15 August 2013

Tabung untuk PmP Shahida (Pasir Mas)

Sumber : KPPM Kelantan


Pembantu Penguatkuasa dari PPDNKK Pasir Mas, Cik Shahida binti Yahaya (ahli KPPM no 1386) telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 06 Ogos lalu di Grik, Perak semasa dalam perjalanan balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kedah.


  Beliau kini tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Wad 3B ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
  Sumber dari pegawai PPDNKK Ipoh memaklumkan bahawa kecederaannya amat parah dimana kedua-dua kaki dan tangannya patah, pendarahan sedikit di otak serta kecederaan lain.


  Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan KPPM Kelantan bersama Pengarah PPDNKK Negeri Kelantan, satu kutipan derma dilancarkan ke seluruh KPDNKK Malaysia bagi membantu dan meringankan beban warga kerja kita yang kemalangan ini.
  Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Semasa Bank Islam no: 03102010004780 atas nama KPPM cawangan Kelantan, dan maklumkan kepada Bendahari secara sms/call di talian 014-8392942, atau Setiausaha 011-11415595.
  Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.
.

No comments:

Post a Comment