21 May 2012

Seminar Kepenggunaan Penjawat Awam

PUTRAJAYA, 21 Mei - Bahagian Gerakan Kepenggunaan telah mengadakan Seminar Kepenggunaan Penjawat Awam yang diadakan di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya, bagi mengupas isu-isu kepenggunaan yang melibatkan penjawat awam.
   Seminar ini adalah sempena sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 oleh KPDNKK bermula daripada 05 Mei hingga 3 Jun ini.
   Ia mempunyai 2 segmen iaitu pembentangan kajian kes "Pinjaman Wang" dan forum kepenggunaan bertajuk "Pengguna Berilmu Tidak Ditipu".

Sesi 1 : Pembentangan "Isu Peminjam Wang Yang Tidak Terkawal"

Penceramah : En. Shamsudin Mohamad Fauzi,
Presiden Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP KL)


Sesi 2 : Forum "Pengguna Berilmu Tidak Ditipu"

Forum ini mengupas isu-isu berkaitan penipuan Along, isu rumah terbengkalai, kesedaran pengguna mengenai isu kewangan dan perbankkan, muflis, penipuan internet, serta banyak isu semasa yang melibatkan penjawat awam.
Moderator : En. Sayed Munawar Sayed Mustar (RTM)

Ahli Panel :

   1.  En. Azih Muda,
        Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

   2.  Dato' Nadzim Johan,
        Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

   3.  En. Yusof Abdul Rahman,
        Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

   4.  Prof. Dr. Jariah Masud,
        Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA).

No comments:

Post a Comment