetapkan kuota 50% daripada kekosongan jawatan jumlah calon KPSL.
2.   Dicadangkan dikecualikan sepenuhnya ujian fizikal dan pancaindera dan ujian kecergasan untuk calon lantikan KPSL.
4
Justifikasi / Ulasan
Perlaksanaan kuota ini adalah amat wajar dan harus dilaksanakan sebagai menghargai sumbangan pegawai dan memastikan laluan kerjaya yang baik dalam perkhidmatan awam.

Usul Kedua :


USUL KONVENSYEN CUEPACS KE-26
1
Tajuk
SELARASKAN TEMPOH KUP KAPADA 8 TAHUN
2
Latar Belakang
Pada masa ini KUP bagi anggota kumpulan pelaksana diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat selama 13 tahun.
3
Cadangan
KUP pertama diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat selama 8 tahun dan KUP kedua diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat 5 tahun di jawatan KUP pertama.
4
Justifikasi / Ulasan
Penyelarasan tempoh masa kelayakan KUP adalah amat wajar dan harus dilaksanakan sebagai menghargai sumbangan pegawai dan memastikan laluan kerjaya yang baik dalam perkhidmatan awam.

Usul Ketiga :


USUL KONVENSYEN CUEPACS KE-26
1
Tajuk
PENAMBAHBAIKAN PEKELILING PERPINDAHAN
2
Latar Belakang
Mengikut Pekeliling bil. 4/95 kadar elaun pengangkutan barang seperti Jadual 1 Perkara 3.1.2 dan tiadanya bayaran pembungkusan barang adalah tidak releven lagi pada masa ini memandangkan kos upah dan kos pengangkutan telah meningkat.
3
Cadangan
Kadar tuntutan jalan darat seperti Jadual 1 Perkara 3.1.2 hendaklah dipinda dari RM150 bagi 50km pertama dan tambahan RM3 bagi 50km berikutnya bagi pegawai berkeluarga perlu dinaikkan.
4
Justifikasi / Ulasan
Kenaikan kadar tuntutan pengangkutan perpindahan pegawai dan bayaran upah pembungkusan adalah amat wajar pada masa ini memandangkan kos pengangkutan yang telah meningkat dan sebagai penghargaan kepada pegawai yang sedia berpindah demi kepentingan perkhidmatan.

Usul Keempat :


USUL KONVENSYEN CUEPACS KE-26
1
Tajuk
PENAMBAH BAIK ELAUN PERBATUAN DAN KADAR BAYARAN HOTEL
2
Latar Belakang
Mengikut Pekeliling bil.2/2006 kadar tuntutan perbatuan adalah mengikut cc kenderaan dan tangga gaji pegawai.
Bagi bayaran sewa hotel kadar yang ditentukan sekadar adalah sukar bagi pegawai Kumpulan Pelaksana untuk mendapatkan hotel.
3
Cadangan
Kadar perbatuan ditentukan mengikut cc kenderaan tanpa mengira tangga gaji pegawai.
Kadar perbatuan bagi Kelas Tuntutan ‘A’ harus bermula dari RM1.00 bagi 500km pertama dan menurun RM0.50sen bagi 500km berikutnya.
Begitu juga bagi Kelas Tuntutan berikutnya.
4
Justifikasi / Ulasan
1)     Kos harga bahan api yang meningkat dan harga bahan api dijual sama harga kepada penjawat awam tanpa mengira tangga gaji.
2)     Kadar sewa hotel pada masa ini adalah tidak releven dan pada masa harga sewa hotel telah meningkat berbanding tahun 2006.

Usul Kelima :


USUL KONVENSYEN CUEPACS KE-26
1
Tajuk
DITAMBAH BAYARAN INSENTIF PENGUATKUASA
2
Latar Belakang
Bayaran Insentif Penguatkuasa mula dibayar kepada anggota Penguatkuasa KPDNKK pada tahun 2001 dan diikuti oleh Penguatkuasa JPJ dan Kawalselia Padi sebanyak RM200.00 sebulan.
3
Cadangan
Bayaran insentif ini perlu dinaikkan kepada RM400 sebulan.
4
Justifikasi / Ulasan
Peningkatan risiko dan kompleksiti tugas Penguatkuasa pada masa ini adalah wajar bayaran insentif ini dinaikkan.

Usul Keenam :


USUL KONVENSYEN CUEPACS KE-26
1
Tajuk
DIBAYAR ELAUN KHAS ATAU KERAIAN KEPADA KETUA PEJABAT ATAU KETUA CAWANGAN DARI KUMPULAN PELAKSANA
2
Latar Belakang
Pada masa ini tiada sebarang bayaran dibuat kepada Ketua Cawangan atau Ketua Pejabat dari Kumpulan Pelaksana.
3
Cadangan
Diberi bayaran khas atau keraian sebanyak RM400.00 sebulan kepada pegawai Kumpulan Pelaksana yang diberi tanggungjawab sebagai Ketua Cawangan atau Ketua Pejabat.
4
Justifikasi / Ulasan
Bertugas sebagai Ketua Cawangan atau Ketua Pejabat mempunyai risiko dan tanggungjawab yang berat.
Bukan sahaja melaksanakan tugas hakiki malah perlu melihat dari segi kewangan dan pentadbiran.

Usul Ketujuh :


USUL KONVENSYEN CUEPACS KE-26
1
Tajuk
WAKTU RIADAH 2JAM SEMINGGU BAGI PENJAWAT AWAM
2
Latar Belakang
Pada masa ini tiada sebarang pekeliling dikeluarkan.
3
Cadangan
Tetapkan 2jam dari masa bekerja seminggu sebagai waktu riadah.
4
Justifikasi / Ulasan
Bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan Penjawat Awam perlu cergas dan sihat.
Bagi meningkatkan kecergasan dan kesihatan Penjawat Awam, Penjawat Awam perlulah beriadah dan bersukan.
.

No comments:

Post a Comment