08 May 2012

Melawat PmP Isa Ahmad di HKL


KUALA LUMPUR, 08 Mei - Ahli KPPM no 1480, Isa Ahmad bin Ali Mohamad (46 tahun), Pembantu Penguatkuasa N17 dari PPDNKK cawangan Gombak telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada 05 Mei dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 06 Mei kerana serangan angin ahmar (lumpuh separuh badan).

Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei bersama PmP Mohd Nazri bin Mohd Rashid daripada PPDNKK Gombak datang melawat PmP Isa Ahmad bin Ali Mohamad yang terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur.

   Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Neurosurgical (bahagian kaji saraf), Aras 1 Wad 4A Hospital Kuala Lumpur.
   Sebelum beliau diserang angin ahmar pada 05 Mei lalu, beliau telah menjalani hemodialisis selama 12 tahun.
   KPPM mendoakan agar beliau cepat sembuh dan boleh bertugas seperti biasa.

No comments:

Post a Comment