10 March 2013

KUNJUNGAN HORMAT KPPM KELANTAN



KOTA BHARU 07 Mac - KPPM Cawangan Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Pengarah PPDNKK Negeri Kelantan yang baru iaitu Tuan Sharuddin Bin Jali. Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi KPPM Kelantan iaitu Saudara Abd. Razak bersama AJK KPPM Cawangan.




Kunjungan hormat ini adalah bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan negeri dan juga menjalinkan hubungan mesra antara pihak pengurusan dan KPPM. Dalam pertemuan ini juga beberapa perkara telah disuarakan bagi meningkatkan lagi kerjasama dan kebajikan para ahli.






Semoga kunjungan hormat ini menjadi platform dalam mewujudkan satu jalinan kerjasama yang baik antara pihak pengurusan dan pihak KPPM.

MYY

15 February 2013

Kajian Kepuasan Bekerja Warga KPDNKK Tahun 2012

Salam Hormat.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPDNKK melalui emailnya pada 27 Dis 2012 telah menjemput semua warga KPDNKK untuk menjayakan Kajian Kepuasan Bekerja Tahun 2012.

Sila layari melalui capaian berikut :
http://www2.kpdnkk.gov.my/soalselidik/borang/borang.php

Namun sehingga 08 Feb 2013, penyertaan pegawai dan anggota dari Skim Perkhidmatan Pegawai Penguatkuasa, Penolong Pegawai Penguatkuasa dan Pembantu Penguatkuasa masih berada di tahap yang sederhana.

Dengan ini, KPPM MENYERU semua ahli agar dapat memberikan kerjasama untuk meluangkan masa mengisi borang soal selidik tersebut selari dengan matlamat perjuangan KPPM. Apa yang kita bangkitkan sebenarnya boleh dizahirkan melalui kajian tersebut.

Salam Perjuangan.


Email berkaitan dirujuk :
.

14 February 2013

Presiden KPPM dimasukkan ke hospital


KLANG, 14 Feb - Presiden KPPM KPDNKK, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, telah dimasukkan ke Wad 8C, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada awal pagi tadi akibat sakit dada.


YBhg Dato' Basaruddin bin Sadali, Timb Ketua Setiausaha KPDNKK (Kepenggunaan & Pengurusan), En Ahmad Dahuri bin Mahmud, Timb Pengarah Penguatkuasa (Pengurusan), En Othman bin Nawang, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor, Tn Hj Othman bin Ahmad dan Tn Hj Amran bin Daud, melawat Presiden KPPM di HTAR Klang.
  Beliau kini berada dalam keadaan stabil. Menurut doktor yang merawat beliau, ujian darah tiada implikasi jantung dikesan dan kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit sebenar beliau.


Tn Hj Mohd Khalis bin Kasim, Tn Hj Mohd Rabani bin Hj Soyan dan En Abdul Razak bin Kamarudin, datang melawat Presiden KPPM di hospital.
  Semoga beliau segera sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.
.

04 February 2013

CUEPACS : Bengkel Penyelidikan & Pembangunan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Ahli Kongres Cuepacs daripada KPPM KPDNKK iaitu Presiden KPPM dan Setiausaha Agung KPPM telah hadir pada Bengkel Penyelidikan dan Pembangunan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penjawat Awam anjuran Cuepacs daripada 29-31 Januari di KL International Hotel, Kuala Lumpur.
   Ia dihadiri oleh semua ahli kongres Cuepacs daripada kesatuan-kesatuan pekerja sektor awam di seluruh negara.
   Sebelum sesi bengkel dijalankan, Ketua Pengarah MAMPU, Dato' Mohamad Zabidi Zainal telah memberi penerangan berhubung 'One Malaysia One Call Centre' (1MOCC) atau Pusat Panggilan 1Malaysia. Sesi ini adalah untuk memberi penerangan dasar pelaksanaan 1MOCC dimana ia akan memudahkan orang ramai membuat panggilan dengan hanya satu nombor iaitu 03-8000 8000.

