26 December 2012

Pejabat Kubang Pasu Diancam


KUBANG PASU, 23 Dis - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Kubang Pasu telah menerima ancaman dengan kesan tembakan pada tingkap cermin di bahagian pantry tingkat 1 pejabat tersebut.
  Tarikh kejadian tidak dapat dipastikan kerana hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti rehat bagi negeri Kedah.


Kejadian disedari apabila pada pagi Ahad 23 Disember oleh seorang pembersih pejabat yang datang awal pagi, dan kemudiannya memaklumkan kepada Ketua Cawangan.


  Satu Laporan Polis telah dibuat pada hari yang sama, dan sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu telah datang untuk membuat siasatan dan telah mengesahkan bahawa kesan lubang pada tingkap di bahagian pantry PPDNKK Kubang Pasu adalah kesan tembakan yang dipercayai daripada pistol angin.
  Kejadian mungkin disebabkan oleh sendikit yang tidak berpuashati dengan tindakan yang telah diambil ke atas mereka baru-baru ini.
.

No comments:

Post a Comment