Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

03 March 2014

Melawat Syed Hamid (Raub) di hospital


TEMERLOH, 03 Mac - Tn Syed Hamid bin Syed Ahmad (Ahli KPPM no 0119) dari KPDNKK Cawangan Raub telah dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana strok dan pendarahan di kepala.
  Presiden KPPM, Naib Presiden, Penolong Bendahari Agong dan beberapa orang ahli KPPM Pahang telah melawat beliau di hospital.


  KPPM mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.
.

02 March 2014

Presiden melawat Ahmad Sabri di hospital


ALOR SETAR, 25 Feb - Presiden KPPM, Sdr Rus Bakaruraini bin Shahfie telah melawat Timbalan Ketua Cawangan KPDNKK Teluk Intan, En Ahmad Sabri bin Mohd Suri (Ahli KPPM no 0167) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
  Beliau disyaki mengidap penyakit hati iaitu jangkitan kuman pada hati.
  Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 012-5639049.
  KPPM mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.
.

06 November 2013

Melawat PPP Shahril Fitri (Seremban)

Sumber : KPPM Negeri Sembilan


SEREMBAN, 06 Okt - Pegawai dari PPDNKK cawangan Port Dickson yang diketuai oleh Pengerusi KPPM Negeri Sembilan telah melawat PPP Shahril Fitri di rumahnya di Seremban.
  Beliau disyaki mengidap kanser di bahagian perut. Isteri beliau PPP Zuraida yang bertugas di PPDNKK cawangan Port Dickson telah mengambil cuti separuh gaji bagi menjaga beliau yang sedang sakit.
  Hadir sama dalam lawatan ini ialah Ketua Cawangan PPDNKK Port Dickson, PP Yusof bin Bakar.
.

01 October 2013

Pengarah Penguatkuasa masuk hospital


PUTRAJAYA, 01 Okt - Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana sakit perut awal pagi ini.

14 June 2013

YB Menteri melawat Presiden di HKL


KUALA LUMPUR, 23 Mei - Menteri PDNKK, YB Dato' Hasan bin Malek telah melawat Presiden KPPM, Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei di Wad Urologi, Hospital Kuala Lumpur.


  Presiden KPPM telah dimasukkan ke HKL pada 20 Mei lalu kerana sakit batu karang di buah pinggang.






Pembedahan telah selamat dijalankan pada 29 Mei dan keadaan beliau beransur pulih.
.

14 February 2013

Presiden KPPM dimasukkan ke hospital


KLANG, 14 Feb - Presiden KPPM KPDNKK, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, telah dimasukkan ke Wad 8C, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada awal pagi tadi akibat sakit dada.


YBhg Dato' Basaruddin bin Sadali, Timb Ketua Setiausaha KPDNKK (Kepenggunaan & Pengurusan), En Ahmad Dahuri bin Mahmud, Timb Pengarah Penguatkuasa (Pengurusan), En Othman bin Nawang, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor, Tn Hj Othman bin Ahmad dan Tn Hj Amran bin Daud, melawat Presiden KPPM di HTAR Klang.
  Beliau kini berada dalam keadaan stabil. Menurut doktor yang merawat beliau, ujian darah tiada implikasi jantung dikesan dan kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit sebenar beliau.


Tn Hj Mohd Khalis bin Kasim, Tn Hj Mohd Rabani bin Hj Soyan dan En Abdul Razak bin Kamarudin, datang melawat Presiden KPPM di hospital.
  Semoga beliau segera sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.
.

25 June 2012

Tabung sumbangan untuk PPP Rosmawati (Selangor)

Sumber : KPPM Selangor

   Adalah dimaklumkan bahawa Puan Rosmawati binti Zakaria (no ahli 1489), Penolong Pegawai Penguatkuasa N32 daripada PPDNKK Selangor sedang dirawat di Hospital Klang kerana pembedahan di bahagian kepala pada 22 Jun lalu.
   Dimaklumkan keadaan beliau belum stabil dan masih kritikal. Setelah kematian suami, beliau merupakan tempat bergantung kepada 4 orang anaknya yang masih belajar. Pada masa yang sama beliau juga perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu.
   Sehubungan itu, KPPM Selangor melancarkan TABUNG SUMBANGAN bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga beliau.
Sebarang bantuan bolehlah disalurkan terus ke : 
     Akaun KPPM Negeri Selangor
     (CIMB Bank, no akaun 1205-1310166-05-2)
Segala sumbangan sila maklumkan untuk direkodkan kepada :
     1. Sdr. Azli Aripin (Bendahari KPPM Selangor)
     2. Sdr. Mohd Noor Md Rejab (Pengerusi KPPM Selangor)
.

08 May 2012

Melawat PmP Isa Ahmad di HKL


KUALA LUMPUR, 08 Mei - Ahli KPPM no 1480, Isa Ahmad bin Ali Mohamad (46 tahun), Pembantu Penguatkuasa N17 dari PPDNKK cawangan Gombak telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada 05 Mei dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 06 Mei kerana serangan angin ahmar (lumpuh separuh badan).

Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei bersama PmP Mohd Nazri bin Mohd Rashid daripada PPDNKK Gombak datang melawat PmP Isa Ahmad bin Ali Mohamad yang terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur.

   Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Neurosurgical (bahagian kaji saraf), Aras 1 Wad 4A Hospital Kuala Lumpur.
   Sebelum beliau diserang angin ahmar pada 05 Mei lalu, beliau telah menjalani hemodialisis selama 12 tahun.
   KPPM mendoakan agar beliau cepat sembuh dan boleh bertugas seperti biasa.

24 April 2012

Melawat sahabat di Hospital Taiping


TAIPING, 22 April - Bekas ahli KPPM yang kini bertugas di Metrologi Corporation cawangan Taiping iaitu En Ishak bin Ahmad Majidi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung, Wad A2 Hospital Taiping kerana komplikasi jantung.
   Beliau telah dimasukkan ke hospital pada 10 April lalu dalam keadaan koma.


   Tuan Hj Khalis bin Kasim, Tuan Hj Rosli bin Ahmad (KPPN Perak) dan Encik Abdul Halim bin Pakri, bersama-sama anggota penguatkuasa telah datang melawat En Ishak dan telah menemui isteri serta anak lelaki beliau di Hospital Taiping.
   Salah seorang anak En Ishak iaitu PPP Ahmad Rushdi bin Ishak kini bertugas di PPDNKK cawangan Baling.