28 June 2012

Persidangan Perwakilan Di Tunda

Sumber : Setiausaha Agung KPPM

Salam Hormat,
   Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kursus Kepimpinan Dan Kenegaraan, dan juga Persidangan Perwakilan KPPM Kali Ke-VIII yang dijadualkan pada 09-12 Julai 2012 di BTN Langkawi DITUNDA ke tarikh 16-19 Julai 2012 di BTN Kaki Bukit, Perlis.
   Ini adalah kerana tarikh awal di Langkawi itu bertembung dengan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan dan Peperiksaan KPSL yang melibatkan beberapa orang perwakilan dan pemerhati persidangan.
   Surat panggilan kursus akan dikeluarkan oleh pihak BTN nanti dan notis persidangan akan diedarkan dalam masa terdekat.
   Untuk makluman kertas undi bagi pemilihan pegawai kanan KPPM pusat sedang diedarkan. Hanya jawatan Penolong Setiausaha Agung sahaja yang dipertandingkan. Jawatan lain telah menang tanpa bertanding.
   Turut diedarkan adalah kertas undi bagi cadangan menaikan yuran bulanan daripada RM5.00 kepada RM10.00, dan kertas undi bagi cadangan pindaan faedah tabung kebajikan kelayakan tuntutan faedah pertukaran.
   Kepada ahli yang tidak mendapat kertas undi bolehlah menghubungi wakil cawangan, atau Setiausaha cawangan, atau terus menghubungi Setiausaha Agung.
Sekian.

"KPPM HAK KITA, TANGGUNGJAWAB KITA"

Azwan bin Ariffin,
Setiausaha Agung KPPM

No comments:

Post a Comment