28 June 2012

Persidangan Perwakilan MBK Pekerja Am / Kumpulan Sokongan Ke-10


KUALA LUMPUR, 28 Jun - Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Sokongan kali Ke-10 sesi 2012-2014 telah diadakan di KL International Hotel, Kuala Lumpur.


KPPM KPDNKK diwakili oleh 2 orang selaku perwakilan iaitu :
1.  Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei,
     Presiden KPPM.
2.  Sdr. Azwan bin Ariffin,
     Setiausaha Agung KPPM.

.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi KPPM Pusat sesi 2012-2015

1)  Jawatan : PRESIDEN

Bil.
Nama Calon
Gambar
Undi Satu Sahaja
1.
RUS BAKARURRAINI BIN SHAHFIE
(No. Ahli 161)     Selangor
Menang Tanpa Bertanding

      Penyandang : Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfie.


2)  Jawatan : NAIB PRESIDEN
 
Bil.
Nama Calon
Gambar
Undi Satu Sahaja
1.
HALIJAH BINTI SANDIMAN
(No Ahli 013)      Kelantan
Menang Tanpa Bertanding

       Penyandang : Pn. Halijah binti Sandiman.


3)  Jawatan : SETIAUSAHA AGUNG

Bil.
Nama Calon
Gambar
Undi Satu Sahaja
1.
AZWAN BIN ARIFFIN
(No Ahli 249)      Kedah
Menang Tanpa Bertanding

     Penyandang : Sdr. Azwan bin Ariffin.


4)  Jawatan : PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
 
Bil.
Nama Calon
Gambar
Undi Satu Sahaja
1.
PAZIDAH BINTI HAMZAH
(  No. Ahli : 325)    Kedah 
 

2.
HJ. OTHMAN BIN MD. HUSSAIN
( No. Ahli : 278)     Kelantan

3.
NEZAHWANI BINTI UTHMAN
( No. Ahli :  705)     Putrajaya


      Penyandang : Sdr. Mohd Siddek bin Jamalkan.


5)  Jawatan : BENDAHARI AGUNG
 
Bil.
Nama Calon
Gambar
Undi Satu Sahaja
1.
SAIFUL AZMAN BIN AZMI
(No Ahli 095)     Pahang
 
Menang Tanpa Bertanding

      Penyandang : Hj. Saiful Azman bin Azmi.


6)  Jawatan : PENOLONG BENDAHARI AGUNG
 
Bil.
Nama Calon
Gambar
Undi Satu Sahaja
1.
MUSTAFA KAMAL BIN MAMAT
(No Ahli 145)      Putrajaya
 
Menang Tanpa Bertanding

Penyandang : Sdr. Mustafa Kamal bin Mamat.


   Kepada semua ahli KPPM seluruh negara, sila dapatkan kertas undi daripada Setiausaha @ wakil cawangan anda. Undilah dan buat pilihan yang tepat. Undi anda adalah rahsia.

   Contoh kertas undi : Pemilihan Pegawai-Pegawai Kanan (klik di sini)

   Sila kembalikan semua kertas undi anda sebelum 05 Julai 2012 kepada Setiausaha @ perwakilan masing-masing dan bawa semasa Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan KPPM Kali Ke-VIII nanti.

   Hanya ahli KPPM daripada Sabah dan Sarawak sila poskan kertas undi anda kepada Setiausaha Agung.






KERTAS UNDI BAGI CADANGAN :

1)  USUL MENAIKKAN YURAN BULANAN - Daripada RM5.00 kepada RM10.00

2)  USUL MEMINDA PERATURAN FAEDAH TABUNG KEBAJIKAN - Ahli yang layak membuat tuntutan rasmi perpindahan jabatan adalah tidak layak menuntut faedah perpindahan Tabung Kebajikan KPPM.

   Contoh kertas undi usul 1 dan usul 2 (klik di sini)

   Kertas undi ini juga hendaklah di bawa bersama ke Persidangan Perwakilan KPPM oleh perwakilan anda.
 .

Persidangan Perwakilan Di Tunda

Sumber : Setiausaha Agung KPPM

Salam Hormat,
   Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kursus Kepimpinan Dan Kenegaraan, dan juga Persidangan Perwakilan KPPM Kali Ke-VIII yang dijadualkan pada 09-12 Julai 2012 di BTN Langkawi DITUNDA ke tarikh 16-19 Julai 2012 di BTN Kaki Bukit, Perlis.
   Ini adalah kerana tarikh awal di Langkawi itu bertembung dengan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan dan Peperiksaan KPSL yang melibatkan beberapa orang perwakilan dan pemerhati persidangan.
   Surat panggilan kursus akan dikeluarkan oleh pihak BTN nanti dan notis persidangan akan diedarkan dalam masa terdekat.
   Untuk makluman kertas undi bagi pemilihan pegawai kanan KPPM pusat sedang diedarkan. Hanya jawatan Penolong Setiausaha Agung sahaja yang dipertandingkan. Jawatan lain telah menang tanpa bertanding.
   Turut diedarkan adalah kertas undi bagi cadangan menaikan yuran bulanan daripada RM5.00 kepada RM10.00, dan kertas undi bagi cadangan pindaan faedah tabung kebajikan kelayakan tuntutan faedah pertukaran.
   Kepada ahli yang tidak mendapat kertas undi bolehlah menghubungi wakil cawangan, atau Setiausaha cawangan, atau terus menghubungi Setiausaha Agung.
Sekian.

