23 August 2013

Perhimpunan Bulanan Ogos Sempena 100hari YB Menteri


PUTRAJAYA, 23 Ogos - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Ogos 2013 sempena 100 hari YB Menteri di KPDNKK telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Putrajaya.


  Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil di Surau KPDNKK. YB Menteri PDNKK, Dato' Hasan bin Malek telah hadir bersama-sama YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan serta warga KPDNKK.


  Upacara memasang bendera Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi Kementerian oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha telah disempurnakan sebelum bermulanya Majlis Perhimpunan Bulanan.


  Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik sempena ketibaan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos.
  Seterusnya hadirin disajikan dengan pertunjukan Montaj sempena 100 hari YB Menteri di KPDNKK.
  Ucapan dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Setiausaha, dan seterusnya ucapan oleh YB Menteri.


  KPPM dihadiri oleh Tuan Presiden, Timbalan Presiden, beberapa orang AMJKA serta ahli-ahli KPPM cawangan Putrajaya.
.

No comments:

Post a Comment