Showing posts with label Aktiviti KPPM Cawangan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti KPPM Cawangan. Show all posts

07 July 2014

Putrajaya agih kurma kepada ahli

Sempena kedatangan bulan Ramadhan 1435H tahun ini KPPM cawangan Putrajaya telah mengadakan aktivitinya dengan mengagihkan buah kurma kepada semua pegawai yang menjadi ahli KPPM di Putrajaya. 

Julung kalinya aktiviti mengagih buah kurma dilakukan atas inisiatif AJK KPPM Putrajaya sendiri terhadap ahli yang telah banyak menyokong kesatuan terutamanya ahli-ahli di Putrajaya.

Semua ahli berdaftar dan membayar yuran menerimanya termasuklah ahli yang dipinjamkan oleh bahagian/unit/kementerian/jabatan/agensi lain. Tidak lupa juga ahli lama dikalangan pegawai kanan yang kini masih setia menjadi ahli KPPM. Juga pemberian kepada ahli yang baru berpindah daripada cawangan dan melapor diri ke Bahagian Penguatkuasa Putrajaya.

.

10 March 2013

KUNJUNGAN HORMAT KPPM KELANTAN



KOTA BHARU 07 Mac - KPPM Cawangan Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Pengarah PPDNKK Negeri Kelantan yang baru iaitu Tuan Sharuddin Bin Jali. Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi KPPM Kelantan iaitu Saudara Abd. Razak bersama AJK KPPM Cawangan.




Kunjungan hormat ini adalah bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan negeri dan juga menjalinkan hubungan mesra antara pihak pengurusan dan KPPM. Dalam pertemuan ini juga beberapa perkara telah disuarakan bagi meningkatkan lagi kerjasama dan kebajikan para ahli.






Semoga kunjungan hormat ini menjadi platform dalam mewujudkan satu jalinan kerjasama yang baik antara pihak pengurusan dan pihak KPPM.

MYY

27 September 2012

BOWLING KPPM KELANTAN


 








KOTA BHARU - Buat pertama kalinya KPPM Kelantan telah menganjurkan Kejohanan Bowling KPPM Kelantan 2012 yang diadakan pada 21 September 2012 bertempat di Kota Sri Mutiara Kota Bharu. Acara ini disertai oleh ahli KPPM dan kakitangan PPDNKK Seluruh Kelantan. Acara ini adalah satu program bagi mengeratkan lagu hubungan silaturrahim serta sebagai satu kempen bagi mengamalkan cara hidup sihat dikalangan ahli. Turut serta dalam acara ini ialah Timbalan Pengarah serta ketua-ketua seksyen PPDNKK Kelantan


 










Pada kejohanan kali ini telah gelaran juara telah diungguli oleh Che Izwan baghi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita diungguli oleh bendahari cawangan sendiri iaitu Zalina Arma.




.

Semoga dengan penganjuran aktiviti ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan menerapkan nilai-nilai murni dikalangan ahli KPPM Kelantan khasnya dan kakitangan PPDNKK Kelantan amnya.

MYY

11 July 2012

AKTIVITI KPPM KELANTAN JUN 2012

Antara aktiviti menarik KPPM Kelantan sepanjang Jun 2012

Perlawanan Persahabatan KPPM Kelantan VS UPP Kelantan pada 20 Jun 2012
Pengerusi jd linesman jer tuu...
Belom ape2 lg dah injured!!


upp & kppm 



Team KPPM Kelantan + PPH Kelantan


Majlis Ramah Mesra KPPM Kelantan di Pantai Perkasa 29 Jun 2012

Majlis yang dianjurkan mendapat sambutan hangat ahli dimana hampir kesemua ahli hadir bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli.
Barisan AJK yang mendapat mandat bersama Timb. Presiden
Resepi Hj. Bukhori ternyata hebat,
 kalah masterchef...

Ayam dan kambing menjadi mangsa


antara ahli dan AJK 
Mantan pengerusi lepas gian!!

AJK yang sibuk membuat persiapan



Timb. Presiden dapat cabutan bertuah!!
Semoga KPPM Kelantan terus aktif dalam menerajui kesatuan!!
MYY

25 June 2012

Majlis Ramah Mesra KPPM Kelantan

Pada 29 Jun 2012, KPPM Caw. Kelantan akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli KPPM Caw. Kelantan di Pantai Sri Perkasa, Kandis Bachok. Majlis diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli dan  ahli jawatankuasa yang baru mendapat mandat bagi sesi 2012-2015.


Antara acara menarik yang disediakan adalah makan malam, BBQ ayam dan kambing golek, pertandingan cungkil bakat/karaoke serta cabutan bertuah. 


Majlis ini juga akan diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri dan Puan Timbalan Pendakwaraya PPDNKK Kelantan. Semoga majlis akan berjalan lancar. Untuk maklumat lanjut majlis, ahli bolehlah berhubung terus dengan wakil cawangan yang telah dilantik.  
MYY