Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

30 July 2013

KPPM hadiri Majlis Berbuka Puasa Kementerian


PUTRAJAYA, 29 Julai - Badan Kebajikan dan Sukan KPDNKK (BKSK) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Dato' Hasan Malek di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya.


  Hadir sama pada majlis itu ialah YB Timbalan Menteri, KSU, TKSU, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Agensi, tetamu kehormat, para wartawan, anak-anak yatim dan warga KPDNKK.


  Anak-anak yatim telah diraikan dengan diberi persalinan baju raya serta duit raya oleh YB Menteri.


  KPPM diwakili oleh Tuan Presiden, Puan Timbalan Presiden, Pengerusi dan ahli-ahli KPPM daripada Putrajaya, Selangor dan WPKL.

.

23 July 2013

BPGK anjur Iftar Ramadhan 1434H

PUTRAJAYA, 23 Julai - Bahagian Penguatkuasa (BPGK) Putrajaya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Ramadhan) bagi tahun Hijrah 1434 di Surau Kementerian di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya.


  Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Johari Abdul Wahab.


  Majlis berbuka puasa, solat Maghrib berjamaah dan jamuan makan malam.


  Majlis ini dihadiri oleh Tuan Pengarah Penguatkuasa, Timbalan-Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Pegawai-Pegawai Kanan BPGK, warga BPGK dan sebahagian pegawai daripada cawangan.


  Seterusnya majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjamaah.

.

18 April 2012

40th BPGK : Majlis Tahlil


PUTRAJAYA, 16 April - Majlis tahlil sempena Hari Penguatkuasa ke-40 telah diadakan di Surau Aras 1 KPDNKK Putrajaya.

Sembahyang berjamaah.


Jamaah wanita.


Ceramah agama oleh imam Masjid Putra, Putrajaya.


Penyerahan bantuan kepada Rumah Anak Yatim Miskin Tmn Baiduri, Dengkil disampaikan oleh Tuan Pengarah Penguatkuasa. Kutipan tabung berjumlah RM1,500.


Jamuan.


 
Lain-lain gambar, sila klik di sini
.