 
   Satu majlis makan malam Cuepacs bersama media telah diadakan pada malam 29 Januari. Ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua media cetak dan media elektronik yang telah memberi kerjasama dengan Cuepacs bagi menyampaikan berita kepada seluruh penjawat awam di Malaysia.
 
.

19 January 2013

Ahli Pihak Pekerja MBJ 2013-2014

Perlantikan Ahli Pihak Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KPDNKK bagi sesi 2013-2014 :

BIL.
NAMA
WAKIL SKIM
TEMPAT BERTUGAS
1
Encik Hairuddin Bin Maslan     Pegawai Tadbir dan Diplomatik BPDK
2
Encik Azman Bin Adam Pegawai Penguatkuasa BPGK
3
Encik Basharuddin Bin Mahyuddin                Pegawai Penguatkuasa   PPDNKK Negeri Selangor
4
Puan Nurul Hasfatina Binti Hasnan       Pegawai Teknologi Maklumat   BPM
5
Encik Rus Bakarurraini Bin Shahfie   Kesatuan Pegawai-Pegawai PGK (KPPM) PPDNKK Negeri Selangor
6
Puan Halijah Binti Sandiman Kesatuan Pegawai-Pegawai PGK (KPPM) BPGK
7
Encik Azwan Bin Ariffin Kesatuan Pegawai-Pegawai PGK (KPPM) PPDNKK Cwgn Seberang Prai Utara
8
Encik Saiful Azman Bin Azmi Kesatuan Pegawai-Pegawai PGK (KPPM) PPDNKK Cawangan Rompin
9
Encik Azman Bin Darus Kesatuan Pegawai-Pegawai PGK (KPPM) PPDNKK Pulau Pinang
10
Encik Gunasegaran A/L  Krishnan                Negeri  Sabah PPDNKK Negeri Sabah
11
Encik Awang Ismail Bin Awang Madian Negeri  Sarawak PPDNKK Cawangan Miri
12
Encik Roslan Bin Jali Pen Peg  Teknologi  Maklumat BPM
13
Encik Mohamad Faizul Bin Harun Juruteknik Komputer BPM
14
Encik Fadzil Bin Khalid Penolong Pegawai Tadbir PPDNKK Negeri Perak
15
Encik Kamarul Azmi Bin Kamaruzaman Pembantu Undang-Undang TTPM - Negeri Sembilan
16
Encik Norhisham Bin Abdullah Penolong  Akauntan   PPDNKK Negeri Perlis
17
Puan Noor Aznirda Binti Mokhtar Pembantu Tadbir (P/O) BPSM
18
Puan  Norhuda Binti Dalha Setiusaha Pejabat BPDN
19
Encik Fairol Afdal Bin Ahmad Pembantu Tadbir(Kewangan) BKPK
20
Encik Ra’ee Bin Johari     Pemandu PPDNKK Cawangan Sibu
21
Encik Gulam Rasul Bin Sulaiman                    Pembantu Am Pejabat   BPM
22
Encik Mohd Taib Bin Azhar          Pekerja  Awam PPDNKK Cawangan Kajang
23
Encik Othman Bin Mezani Jaga PPDNKK   W.P.  LABUAN

18 January 2013

Sumbangan kepada balu Allahyarham Saidi Saimo

 
PUTRAJAYA, 15 Jan - Sumbangan derma daripada warga KPDNKK dari seluruh negeri kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo telah diserahkan oleh Setiausaha KPPM Putrajaya kepada balu Allahyarham di gerai keluarga Allahyarham di Laman Perdana Parcel B Putrajaya.
 
 
Manakala sumbangan untuk Allahyarham Abd Salam bin Ali pula telah di bank-in ke akaun balu Allahyarham.
.

01 January 2013

Tahun Baru 2013

 
Salam Hormat,
 
   Presiden dan AMJKA KPPM mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua ahli KPPM KPDNKK khasnya dan warga Penguatkuasa amnya.
   Semoga tahun ini akan lebih banyak memberi kejayaan yang akan kita kecapi.
 
"KEBAJIKAN DIUTAMAKAN PRESTASI DITINGKATKAN"
.