Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

25 February 2014

Penyerahan Cek Insurans Skim Penyayang KPPM

PUTRAJAYA, 25 Feb - YBhg Dato' Sri Hasan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah menyampaikan cek insurans bagi Skim Penyayang KPPM kepada waris-waris Pegawai Penguatkuasa yang meninggal dunia pada Majlis Amanat Tahun Baru YB Menteri dan Perhimpunan Bulanan Februari 2014 di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.

Encik Ibrahim bin Mamat, waris kepada Allahyarham Sapaki bin Mamat (Kajang) menerima cek RM17,085.18 x 2 cek.

Puan Sharifah Nur Haslina binti Syed Abu Bakar, balu kepada Allahyarham Abdul Salam bin Ali (Putrajaya) menerima cek RM 12,959.36

Puan Che Normah binti Hamid@Desa, balu kepada Allahyarham Alias bin Abu Bakar (Kuantan) menerima cek RM34,007.87
  
Wakil bagi waris Allahyarham Mat Anuar bin Taha (Seremban) menerima cek RM33,880.39

Encik Sarwan Singh A/L Nayan Singh, suami kepada Mendiang Sarjit Kaur A/P Kundan Singh (Sepang) menerima cek RM31,888.23

Kesemua penerima cek insurans bergambar ramai.

YB Menteri beramah mesra dengan penerima-penerima cek insurans Skim Penyayang KPPM.

Kaunter insurans Skim Penyayang KPPM dibuka oleh wakil MCIS Zurich Insurance.
.

06 January 2014

Kalendar KPPM 2014


Kepada semua ahli KPPM KPDNKK, sila dapatkan kalendar yang dikeluarkan oleh KPPM bagi tahun 2014 daripada Pengerusi-Pengerusi KPPM Negeri masing-masing.
.

19 August 2013

YB Menteri melawat PmP Shahida di hospital

Sumber : Media YB Menteri


IPOH, 17 Ogos - YB Menteri PDNKK, Dato' Hasan bin Malek telah melawat seorang warga kerja KPDNKK iaitu Cik Shahida binti Yahaya (Pembantu Penguatkuasa di PPDNKK cawangan Pasir Mas) di Wad 3B ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.


  Cik Shahida telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Grik, Perak pada 06 Ogos lalu semasa pulang untuk menyambut hari raya di Kedah. Beliau tidak sedarkan diri kerana kecederaan yang parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

YB Menteri menemui ibu kepada Cik Shahida.

Pihak media bertanyakan keadaan Cik Shahida kepada YB Menteri.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Perak bersama ibu kepada Cik Shahida.

Tuan Pengarah Penguatkuasa bersama AMJKA KPPM.

18 January 2013

Sumbangan kepada balu Allahyarham Saidi Saimo

 
PUTRAJAYA, 15 Jan - Sumbangan derma daripada warga KPDNKK dari seluruh negeri kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo telah diserahkan oleh Setiausaha KPPM Putrajaya kepada balu Allahyarham di gerai keluarga Allahyarham di Laman Perdana Parcel B Putrajaya.
 
 
Manakala sumbangan untuk Allahyarham Abd Salam bin Ali pula telah di bank-in ke akaun balu Allahyarham.
.

31 October 2012

Penyerahan Sumbangan Kepada Waris Allahyarham

Sumbangan kepada waris Allahyarham Abdul Salam bin Ali


SEREMBAN, 30 Okt - KPPM Putrajaya telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada waris Allahyarham Abdul Salam bin Ali di rumahnya di Jalan Rasah, Seremban. Allahyarham telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.
  Sumbangan ini adalah daripada tabung kutipan yang dibuat oleh warga Bahagian Penguatkuasa dan bahagian-bahagian lain di KPDNKK Putrajaya sahaja.


  Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, bersama-sama Pengerusi KPPM Putrajaya, Sdr. Fairul bin Md Yusof. Turut hadir ialah 4 orang AJK KPPM Putrajaya.


  Allahyarham Abdul Salam meninggalkan seorang balu Puan Syarifah Nurhasnila binti Syed Abu Bakar, dan seorang anak lelaki berumur 1 tahun 6 bulan.
  Puan Syarifah yang tidak bekerja kini menumpang di rumah kakak kepada Allahyarham.


Sumbangan kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo


NILAI, 30 Okt - Pada hari yang sama KPPM Putrajaya juga telah membuat penyerahan sumbangan kepada waris Allahyarham Saidi bin Saimo di rumahnya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi. Allahyarham telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu kerana kanser usus.
   Sumbangan ini juga adalah daripada tabung kutipan yang dibuat oleh warga Bahagian Penguatkuasa dan bahagian-bahagian lain di KPDNKK Putrajaya sahaja.


  Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei dan Pengerusi KPPM Putrajaya, Sdr. Fairul bin Md Yusof. Hadir sama ialah 4 orang AJK KPPM Putrajaya.

 
  Allahyarham Saidi meninggalkan seorang balu Puan Anesa binti Julkipli, dan 4 orang anak.
  Puan Anesa yang tidak bekerja kini tinggal bersama anak sulongnya yang belum mempunyai pekerjaan tetap. Manakala 3 orang lagi masih belajar.
.

09 July 2012

Sumbangan kepada waris Allahyarhamah PPP Rosmawati


SHAH ALAM, 05 Julai - KPPM Selangor telah mengunjungi waris Allahyarhamah PPP Rosmawati binti Zakaria di kediaman di Tmn Alam Megah, Shah Alam bagi menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan.


   Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor, En. Othman bin Nawang, bersama-sama Pengerusi KPPM Negeri Selangor, Sdr. Md Noor bin Md Rejab dan beberapa pegawai lain.
   Jumlah kutipan adalah sebanyak RM6,338.00 hasil sumbangan daripada kakitangan KPDNKK seluruh negara yang disalurkan melalui akaun bank KPPM Selangor.
.