Showing posts with label Mesyuarat AMJKA. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat AMJKA. Show all posts

24 March 2014

Mesyuarat AMJKA KPPM Bil.6


PUTRAJAYA, 24 Mac - Mesyuarat AMJKA KPPM Bil. 6/2012-2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Belian, Aras 3, Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya.


Perkara-perkara yang dibincangkan:
- Sukan KPPM

06 January 2014

Mesyuarat AMJKA bil.7


PUTRAJAYA, 03 Jan - Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM KPDNKK) telah diadakan di Bilik Berlian Aras 3, KPDNKK Putrajaya.


  Mesyuarat di pengerusikan oleh Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei, Presiden KPPM.


  Semua AMJKA hadir kecuali Pengerusi KPPM Johor dan Pengerusi KPPM Melaka kerana bercuti.

.

28 October 2013

Mesyuarat AMJKA Bil. 4/2012-2015

IPOH, 27 Okt - Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah mengadakan mesyuarat bilangan 4/2012-2015 di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Perak, di Wisma Persekutuan Ipoh.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, dan dihadiri oleh semua AMJKA kecuali Naib Presiden KPPM, Pengerusi KPPM Selangor, Pengerusi KPPM Pahang, Pengerusi KPPM Terengganu, Pengerusi KPPM Kelantan, Pengerusi KPPM Pulau Pinang dan Pengerusi KPPM Negeri Sembilan. Putrajaya diwakili oleh Naib Pengerusinya.


Antara perkara yang dibincangkan adalah :
1. Perbincangan isu yang akan dibangkitkan pada Perjumpaan AMJKA dengan YB Menteri pada bulan November ini.
2. Perbincangan usul-usul yang akan dibawa oleh perwakilan KPPM dalam Konvensyen Tritahunan CUEPACS Ke-26 pada 17-19 Disember.
3. Perbincangan isu-isu tugas penguatkuasaan, isu kebajikan anggota, perbincangan Sukan KPPM dan lain-lain lagi.

.

16 June 2013

Mesyuarat AMJKA Bil.5


IPOH, 16 Jun - Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) bilangan 5/2012-2015 telah diadakan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Perak di Ipoh.


  Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei telah mempengerusikan mesyuarat.


  Semua AMJKA hadir, kecuali Timbalan Presiden, Pengerusi KPPM Johor, N.Sembilan, Selangor, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan. 

.

27 November 2012

Mesyuarat Khas AMJKA KPPM Bil.1/2012-15


PUTRAJAYA, 27 Nov - Satu Mesyuarat Khas Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 3 Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putarajaya.
  Mesyuarat khas ini dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Sahfei, dan dihadiri oleh 16 orang ahli majlis.


  Antara perkara yang dibincangkan ialah isu-isu yang akan dibawa untuk perjumpaan AMJKA dengan YBhg Dato' Ketua Setiausaha KPDNKK yang dijadualkan pada 28 November nanti.
  Selain itu, isu Majlis Bersama Jabatan (MBJ), isu pertukaran pegawai-pegawai Penguatkuasa dan majalah 'Wacana' juga turut dibincangkan.
  KPPM Putrajaya telah dipilih selaku tuan rumah bagi Karnival Sukan KPPM 2012 akan berlangsung pada 21-23 Jun 2013. Enam acara yang akan dipertandingkan ialah bolasepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, pingpong dan tarik tali.
.

07 October 2012

Mesyuarat AMJKA Bil. 2 / 2012-15


KUALA LUMPUR, 07 Okt -  Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) KPPM bil. 2 / 2012-15 telah diadakan di Rumah Kesatuan KPPM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
  Semua ahli mesyuarat hadir kecuali Pengerusi Kelantan & Pengerusi Perlis. Putrajaya diwakili oleh Setiausahanya.


1.  Ucapan Presiden :
       -  Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Awam. 
       -  Isu bonus (Bajet 2013).
       -  Blue Ocean Strategy.

2.  Permohonan keahlian baru :
        2 keahlian baru, borang diterima dan diluluskan.
2.  Permohonan tabung kebajikan :
        21 faedah pertukaran dan 9 tabung musibah, borang diterima dan diluluskan.
3.  Sukan KPPM 2013 :
        Cadangan tuan rumah - Putrajaya.

3.  Perbincangan :
        a)  Isu pertukaran.
        b)  Isu buang kerja.
        c)  Isu disiplin pegawai.
        d)  Isu pengstrukturan.
        e)  Isu diskripsi tugas.
        f)  Isu minta sistem kerja diubah.
        f)  Koperasi KPPM.
        g) Wakil MBJ daripada KPPM.
.

15 February 2012

Mesyuarat Khas AMJKA Bil.4


KUALA LUMPUR, 15 Feb - Mesyuarat Khas Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Bil.4/2010-12 telah diadakan pada hari ini jam 8.30 malam di Rumah Kesatuan KPPM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
   Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Encik Rus Bakarurraini bin Shahfei. Semua ahli AMJKA telah hadir kecuali Naib Setiausaha Agung, Pengerusi KPPM Johor dan Putrajaya.


   Mesyuarat khas ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang akan dibawa bagi majlis kunjungan hormat ke pejabat KSU esok.

Lain-lain gambar sila klik di sini.