KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, MALAYSIA (No Pendaftaran : 808)
My Blog List
24 March 2014
Mesyuarat AMJKA KPPM Bil.6
PUTRAJAYA, 24 Mac - Mesyuarat AMJKA KPPM Bil. 6/2012-2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Belian, Aras 3, Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya.
Perkara-perkara yang dibincangkan:
- Sukan KPPM
04 March 2014
PmP Isa Ahmad (Gombak) meninggal dunia
KAJANG, 03 Mac - Ahli KPPM no 1480, En Isa Ahmad bin Ali Mohamad, Pembantu Penguatkuasa N22 (KUP) dari KPDNKK cawangan Gombak telah meninggal dunia pada 03 Mac jam 8.20 malam di Hospital Serdang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.
Jenazah di bawa pulang ke rumahnya di Kajang sebelum dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Cheras Jaya pada 04 Mac.
Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras.
Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfie telah menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan KPPM kepada isteri Allahyarham.
KPPM mengucapkan takziah kepada isteri serta seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
.
Menteri lancar Ops Tanda Harga
PUTRAJAYA, 03 Mac - YB Dato' Sri Hasan bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah melancarkan Ops Tanda Harga di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.
Hadir sama YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Pengarah-Pengarah Bahagian termasuk Pengarah Penguatkuasa dan Ketua-Ketua Agensi.
Anggota Penguatkuasa daripada Bahagian Enforcement Putrajaya, KPDNKK Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah hadir. |
Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfie bersama YB Menteri. Banyak perkara yang diperkatakan oleh YB Menteri dalam ucapannya mengenai Kesatuan dan juga anggota Penguatkuasa. |
Selepas melancarkan Ops Tanda Harga, YB Menteri menyertai operasi bersama Penguatkuasa KPDNKK di Presint 9 Putrajaya. |
03 March 2014
Melawat Syed Hamid (Raub) di hospital
TEMERLOH, 03 Mac - Tn Syed Hamid bin Syed Ahmad (Ahli KPPM no 0119) dari KPDNKK Cawangan Raub telah dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana strok dan pendarahan di kepala.
Presiden KPPM, Naib Presiden, Penolong Bendahari Agong dan beberapa orang ahli KPPM Pahang telah melawat beliau di hospital.
KPPM mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.
.
02 March 2014
Presiden melawat Ahmad Sabri di hospital
ALOR SETAR, 25 Feb - Presiden KPPM, Sdr Rus Bakaruraini bin Shahfie telah melawat Timbalan Ketua Cawangan KPDNKK Teluk Intan, En Ahmad Sabri bin Mohd Suri (Ahli KPPM no 0167) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Beliau disyaki mengidap penyakit hati iaitu jangkitan kuman pada hati.
Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 012-5639049.
KPPM mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)