KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, MALAYSIA (No Pendaftaran : 808)
My Blog List
06 January 2014
Perjumpaan Dato' KSU bersama KPPM bil. 1/2014
PUTRAJAYA, 03 Jan - Perjumpaan KPPM bersama YBhg Dato' Saripuddin bin Kasim, Ketua Setiausaha KPDNKK bilangan 1 tahun 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Setiausaha KPDNKK Putrajaya.
Hadir sama ialah Encik Md Zusmaidi bin Abdul Aziz, wakil daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPDNKK.
Semua AMJKA KPPM hadir kecuali Pengerusi KPPM Melaka yang bercuti.
Antara isu-isu yang dibincangkan ialah :
1. Kedudukan terkini penstrukturan semula organisasi.
2. Isu kekosongan jawatan.
3. Isu pertukaran.
4. Diskripsi tugas.
5. Pakaian seragam & vest.
6. Kenderaan jabatan.
7. Riadah.
8. Koperasi KPPM.
9. Sukan KPPM 2014.
Dato' KSU memberitahu sekiranya ada apa-apa masalah boleh terus email kepada beliau, tidak perlu bertelefon atau datang berjumpa di pejabat.
.
Mesyuarat AMJKA bil.7
PUTRAJAYA, 03 Jan - Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM KPDNKK) telah diadakan di Bilik Berlian Aras 3, KPDNKK Putrajaya.
Mesyuarat di pengerusikan oleh Sdr Rus Bakarurraini bin Shahfei, Presiden KPPM.
Semua AMJKA hadir kecuali Pengerusi KPPM Johor dan Pengerusi KPPM Melaka kerana bercuti.
.
Bayaran Faedah Pertukaran Tempat Kerja Ahli KPPM
Kepada ahli KPPM yang bertukar pejabat mulai 16 Disember 2013, sila buat tuntutan dengan mengisi 'Borang Faedah dari Tabung Kebajikan KPPM' dan menyerahkan kepada Bendahari Agung KPPM, Hj Saiful Azman bin Azmi (PPDNKK Rompin) atau kepada Pengerusi-Pengerusi KPPM Negeri masing-masing dengan kadar segera.
Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam 'Peraturan Tabung Kebajikan KPPM KPDNKK'.
.
Kalendar KPPM 2014
Kepada semua ahli KPPM KPDNKK, sila dapatkan kalendar yang dikeluarkan oleh KPPM bagi tahun 2014 daripada Pengerusi-Pengerusi KPPM Negeri masing-masing.
.
Uniform Penguatkuasa KPDNKK diperkenalkan
PUTRAJAYA, 03 Jan - Pakaian seragam bagi anggota Penguatkuasa KPDNKK telah diperkenalkan oleh Pengarah Penguatkuasa, Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin dalam Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Bahagian Penguatkuasa bagi bulan Januari 2014.
Pemakaian uniform ini dimulakan oleh semua Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 yang bertugas di Putrajaya terlebih dahulu, sebelum ianya diseleraskan kepada semua warga Penguatkuasa yang lain.
.
27 December 2013
Menteri PDNKK terima gelaran Dato' Sri
![]() |
| Bernama online, 26 Dis 2013 |
![]() |
| Utusan Malaysia, 27 Dis 2013 |
.
PPP Shahril Fitri (Seremban) meninggal dunia
SEREMBAN, 20 Dis - Penolong Pegawai Penguatkuasa dari PPDNKK Negeri Sembilan, En. Mohd Shahril Fitri bin Zulkifli (N27) telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.50 ptg di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.
Allahyarham merupakan suami kepada Pn Zuraida binti Zainal, Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 di PPDNKK cawangan Port Dickson.
Jenazah telah dikebumikan di kampung Allahyarham di Mantin, N.Sembilan.
KPPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmad.
Al-Fatihah.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



