KOTA BHARU, 8 Julai 2012 - Buat julung-julung kalinya KPPM Kelantan telah menganjurkan satu kelas bimbingan kepada ahli-ahli yang bakal menghadapi Peperiksaan KPSL yang akan berlangsung pada 10-11 Julai 2012 diseluruh negara. Inisiatif ini diambil bagi membantu para ahli bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Saudara Sulaiman sedang memberikan taklimat |
Saudara Abdul Razak meluangkan masa walaupun dalam cuti menimang cahaya mata |
Antara tenaga pengajar yang turut mencurah ilmu adalah pengerusi KPPM Kelantan sendiri iaitu saudara Abdul Razak Yahaya dan Tim. Pengerusi Saudara Sulaiman Derahim. Objektif utama penganjuran kelas bimbingan ini adalah kerana untuk membantu calon menjawab menggunakan teknik yang betul dalam menjawab soalan selain terdapat banyak pindaan dalam akta-akta yang dikuatkuasakan sekarang ini.
Antara peserta yang mengikuti kelas bimbingan |
Semoga inisiatif KPPM Kelantan dalam menganjurkan kelas bimbingan ini memberi manfaat dalam membantu ahli menjawab soalan nanti. Semoga berjaya kepada semua.
MYY
Banyak ilmu yang dicurahkan oleh Pengerusi |
No comments:
Post a Comment