"KPPM HAK KITA, TANGGUNGJAWAB KITA"

Azwan bin Ariffin,
Setiausaha Agung KPPM

27 June 2012

PPP Rosmawati (Shah Alam) meninggal dunia.


SHAH ALAM27 Jun - Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N32 dari PPDNKK Selangor, Rosmawati binti Zakaria (no.ahli KPPM 1489), telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 26 Jun 2012 jam 6.30 petang di Hospital Klang.
    Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada 27 Jun 2012 jam 11.00 pagi.

4 orang anak Allahyarhamah di sisi pusara ibunya.
   Allahyarhamah yang kematian suami sebelum ini meninggalkan 4 orang anak yang masih belajar.
Pengerusi KPPM Selangor menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan KPPM kepada anak sulung Allahyarhamah.
   Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
AL-FATIHAH
.

26 June 2012

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

Sumber : Laman Rasmi JPA


   Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) telah mengadakan mesyuarat pada 7 Jun 2012 dan 13 Jun 2012. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YABhg. Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi, (bekas Ketua Hakim Negara), yang telah dilantik sebagai Pengerusi suruhanjaya tersebut.

   Mesyuarat telah dihadiri oleh semua ahli suruhanjaya, iaitu YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin A. Jalil, bekas Ketua Audit Negara, YBhg. Tan Sri Hussin bin Ismail, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg. Mej. Jen. Dato’ Paduka Che Hasni bin Che Ahmad (B), bekas Panglima Latihan Tentera Darat, dan YBhg. Dato’ Omar bin Osman, Presiden CUEPACS. Sekretariat bagi SKMTPA adalah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat (BPP), JPA.

   Tujuan asas Suruhanjaya adalah untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian perkhidmatan berkesan kepada rakyat. Terma Rujukan (TOR) Suruhanjaya ini adalah:

  1. Untuk merasionalisasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan;
  2. Untuk memastikan transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan kepentingan politik dan pentadbiran;
  3. Untuk memperkasakan modal insan perkhidmatan awam untuk menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak pelanggan; dan
  4. Untuk mengutamakan kebajikan penjawat awam dengan memastikan perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan adil.

Suruhanjaya ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan daripada semua pihak ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam. Semua cadangan dan pandangan boleh dikemukakan dengan melayari http://docs.jpa.gov.my/skmtpa/.

Sekretariat Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
13 Jun 2012

25 June 2012

Tabung sumbangan untuk PPP Rosmawati (Selangor)

Sumber : KPPM Selangor

   Adalah dimaklumkan bahawa Puan Rosmawati binti Zakaria (no ahli 1489), Penolong Pegawai Penguatkuasa N32 daripada PPDNKK Selangor sedang dirawat di Hospital Klang kerana pembedahan di bahagian kepala pada 22 Jun lalu.
   Dimaklumkan keadaan beliau belum stabil dan masih kritikal. Setelah kematian suami, beliau merupakan tempat bergantung kepada 4 orang anaknya yang masih belajar. Pada masa yang sama beliau juga perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu.
   Sehubungan itu, KPPM Selangor melancarkan TABUNG SUMBANGAN bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga beliau.
Sebarang bantuan bolehlah disalurkan terus ke : 
     Akaun KPPM Negeri Selangor
     (CIMB Bank, no akaun 1205-1310166-05-2)
Segala sumbangan sila maklumkan untuk direkodkan kepada :
     1. Sdr. Azli Aripin (Bendahari KPPM Selangor)
     2. Sdr. Mohd Noor Md Rejab (Pengerusi KPPM Selangor)
.

Majlis Ramah Mesra KPPM Kelantan

Pada 29 Jun 2012, KPPM Caw. Kelantan akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli KPPM Caw. Kelantan di Pantai Sri Perkasa, Kandis Bachok. Majlis diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli dan  ahli jawatankuasa yang baru mendapat mandat bagi sesi 2012-2015.


Antara acara menarik yang disediakan adalah makan malam, BBQ ayam dan kambing golek, pertandingan cungkil bakat/karaoke serta cabutan bertuah. 


