26 September 2012

Program Ziarah Waris KPPM Perak

Sumber : Abdul Rahim bin Nasri
                Mantan Pengerusi KPPM Perak.


  Satu majlis penyerahan sumbangan kepada balu Allahyarham A.Razak bin Shaari, mantan Ketua Cawangan PPDNKK Kuala Kangsar telah dapat disempurnakan pada hari Isnin, 6 Ogos 2012 jam 11.30 pagi di rumahnya di Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak.


  Bersempena dengan ulangtahun Bahagian Penguatkuasa KPDNKK yang ke-40, majlis ini diadakan sebagai mengenang jasa-jasa Allahyarham dan keperihatinan warga KPDNKK kepada waris bekas warga KPDNKK yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.


  Penyerahan sumbangan berupa barang-barang keperluan telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Khalis bin Kasim yang mewakili Tuan Pengarah Penguatkuasa.


  Sumbangan-sumbangan adalah dari Bahagian Penguatkuasa, PPDNKK Perak, PPDNKK Kuala Kangsar dan KPPM Perak.


  Sumbangan duit raya untuk anak Allahyarham turut diberikan oleh Tuan Presiden KPPM.


  Turut hadir di majlis tersebut ialah Puan Azizah binti Yan yang mewakili Tuan Timbalan Pengarah PPDNKK Perak, Ketua Cawangan PPDNKK Kuala Kangsar, Ketua Cawangan PPDNKK Parit Buntar dan pegawai-pegawai lain daripada cawangan-cawangan sekitar Perak, serta wakil KPPM Perak.
.

No comments:

Post a Comment