KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, MALAYSIA (No Pendaftaran : 808)
My Blog List
30 July 2013
KPPM hadiri Majlis Berbuka Puasa Kementerian
PUTRAJAYA, 29 Julai - Badan Kebajikan dan Sukan KPDNKK (BKSK) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Dato' Hasan Malek di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya.
Hadir sama pada majlis itu ialah YB Timbalan Menteri, KSU, TKSU, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Agensi, tetamu kehormat, para wartawan, anak-anak yatim dan warga KPDNKK.
Anak-anak yatim telah diraikan dengan diberi persalinan baju raya serta duit raya oleh YB Menteri.
KPPM diwakili oleh Tuan Presiden, Puan Timbalan Presiden, Pengerusi dan ahli-ahli KPPM daripada Putrajaya, Selangor dan WPKL.
.
23 July 2013
BPGK anjur Iftar Ramadhan 1434H
PUTRAJAYA, 23 Julai - Bahagian Penguatkuasa (BPGK) Putrajaya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Ramadhan) bagi tahun Hijrah 1434 di Surau Kementerian di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Johari Abdul Wahab.
Majlis berbuka puasa, solat Maghrib berjamaah dan jamuan makan malam.
Majlis ini dihadiri oleh Tuan Pengarah Penguatkuasa, Timbalan-Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Pegawai-Pegawai Kanan BPGK, warga BPGK dan sebahagian pegawai daripada cawangan.
Seterusnya majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjamaah.
.
Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Johari Abdul Wahab.
Majlis berbuka puasa, solat Maghrib berjamaah dan jamuan makan malam.
Majlis ini dihadiri oleh Tuan Pengarah Penguatkuasa, Timbalan-Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Pegawai-Pegawai Kanan BPGK, warga BPGK dan sebahagian pegawai daripada cawangan.
Seterusnya majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjamaah.
.
18 July 2013
PmP Alias Abu Bakar (Kuantan) meninggal dunia
KUANTAN, 17 Julai - Encik Alias bin Abu Bakar (Pembantu Penguatkuasa N22) ahli KPPM no.177 dari PPDNKK Negeri Pahang telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan jam 1.00 tengahari.
Allahyarham telah dikejarkan ke hospital kerana diserang strok dan mengalami pendarahan beku di kepala.
KPPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
Allahyarham telah dikejarkan ke hospital kerana diserang strok dan mengalami pendarahan beku di kepala.
KPPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
03 July 2013
Pergerakan Pegawai Bil. 7/2013
Berikut adalah maklumat pergerakan pegawai Penguatkuasa dari Mei hingga Jun 2013 yang diemailkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 02/07/2013 :
# Kepada semua Setiausaha KPPM cawangan, sila ambil perhatian.
.
|
BIL
|
NAMA
|
DARI
|
KE
|
TARIKH
|
|
1
|
ALWI BIN ABDUL HAMID
( PP N48 )
|
BPGK
|
TERENGGANU
|
18.6.2013
|
|
2
|
AB GHANI BIN HARUN
( PP N48 )
|
TERENGGANU
|
KELANTAN
|
18.6.2013
|
|
3
|
JAMALUDDIN BIN
OTHMAN
( PP N48 M )
|
KEDAH
|
BERSARA WAJIB
|
3.6.2013
|
|
4
|
ROHAYA BINTI RAZALI
( PPP N36 )
|
SELANGOR (SECARA PENTADBIRAN DI UNIT ISO)
|
BERSARA PILIHAN
|
2.5.2013
|
|
5
|
JAMIAH BINTI SAIAN
( PPP N36 )
|
WPKL (SECARA PENTADBIRAN DI UNIT ISO)
|
BERSARA PILIHAN
|
2.5.2013
|
|
6
|
AZIZAN BIN ISMAIL
( PPP N32 KUP )
|
KOTA TINGGI
|
BERSARA PILIHAN
|
1.5.2013
|
|
7
|
AHMAD FU'AD BIN MOHD
ALI
( PPP N27 )
|
TERENGGANU
|
WPKL
|
2.5.2013
|
|
8
|
FIZDRUL BIN MUKHTAR
( PPP N27 )
|
WPKL
|
MERSING
|
2.5.2013
|
|
9
|
CHE HASRULNIZAM BIN
CHE HASAN
( PPP N27 )
|
MERSING
|
TAPAH
|
2.5.2013
|
|
10
|
ABD HAMID BIN MAD ISA
( PPP N27 )
|
KULIM
|
BERSARA WAJIB
|
24.6.2013
|
# Kepada semua Setiausaha KPPM cawangan, sila ambil perhatian.
.
26 June 2013
YB Menteri di Perhimpunan Bulanan Jun
PUTRAJAYA, 26 Jun - YB Dato' Hasan bin Malek, Menteri PDNKK telah hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNKK bagi bulan Jun 2013. Beliau telah memberikan amanat pertamanya setelah dilantik sebagai Menteri di kementerian ini pada Mei lalu.
Hadir sama buat kali pertama ialah YB Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Timbalan Menteri PDNKK.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' KSU, pegawai-pegawai kanan, wakil-wakil negeri, juga wakil-wakil agensi kementerian dan kakitangan KPDNKK Putrajaya.
.
16 June 2013
Mesyuarat AMJKA Bil.5
IPOH, 16 Jun - Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) bilangan 5/2012-2015 telah diadakan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Perak di Ipoh.
Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei telah mempengerusikan mesyuarat.
Semua AMJKA hadir, kecuali Timbalan Presiden, Pengerusi KPPM Johor, N.Sembilan, Selangor, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
.
14 June 2013
YB Menteri melawat Presiden di HKL
KUALA LUMPUR, 23 Mei - Menteri PDNKK, YB Dato' Hasan bin Malek telah melawat Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei di Wad Urologi, Hospital Kuala Lumpur.
Presiden KPPM telah dimasukkan ke HKL pada 20 Mei lalu kerana sakit batu karang di buah pinggang.
Pembedahan telah selamat dijalankan pada 29 Mei dan keadaan beliau beransur pulih.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)