Majlis ini juga akan diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri dan Puan Timbalan Pendakwaraya PPDNKK Kelantan. Semoga majlis akan berjalan lancar. Untuk maklumat lanjut majlis, ahli bolehlah berhubung terus dengan wakil cawangan yang telah dilantik.  
MYY

20 June 2012

KSN baru : Dr Ali Hamsa

Sumber : BERNAMA
              

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.
  Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.
  Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.   
  Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
  Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.
  Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.
  "Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. -- BERNAMA

19 June 2012

Pencalonan Pemilihan Kepimpinan KPPM 2012-2015

Sumber : Setiausaha Agung KPPM

Berikut adalah jumlah pencalonan yang diterima sehingga tarikh tutup pencalonan pada 08/6/2012.


JAWATAN : PRESIDEN

BIL
NAMA CALON
CAWANGAN
JUMLAH PERCALONAN
1.
RUS BAKARURRAINI BIN SHAHFIE
SHAH ALAM
104
2.
MOHD RAZIP BIN JANTAN
N.  SEMBILAN
5
3.
AZWAN  BIN ARIFFIN
KEDAH
2
4.
HJ. OTHMAN BIN MD. HUSSAIN
KELANTAN
1


JAWATAN : NAIB PRESIDEN

BIL
NAMA CALON
CAWANGAN
JUMLAH PERCALONAN
1.
HALIJAH BINTI SANDIMAN
KELANTAN
99
2.
HJ. OTHMAN BIN MD. HUSSAIN
KELANTAN
7
3.
MOHD SIDDEK BIN JAMALKAN
SELANGOR
4
4.
MOHD AZIZI BIN KAMSARI
PAHANG
1
5.
RUSWADI BIN JAMALUDDIN
KEDAH
1


JAWATAN : SETIAUSAHA AGUNG

BIL
NAMA CALON
CAWANGAN
JUMLAH PERCALONAN
1.
AZWAN BIN ARIFFIN
KEDAH
104
2.
MOHD SIDDEK BIN JAMALKAN
SELANGOR
3
3.
NOORAIHAN BIN MOHD SIDEK
PUTRAJAYA
2
4.
FAIRUL BIN YUSUF
PUTRAJAYA
2
5.
AZROL BIN JOHAN
PAHANG
1


JAWATAN : PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG

BIL
NAMA CALON
CAWANGAN
JUMLAH PERCALONAN
1.
PAZIDAH BINTI HAMZAH
KEDAH
43
2.
MOHD SIDDEK BIN JAMALKAN
SELANGOR
27
3.
HJ. OTHMAN BIN MD. HUSSAIN
KELANTAN
26
4.
MOHD HAHIR BIN WAHAB
P. PINANG
4
5.
MOHD RAZIP BIN JANTAN
N.  SEMBILAN
3
6.
NOORAIHAN BIN MOHD SIDEK
PUTRAJAYA
3
7.
HJ. SAIFUL AZMAN BIN AZMI
PAHANG
37
8.
MOHD AZIZI BIN KAMSARI
PAHANG
1
9
NEZAHWANI BINTI UTHMAN
PUTRAJAYA
1
10.
HALIJAH BINTI SANDIMAN
KELANTAN
1
11.
MUSTAFA KAMAL BIN MAMAT
PUTRAJAYA
1


JAWATAN : BENDAHARI AGUNG

BIL
NAMA CALON
CAWANGAN
JUMLAH PERCALONAN
1.
HJ. SAIFUL AZMAN BIN AZMI
PAHANG
103
2.
RAZIP BIN JANTAN
N. SEMBILAN
5
3.
AZWAN BIN ARIFFIN
KEDAH
1
4.
MAHERAN BIN MAT ISA
KEDAH
1
5.
MASLIN BIN ABD WAHAB
KEDAH
1
6.
PAZIDAH BINTI HAMZAH
KEDAH
1


JAWATAN : PENOLONG BENDAHARI AGUNG

BIL
NAMA CALON
CAWANGAN
JUMLAH PERCALONAN
1.
MUSTAFA KAMAL BIN MAMAT
PAHANG
86
2.
MOHD FAIRUL BIN YUSUF
PUTRAJAYA
8
3.
HJ. OTHMAN BIN MD. HUSSAIN
KELANTAN
6
4.
MOHD RAZIP BIN JANTAN
N. SEMBILAN
4
5.
MOHD AZIZI BIN KAMSARI
PAHANG
3
6.
TUAN AZIZ BIN TUAN DERAMAN
PAHANG
1
7.
AZROL BIN JOHAN
PAHANG
1
8.
AHMAD KHUZAIRI BIN SALAMAT
PAHANG
1
9.
MOHD RUSWADI BIN JAMALUDDIN
KEDAH
1
10.
MOHD NOR MASRIQ BIN MOHAMED
KEDAH
1

 
Nota : Tanda HITAM adalah penyadang