28 October 2013

Mesyuarat AMJKA Bil. 4/2012-2015

IPOH, 27 Okt - Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah mengadakan mesyuarat bilangan 4/2012-2015 di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Perak, di Wisma Persekutuan Ipoh.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, dan dihadiri oleh semua AMJKA kecuali Naib Presiden KPPM, Pengerusi KPPM Selangor, Pengerusi KPPM Pahang, Pengerusi KPPM Terengganu, Pengerusi KPPM Kelantan, Pengerusi KPPM Pulau Pinang dan Pengerusi KPPM Negeri Sembilan. Putrajaya diwakili oleh Naib Pengerusinya.


Antara perkara yang dibincangkan adalah :
1. Perbincangan isu yang akan dibangkitkan pada Perjumpaan AMJKA dengan YB Menteri pada bulan November ini.
2. Perbincangan usul-usul yang akan dibawa oleh perwakilan KPPM dalam Konvensyen Tritahunan CUEPACS Ke-26 pada 17-19 Disember.
3. Perbincangan isu-isu tugas penguatkuasaan, isu kebajikan anggota, perbincangan Sukan KPPM dan lain-lain lagi.

.

No comments:

Post a Comment