15 August 2012

Melawat PmP Razali di Hospital Sg Buloh

Hasil Tabung Kutipan sumbangan daripada warga KPDNKK seluruh negara telah diserahkan oleh Tuan Pengarah PPDNKK WPKL.

SUNGAI BULOH, 15 Ogos - Satu program melawat ahli KPPM yang ditimpa kemalangan jalan raya iaitu En. Mohd Razali bin Ali, Pembantu Penguatkuasa N17 daripada PPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah diadakan di Hospital Sg Buloh hari ini. 
   Lawatan ini dihadiri oleh Pengarah PPDNKK WPKL, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri WPKL, Presiden KPPM Malaysia, Pengerusi KPPM WPKL, AJK dan ahli KPPM WPKL, serta kakitangan di PPDNKK WPKL.

PmP Razali masih dirawat di Wad 5D Ortopedik 2, Hospital Sg Buloh.

   PmP Razali telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 01 Ogos 2012 di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada jam 11.00 malam yang melibatkan beliau, isteri serta 3 orang anak beliau, dan kesemuanya dimasukkan ke Hospital Sg Buloh.
   Sehingga pada program lawatan ini, kesemuanya telah beransur pulih. walau bagaimana pun PmP Razali, isterinya dan anak bongsu beliau masih menerima rawatan. Manakala anak sulong dan anak ke-2 telah dibenarkan pulang.

Antara ahli KPPM dan warga kerja PPDNKK WPKL yang hadir melawat PmP Razali hari ini.

   Atas keperihatinan ahli KPPM WPKL, pegawai dan kakitangan PPDNKK WPKL telah melancarkan Tabung Kutipan bagi membantu PmP Razali, ke seluruh pejabat KPDNKK seluruh negara.
   Hasilnya Tabung Kutipan telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM6,602.00 sejak ia dilancarkan. Pada program ini, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada PmP Razali oleh Tuan Pengarah PPDNKK WPKL.

Melawat isteri PmP Razali di Wad 7B Neurosurgeri 1, Hospital Sg Buloh.

Melawat anak bongsu PmP Razali di Wad 8C Pediatrik, Hospital Sg Buloh.

Menerima penerangan daripada salah seorang doktor yang merawat keluarga PmP Razali iaitu Dr Mah Jon Kooi.
Lain-lain gambar sila klik di sini.
.

No comments:

Post a Comment