10 March 2013

KUNJUNGAN HORMAT KPPM KELANTAN



KOTA BHARU 07 Mac - KPPM Cawangan Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Pengarah PPDNKK Negeri Kelantan yang baru iaitu Tuan Sharuddin Bin Jali. Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi KPPM Kelantan iaitu Saudara Abd. Razak bersama AJK KPPM Cawangan.




Kunjungan hormat ini adalah bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan negeri dan juga menjalinkan hubungan mesra antara pihak pengurusan dan KPPM. Dalam pertemuan ini juga beberapa perkara telah disuarakan bagi meningkatkan lagi kerjasama dan kebajikan para ahli.






Semoga kunjungan hormat ini menjadi platform dalam mewujudkan satu jalinan kerjasama yang baik antara pihak pengurusan dan pihak KPPM.

MYY

No comments:

Post a Comment